Pages

Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Assalamualaikum.....



Seorang orang tua pernah berkata pada aku, jangan bagi budak makan labu nanti kembung.  Seriously…aku tak ikut pun cakap dia. Bukan aku cuba melawan tapi lepas eksperimen pada si Inas dulu, dia memang takda masalah kembung walaupun lepas makan semangkuk labu.
Aku tak tahu kenapa kita sering di momokkan dengan kisah labu yang berangin. Sebenarnya labu banyak khasiat & sedap. Aku suka labu, anak² aku pun suka…so labu sentiasa masuk dalam list resepi aku.
Harus diketahui yang labu rendah kalori namun kaya dengan dietry fibre. Selain itu labu juga kaya dengan vitamin antioksida seperti Vitamin A, C & E.
Ni table yang menunjukkan apa yang ada dalam per 100gm labu: (Sourceà USDA National Nutrient data base)
Principle
Nutrient Value
Percentage of RDA
Energy
26 Kcal
1%
Carbohydrates
6.50 g
5%
Protein
1.0 g
2%
Total Fat
0.1 g
0.5%
Cholesterol
0 mg
0%
Dietary Fiber
0.5 g
2%
Vitamins
Folates
16 mcg
4%
Niacin
0.600 mg
4%
Pantothenic acid
0.298 mg
6%
Pyridoxine
0.061 mg
5%
Riboflavin
0.110 mg
8.5%
Thiamin
0.050 mg
4%
Vitamin A
7384 IU
246%
Vitamin C
9.0 mg
15%
Vitamin E
1.06 mg
7%
Vitamin K
1.1 mcg
1%
Electrolytes
Sodium
1 mg
0.5%
Potassium
340 mg
7%
Minerals
Calcium
21 mg
2%
Copper
0.127 mg
14%
Iron
0.80 mg
10%
Magnesium
12 mg
3%
Manganese
0.125 mg
0.5%
Phosphorus
44mg
5%
Selenium
0.3 mcg
<0.5%
Zinc
0.32 mg
3%
Phyto-nutrients
Carotene-α
515 mcg
--
Carotene-ß
3100 mcg
--
Crypto-xanthin-ß
2145 mcg
--
Lutein-zeaxanthin
1500 mcg
--



Labu boleh di masak dengan pelbagai cara, steam, rebus, bake & goreng. Tapi untuk baby yang paling sesuai adalah steam & bake. Pada usia anak² 6 bulan dah boleh ambik labu ni. Dan berikut adalah 2 resepi labu yang mudah.

Sup Labu Manis & Oat


Bahan²
2 sudu besar rolled oat à direbus dengan air hingga kembang & lembut
Sepotong labu manis  à disteam & dilenyek
Chicken broth – resepi di sini

Cara²
Campurkan semua bahan diatas & panaskan sehingga likat atau mencapai kepekatan yang diingini



Sup Labu Manis & Cous Cous


Bahan²
1 senduk cous cous à rebus @ rendam dengan air panas hingga lembut
Sepotong labu manis à disteam & dilenyek

Cara²
Campur labu bersama chicken broth, kacau hingga rata
Panaskan adunan, masukkan cous cous kacau sehingga mengapai kepekatan yang diingini

* Kedua² resepi ini enak di hidangkan suam

Selamat memasak ya ibu² semua.
Assalamualaikum.....

Chicken broth ni boleh buat memacam untuk baby korang. Boleh campur dengan rice cereal untuk jadikan bubur or sebagai kuah pasta. Then boleh direnih dengan pumpkin untuk jadi savoury  porridge untuk si manja. Then boleh jugak korang jadikan sebagai penambah perisa untuk sayur campur, bubur, memacam lah asalkan korang kreatif.

Tempoh masa untuk merenehkan chicken broth ni lebih kurang 4 jam, kalau nak lebih pun tak jadi masalah. Lagi lama lagi best.


4 rangka ayam à kerat 4
2 batang lobak merah
2 batang seleri
2 labu bawang besar à belah 4
1 sudu kecil lada hitam

Rebus semua bahan ni dengan air untuk tempoh 4 jam dengan api yang kecil.
Lepas tu nanti boleh tapis untuk dapatkan chicken broth yang bersih tanpa sisa sisa ayam.

Kalau rangka ayam ni biasanya ada lagi lebihan ayam kat tulang tu kan. Dari nak membazir, boleh kumpulkan isi ayam, carrot & bawang dari rebusan ni, blenderkan. Pastu buat creamy chicken soup. Makan dengan sambal kicap…fuh terangkat!

Assalamualaikum.....


Rice cereal ni amat senang untuk dibuat, tak banyak step & belanja. Yang penting kerajinan.

Segenggam beras perang; basuh & rendam dalam 5 jam
Toskan beras & sangai sampai beras kering
Blender halus

Senang kan. Nanti nak masak, amik dalam sesudu beras ni, masuk dalam periuk/pan. Lepas tu tambah air & masak dengan api yang perlahan. Since beras ni dah halus kan, masa memasak tak la lama sangat.
Lepas tu nak campur ayam ke, ikan ke boleh je…korang pelbagaikan lah ikut kreativiti korang.
Assalamualaikum.....

