Pages

Assalamualaikum.....

Masa tengah hangat post pasal ESP kat fb, ada teguran begini masuk...
"ESP ni buat magic ke? Yang asyik promote banyakkan susu. Jangan bagi ibu-ibu keliru dik. Penyusuan adalah tentang demand dan supply. Kalau ibu-ibu tak penuhi konsep ini, susu tu takdenya nak banyak. Diet yang sihat mengikut piramid makanan dah cukup untuk seorang ibu membekalkan susu buat anaknya. Kenapa perlu disogok dengan supplement yang kononnya boleh banyak dan pekatkan susu sedangkan ianya tiada bukti saintifik?"
Okey..lebih kurang gitulah bunyinya...Aku pun dok terfikir dan cari-cari balik perkataan 'banyak susu' dalam posting aku...kotlah ada yang aku terlepas pandang.
Malas nak argue panjang-panjang, ini penerangan dari aku...(saje je tak nak reply kat dia sorang, nak bagi orang lain faham jugak)  
Memang konsep asas breastfeeding adalah permintaan & penawaran atau nama glamernya; demand & supply.  Lebih banyak bayi anda menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan! Semua orang setuju dengan konsep ni. 
Ehsan Pakcik Google
Tapi dalam usaha memenuhi demand & supply ini ramai ibu (tidak semua ye) lupa untuk memastikan susu itu berkualiti. Kita ni menyusukan baby bukan sekadar memenuhi tuntutan dan fitrah. Harus diingat, baby dapat nutrisi daripada susu kita terutama sekali sepanjang tempoh 6 bulan yang pertama. Mungkin ada yang tidak mermpunyai masalah dengan kuantiti susu, tapi bagaimana dengan kualitinya? Kalaupun susu tu banyak, tapi kenyang ke baby? Cukup ke nutrisinya? Dah tu yang si ibu pulak bagaimana? Boleh ke jamin hari-hari dapat semua nutrisi dalam satu platter?
Meh kita ambik sebuah kilang sebagai contoh. Kenapa kilang? Sebab pengeluaran susu ibu ini ibarat sebuah kilang. Don't feel offended...ni kilang baekkk punya!
Faktor utama sesebuah production (zaman belajar punya dululah..ingat-ingat lupa) adalah entrepreneur, capital, land, labour dan raw material. Jadi bila kilang nak produce produk, setakat demand & supply je tak cukup sebenarnya. Kena ada yang innitiate idea (entrepreneur), modal permulaan (capital), cari tapak untuk beroperasi (land), pekerja-pekerja yang nak menggerakkan kilang (labour) dan bahan mentah (raw material) untuk membuat end produk tadi. Jadi bila di relate dengan seorang ibu; ginilah ibaratnya:
·         Entrepreneur - si ibu
·         Capital - niat & semangat untuk menyusu
·         Land – breast
·         Labour - otak & hormon
·         Raw material - nutrisi dari ibu
Setiap faktor ni bergantung antara satu sama lain. Cuba imagine, empat item yang pertama korang dah ada tapi bila masuk raw material, dapat pulak yang tak berkualiti. Jadi ke end produk tu? Kalau jadi pun, kotnya demand akan naik ke? Silap-silap mencanak turun.
So pada aku, produk Shaklee ni membantu untuk dapatkan raw material yang berkualiti sebab most of the product adalah untuk membaiki kelompongan nutrien badan. Juga meningkatkan kualiti entrepreneur, capital, land dan labour.
Oleh itu ESP atau hatta mana-mana produk bawah Shaklee ni bukan bersifat MAGIC. Tapi adalah usaha untuk mengekalkan kesihatan dan membantu perjalanan penyusuan.
So sebelum titik akhir untuk entry ini, aku tinggalkan ini untuk semua orang fikir-fikirkan...

"Antara kuantiti & kualiti; yang mana pilihan anda?"
 "Mengapa perlu memilih jika boleh anda boleh dapat kedua-duanya"
Assalamualaikum.....

