Pages


Assalamualaikum.....
Alangkah indahnya bila balik kerja rumah dah berkemas, makanan dah terhidang, anak² dah siap makan & mandi. Kita pulak bersihkan diri, lepas tu santai dengan anak², lepas tu tidur....aku selalu berangan begini...
Tapi realiti nya; sampai je rumah, aku kena capai penyapu, jerit kat si Akim suruh simpan mainan yang bersepah & hantar botol susu dalam sink (anak aku ni ntah apa la peelnya suka benor campak botol lepas menyusu, baik si abang, baik si adik). Satu rumah aku sapu, kalau si Akim lambat angkat mainannya, alamat masuk tong sampah la. Lepas menyapu sah² aku kena capai mop, sebab dah macam² corak ada kat lantai hasil tumpahan segala makanan. Yang bercili, yang berkicap, yang bersusu...semua ada.
Lepas mengemop lah baru aku boleh tarik nafas  dan bertenang sebab waktu ni darjah kemarahan aku amatlah tinggi.
Tapi nak buat camne, aku takde bibik. Takkan aku nak suruh mak aku buat pulak. Melayan kerenah budak berdua tu pun dah buat dia jadi letih dan stress. Nasib baiklah rumah tu sekangkang kera aje, buatnya macam rumah opah kat kampung. Mau patah pinggang aku.
Nasib baiklah aku ada Basic H yang banyak membantu kerja² mengemop aku. Tuang sikit dalam baldi, taruk air dah boleh terus mengemop. 2 kali mop, settle!. Dulu bila mengemop, aku suka bancuh clorox dengan air tapi baunya amatlah tak menyenangkan hidung. En Suami aku cakap 'dah macam bau hospital pulak'. Tapi sejak aku kenal Basic H, aku dah tak guna clorox kalau mengemop. Basic H ni takde bau, tapi kesannya amat menyenangkan hati aku. Tak payah susah² aku nak sental lantai tu.
Kalau cerita pasal breastmilk pulak, korang perasaan tak yang storage bottle, botol susu & puting tu berminyak & berlemak? Kalau nak hilangkan lemak tu cara paling senang adalah guna air sabun (glo/sunlight) suam tapi aku tak suka bau yang terlekat kat botol dan puting tu. Jadi apa yang aku buat adalah bancuh basic h dengan air suam, lepas tu aku rendam semua botol² & puting, biar dalam 15 minit lepas tu cuci dan bilas. Senang!
Bagi yang rajin memasak, dapur kita akan ada kesan percikan minyak, kuah etc kan. Selalu korang pakai apa untuk cuci? Mak aku paling suka part ni, lepas settle kerja masak memasak, dia akan bancuh Basic H dengan air lepas tu lap dapur tu. Ting! Berkilat wa cakap lu. Lepas tu lipas & semut takde nak dekat dengan dapur dia tu.
Lagi satu mak aku suka rendam sayur dalam bancuhan Basic H sebelum memasak. Sebab sayur tu nampak fresh walaupun dah 2-3 hari beli & terjelepok dalam peti ais. Buah pun sama; budak berdua ni suka makan anggur dan rambutan. Aku akan gunakan Basic H ni untuk rendam kejap dan basuh buah tu. Selalunya kat rendaman buah rambutan tu akan keluar segala macam serangga....
Jangan tahu, Basic H ni jugak aku gunakan kalau nak demah budak berdua tu time demam. Bancuh Basic H dengan air paip, lepas tu aku tuam kat badan dorang guna towel. Tapi disebabkan demam kadang² bebudak ni banyak benar songehnya sampai nampak towel macam nampak hantu maka aku letak bancuhan Basic H ni dalam spray @ semprot lepas tu spray kat badan dorang. Kalau macam ni suka lah dorang...
Macam² lagi sebenarnya kegunaan Basic H ni, apa yang aku cerita kat atas ni berdasarkan pengalaman aku menggunakannya. Bekas ia memang tak besar (473ml), tak sampai setengah liter pun tapi Basic H pekat jadi aku larutkan dengan air mengikut keperluan semasa. Dan selalunya sebotol ni tahan antara 2-3 bulan. Jadi memang menjimatkan.
Macamana rupa Basic H? Ni dia...

Selain dari 1001 kegunaan, yang buatkan aku sayang dengan Basic H ni adalah kerana benda ni bebas toxic, natural (diekstrak dari jagung & kelapa), bebas fosfat, biosurfaktan dan berpekatan berganda. Jimat dan selamat!
Ni la assistant aku sekarang ni...takde makna nak ada bibik. InsyaAllah aku yang menjadi WAHM satu hari nanti...Amin
Akhir cerita, moh jadikanlah Basic H ni sebagai assistant, tak rugi.




Assalamualaikum.....



First of all, kenali supplement korang samaada water soluble @ fat soluble supaya korang tahu bila waktu sesuai nak consume.
·         Water soluble vitamins (B Complex, Vitamin C) - tidak disimpan dalam badan & kena ganti hari². Minum air secukupnya untuk memastikan kadar serapan yang lebih baik

·         Fat soluble vitamins (Vitamin A, D,E,K) - bertindak dengan lebih effektif bila terdapatnya lemak. Jadi seelok²ya ambil selepas makan hidangan yang berat yang terdapat elemen lemak
--------------------------------------------------------
Multivitamin
è  Ambil multivitamin di pagi hari dengan sarapan/meal. Ini untuk mengelakkan timbul rasa loya @ keadaan yang dipanggil ‘vitamin burps’
B-Complex
è  Ambil di waktu pagi @ tengahari kerana B Complex berdaya untuk boost tenaga & alertness
Vitamin C
è  Jika ambik lebih dari sebiji, sila spreadkan dari pagi hingga malam seperti sebiji pagi, sebiji tengahari, sebiji petang coz vitamin C ni mudah terhapus dari badan. Makan dalam jumlah yang banyak sekaligus amatlah merugikan
è  Tidak digalakkan makan vitamin C sebelum tidur sebab boleh menyebabkan korang berjaga
Iron
è  Susu menghalang penyerapan iron, jadi elakkan ambil apa² supplement yang mengandungi iron dengan dairy product
è  Vitamin C membantu meningkatkan kadar serapan iron
Kalsium
è  Ambil bersama vitamin D bagi memingkatkan penyerapan kalisum
è  Ambil di waktu petang/malam kerana bertindak lebih hebat sewaktu kita tidur berbanding waktu berjaga
Mineral supplement (in general)
è  Better absorb bila diambil bersama vitamin C @ makanan yang berasid
Folic Acid
è  Kadar penyerapan meningkat bila diambil besama vitamin C, tetapi turun bila diambil bersama zinc
Fiber
è  Diambil secara berasingan kerana berdaya untuk bind dengan supplement yang dimakan serentak & dikumuhkan
Fat-based (eg Omega-3)
è  Sebaik²nya simpan dalam fridge. Suhu sejuk membantu melindung molekul lemak yang rapuh dari tengik (rancidity)

* Basic rules; Jangan ambik any supplement dengan minuman berkafein/berkarbonat. Kenapa? Tengok kat sini