Bila ada anak kecil ni excitement nya selain dari breastfeeding adalah bila baby dah start solid food. Masa ni sibuk menggodek internet, nak cari resepi yang sesuai. Aku pun lebih kurang macam tu jugaklah…tapi kurang sikit sebab dah ada experience time Inas dulu.
Makanan untuk baby ni bukanlah complicated sangat, senang je nak buat. Yang penting tak boleh taruk bahan perasa & elakkan bahan² yang mungkin boleh datangkan allergic.
As start boleh je buat fruit puree macam pear & apple. Jangan terus mula dengan makanan yang berat²….nak kena biasakan perut baby dulu.


Apple/Pear Puree
1 biji epal/pear (peckham)
à Kupas kulit, basuh bersih & potong kecil².
à Rebus dengan ½ cawan air
à Blend sampai halus
Si Imran, apple puree dia macam kureng sikit tapi kalau pear, kemain laju je nganga nya.
Assalamualaikum.....


6 bulan yang pertama kita disarankan breastfeed baby secara ekslusif. Maksudnya tidak dicampur dengan air masak ke, air nasi ke...susu semata. Tapi kekadang baby ni dalam umur 4 bulan dah tunjuk tanda yang dia perlukan lebih dari susu ibu. Ada paed yang recommend untuk start solid food pada baby bermula dari umur 4 bulan lagi. Aku rasa zaman kita dulu² pun dalam umur 3 bulan mak² dah suap kanji kacau kan. Tapi  untuk meminimakan risiko, baiklah kita ikut saranan WHO.
Walaubagaimanapun, ni ada sikit checklist untuk kita tau yang baby dah ready untuk solid food;
·         Boleh mengangkat kepala dan kekal dalam posisi tersebut untuk satu tempoh masa
Ini membolehkan baby menerima makanan yang disuap ke mulut
·         Duduk dengan baik bila dipegang
Baby boleh duduk dengan stabil bila dipegang atau diampu. Kepalanya tidak bergoyang @ meliuk² ke kiri ke kanan seperti pokok ditiup angin
·         Melakukan pergerakan mengunyah
Baby berdaya untuk menolak masuk makanan ke bahagian dalam mulut & berkeupayaan untuk menelan dengan dengan betul
·         Berat badan naik dengan konsisten dan sihat
Bila berat badan dah naik seganda dari masa lahir, then ni juga tanda² baby dah ready untuk solid food. Selalunya ia akan berlaku sekitar usia baby 6 bulan. Tapi sekiranya berat baby tidak normal, pergilah discuss dengan paed.
·         Berminat dengan makanan
Bila baby mula pandang² bila korang makan, cuba mengambil makanan dari tangan mahupun beria nak masuk makanan ke dalam mulut. Tu dia bagi sign yang dia dah ready untuk solid food

Apa yang kita nak mulakan untuk solid food ni?
Ramai mak excited nak start solid food pada baby (aku pun sama jugak) tapi tak sure apa yang patut dibagi kan..Lupakanlah processed food (boxed cereal yang kat pasaraya tu), kita start dengan yang fresh & raw dulu ye. Contohnya avocado, pisang, kurma dan pear. Awal² ni kita nak bagi dorang explore dulu rasa & tekstur yang baru. Then later stage by stage kita introduce rasa & tekstur yang lain pada dorang pulak. Inilah masa yang paling seronok & pening (nak decide the best receipe kan)
Masa Akim dulu aku amatlah naif (konon) pasal solid food ni. Mak aku yang handle semua. Memula dia bagi cucunya kanji kacau tu. Tak lama lepas tu bubur nasi + ikan/ayam. Pastu bubur nasi + ketam. Aku pulak bila shopping kat Tesco mesti beli baby food yang dalam botol tu (brand Heinz) & Nestle Cerelac. Aku memang takde exposure langsung pasal homemade baby food ni. Maklumlah masa ni manja lagi...tambah pulak si Akim tu cucu yang terkecik antara semua, ramai yang jadik penjaga dia.
Then when it comes to Inas, aku dah tau banyak benda; it all start dengan breastfeeding. Bila dah breastfeed, aku jadi extra care apa saja yang masuk dalam perut anak aku. Masa ni lak jumpa kawan² yang selalu cerita pasal breastfeeding + homemade solid food. Aku pun terpengaruh sekali.
Inas dalam 5 bulan lebih dah start solid food. Yang paling awal aku bagi adalah pisang steam + breast milk. Punyalah suka, laju je masuk perut. Dalam seminggu tu memang pisang jelah sebab nak biasakan dia. Later aku tambah sikit dengan kurma. Lagilah dia suka, tapi combination pisang & kurma ni manis. Jadinya aku kurangkan kuantitinya & add up kuantiti breastmilk. Pada awal, aku cuma bagi satu meal sehari. Tapi ini budak memang selera makan jadinya buatlah 3 meal (breakfast/lunch/dinner) tapi dalam kuantiti yang sikit.
Dalam dua minggu lepas tu aku introduce pulak cereal (homemade punya) dengan combination buah/sayur/ayam/ikan. Jadi jadual makan Inas adalah;
Breakfast - rice/oat + pisang/kurma/apple/pear
Lunch - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Dinner - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Rice + ayam/ikan ni aku selang selikan supaya dia tak boring. Tapi si tembam ni memang takde masalah makan, semua ok je masuk perut. Alhamdulillah takde allergic, takde kembung. Emak² kena rajin explore resepi² baru untuk baby ni. Kat internet banyak web/blog yang boleh korang refer untuk dapatkan resepi/idea pasal solid food ni, antaranya;
Terpulang pada korang untuk pilih resepi mengikut selera & keperluan baby. Asalkan rajin pastinya mudah.