Assalamualaikum.....
Bangsat...tapi lebih bangsat, aku takde perkataan yang sesuai nak bagi kat rejim zionis ni.
Rabak hati aku bila tengok gambar² mangsa serangan laknatullah ni. Dah dua hari aku dok berendam air mata....aku nekad 2-3 hari ni aku takmo bukak fb sebab gambar anak² yang tak berdosa asyik keluar kat newsfeed aku.
Serangan ni mengundang kemarahan dunia tapi aku tak tahu kenapa dunia Arab senyap sunyi. Langsung tak dak apa² respon dari dorang. Kalau dari Amerika tu aku tau sangatlah, dah Israel tu geng comolot dorang.
Nak sandang senjata aku tak mampu (korang pun sama kan), jadi mari kita menyumbang bagi mengurangkan penderitaan saudara kita di sana.
Sumbangan atas nama Aman Palestin Berhad;
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
Atau kalau rasa leceh nak bukak internet banking bagai, SMS pun boleh
Taip PALESTIN<jarak>3/5/10
Senang kan.
Dan mari kita terus berdoa & berdoa supaya tamatlah penderitan puluhan tahun saudara kita kat sana.
Jom kita buat Qunut Nazilah.
Bagi yang tak tahu,
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangidengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
sumber dari
Masjid Wilayah Persekutuan
Saudaraku,
Tabahlah engkau, sesungguhnya Allah mengujimu kerana kasih sayangNya.