Pernah dengar komen macam ni?
Apa perasaan korang?
Bagi aku, sentap seh!
Kenapa beranak lima?
Salah ke beranak lima?
Okay, ni bukan cerita pasal salah beranak sampai 5 anak ye, tapi istilah ni banyak kali aku dengar orang (terutama yang lagi tua dari aku) cakap untuk menggambarkan 'keserabaian' seseorang wanita. Baik dari segi penampilan, rupa paras segala.
Kebanyakkan wanita (aku pun tak terkecuali, satu ketika dulu) antara sedar atau tidak makin kurang menitikberatkan penampilan apabila sudah mempunyai anak. Alasan yang popular:
·         macamana nak bergayanya, anak dok bergayut susahlah!
·         alah, macamana pun rupa aku suami tetap sayang, cinta seadanya...
·         dah kahwin dah beranak pun nak pasang badan apanya, pelik lah!
Anak bukan alasan untuk tampil bergaya. Bukannya dia bergayut 24 jam pun. Korang tak perlu nak bergaya sakan macam model, pakai branded dari atas sampai bawah, tapi kena kemas, bersih dan sesuai. Suami kita ni pun bukannya malaikat, kalis godaan. Cinta tu memang cinta tapi kalau hari-hari dia dok mengadap muka yang lesu, baju senget sana sini, bertahan ke si suami? Sendiri mau ingat ya! Dan dah kawin lah kita kena jaga badan, ni bukan untuk memikat orang lain tapi untuk pikat suami sendiri. Supaya hati dia senang, bangga kerana isterinya kemas, bersih. Jadi bila ada yang cantik lalu depan mata, dia tak hairan sebab dia tau isterinya lagi anggun, cewah!. Penat menguruskan rumahtangga dan anak-anak bulan alasan untuk kita mengelat dari berdandan kan.
Entry aku ni bukan nak kondem mana-mana isteri cuma sekadar untuk mengingatkan diri aku dan berkongsi pendapat dengan semua. Bila membaca, mungkin ada yang terdetik dihati 'kenapa isteri je kena berdandan, si suami pulak bagaimana?’. Sebenarnya lelaki pun kena berdandan juga tapi kalau dia pasang badan, karang isteri pulak yang tak senang duduk kan he he he. Senang cerita dua-dua sekali kena pasang badan, untuk antara satu sama lain. Adil kan.
Ni pendapat peribadi aku, orang lain mungkin ada pendapatnya sendiri. Terpulang. Tapi kalau nak share, korang semua amat dialu-alukan.
Assalamualaikum.....


Disebabkan bulan Oktober ni bulan ESP, aku gedik nak bertambah cantik. Aku guna ESP ni buat mask, buat cookies, buat minum. Lazat tu takyah cerita lah…
Ni satu lagi resepi DIY mask, tapi untuk kaki dan tangan (badan pun boleh jugak). Amat sesuai untuk semua jenis kulit dan bertambahhh sesuaiii untuk bakal-bakal pengantin. Save budget wa cakap lu. Lepas pakai moist je rasa tau.

 
Try tau, tak menyesal punya.
Promosi ESP masih berjalan. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya!

Assalamualaikum.....

Ni lagi satu sebab kenapa aku suka ESP. Really worth for your money!
 
Sila cuba, nak makan pun boleh!

Assalamualaikum.....


Feeling je tajuk kan…tapi memang itu yang berlaku. Aku ni jenis yang setia pada yang satu (nampak nau nak puji diri sendiri!)

Dulu, aku pillih ESP ni sebab aku nak pekatkan susu dengan harapan baby aku tak la bangun banyak kali waktu malam untuk menyusu. Memang betul, dia tak bangun banyak kali cuma suka mengempeng which is aku memang tak boleh nak elak…kadang² sampai sakit belakang.

Sepanjang tempoh berpantang aku memang tak tinggal ESP ni, menu wajib; Milo+ESP, Milo+ESP+Nestum & Horlicks+ESP. Amazingly aku tak rasa ting tong lepas menyusu @ pump. Then aku realize yang luka bersalin aku cepat je kering, jahitan pun elok je tanggal, takde trauma menahan sakit macam berpantangkan si Akim dulu. Selain tu takde dah nak mengagau cari biskut, roti, cookies, cekelat ..etc sebab lapar lepas pump/menyusu (harus diingat si Inas menyusu mengalahkan baby lelaki & aku rasa cik B macam mengecut setiap kali dia menyusu ha ha ha).

After sebulan, aku perasan yang kulit aku moist. Takde dah garis putih kat tangan kalu aku garu dengan kuku. Lepas tu cik B pun rasa mantap je. Dan yang paling best, lepas sebulan bersalin berat aku jadi 51.2kg (last checkup few days before delivery berat aku adalah 60kg!). Lepas timbang aku senyum tak sudah sampaikan en suami aku cakap ‘dah lepas ni makan je ESP tu tak payah nak cari produk slimming lain’. See…en suami aku pun suka aje dengan ESP, malah kadang² dia mengendeng bancuhan ESP aku bila perut rasa tak kenyang lepas makan.

So far, aku memang puash ati dengan ESP ni, bukannya aku tak pernah amik protein powder yang lain. Adalah 2 jenis yang aku dah pernah cuba sebelum ni…effectnya? Illek! So apa yang aku share kat sini semuanya pengalaman aku sendiri sebab aku yang mengalami, so aku tau macamana rasa dan kesannya. Aku setia dengan ESP ni. Tu sebabnya bila sekali aku jatuh cinta, tak mungkin aku berpaling, en suami aku pun mengaku hakikat ni he he he.

Bulan Oktober ni, Shaklee buat offer yang meletup² punya, ‘BUY 6 ESP, FREE 1’. Bukan senang nak dapat macam ni, setahun sekali je. Harga memang murah giler. Tak mampu nak beli sampai 6? Don’t worry, beli 1 pun boleh dapat murah. All U need to do is, email or sms or whatsapp aku:
chantekanggun@gmail.com
0126564890

Aku nak semua orang cantik dan sihat. Memang kecantikan tu subjektif, tapi badan yang sihat akan menyerlahkan kecantikan kita…selain dari hati yang bersih lah (ni of course lah kan).