Apa itu breastfeeding?
Jangan gelak; ada yang tak tahu lagi...Breastfeeding/penyusuan badan adalah aktiviti menyusukan bayi dengan susu ibu melalui payudara wanita (yeah..wanita asli & tulin sahaja).
Kebaikan breastfeeding
· Breastfeeding melindungi baby
1. cecair emas - susu awal @ kolostrum yang pekat & bewarna kuning yang terbentuk waktu pregnancy kaya dengan nutrien & antibodi.
2. 3 - 5 hari selepas kelahiran, kolostrum akan bertukar ke stage yang kita panggil 'mature milk'. Naturally, badan si ibu akan produce susu dengan nisbah yang betul lemak, gula, air & protein. Ini membantu baby untuk membesar.
3. susu ibu mudah & cepat untuk dihadam oleh bayi; sesuai dengan fungsi perut dorang yang belum kuat lagi
4. susu ibu bukan setakat mengandungi lemak, gula, air & protein sahaja; malah mengandungi antibodi untuk memerangi penyakit.
5. baby yang breasfeed mempunyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat diabetes mellitus type 1
6. perkembangan IQ yang lebih baik
· Breastfeeding baik untuk ibu
1. breastfeeding ni buat badan relase hormon oxytocin yang mana membantu rahim untuk mengecut & reduce risiko bleeding selepas bersalin
2. aktiviti breastfeed membakar lebih banyak kalori, meningkatkan peluang untuk slim
3. merendahkan risiko mendapat breast & ovarian cancer
4. peluang untuk bonding dengan baby dengan lebih mudah
5. perancang keluarga secara semulajadi sebab selalunya ibu² yang menyusu lambat mengalami ovulasi
Breastfeeding ni juga financially benefit untuk family. At least during breastfeeding journey, mak ayah boleh save duit dari beli susu formula which is agak mahal sekarang ni. Lagipun senang, kalau nak travel tak perlu susah payah nak mengangkut susu, flask bagai. Kalau baby nak menyusu je, cari tempat, selak baju...dah ready!
Sebenarnya banyak lagi kebaikan breastfeeding, bukan setakat kat mak & baby je. Infact masyarakat pun benefit dari breasfeeding ni. Kalau nak list kat sini sampai esok pun tak habis cerita. Kalau nak lagi best, experience sendiri sebab emosi/pengalaman masa anak menyusu tu terlalu indah...susah nak explain. Yang dah wean off akan rindu dengan memori ni...tak percaya pergi tanya ibu² yang pernah breasfeeding, 98% akan berkata perkara yang sama.