Pages

Assalamualaikum.....

Last minute punya plan…akibatnya susah yang amat nak cari chalet kat Janda Baik ni. Plan asal nak stay kat Hawa Resort sebab banyak review yang ok pasal tempat ni, tapi penuh sebab ada training. Cari punya cari, nasib baik ada satu kekosongan kat Rumah Bonda. Mana yang plan nak bermalam kat sana terpaksalah cancel.
As usual bila picnic mesti ada BBQ kan…so kitaorang pool duit untuk beli ayam, sosej, arang segala…Makanan yang lain, memasing bawak sendiri; ala² potluck.
Alhamdulillah seperti yang di plan, semua berjalan lancar, takde yang sesat…semua selamat sampai.
Letak beg dalam chalet pastu memasing terus menuju ke sungai untuk meninjau kawasan. Yang anak² dah tak sabar² nak mandi.
Sungai kat Rumah Bonda ni memang best walaupun banyak batu. Airnya toksah cerita la…sejuk yang hamat!
Malas dah nak tulis pepanjang…layan gambar je lah ye.

sape nak stay kat sini boleh tepon owner Rumah Bonda; Pak Lang

Sebelum mandi manda kita makan duluuu

Good boy, tak banyak cerita hari tu




Special recipe untuk marinate...ikan rentung sebab api marak tetiba

memasing bawak makanan boleh buat kenduri



bos bawak cekelat

gila bermonopod





petangnya hujan..tapi makan tetap makan

Assalamualaikum.....










Assalamualaikum.....

Aku adalah peminat tegar cheesecake. SR tu selalu je aku pegi kalau teringin nak makan cheesecake. Selera aku yang ni menurun pada Akim & Inas. So kalau pegi SR mesti beli 4-5 slice. Tak main kongsi² okay....budak berdua tu satu slice sekali hadap je tau. Sekali sekala takpe, kalau selalu harus rabak poket.
Since anak² aku suka nau dengan cheesecake, maka aku terpaksa merajinkan diri untuk buat sendiri. Ni supaya aku & dorang boleh makan puas², nak ulang 10 kali pun takpa.
Maka bermulalah kerajinan aku membuat Cappucino Cheesecake yang sedap ini. Resepi ni aku main redah je ikut suka...Alhamdulillah walaupun 1st time buat tapi menjadi. Nasib baik tak payah bakar kan...kalau bakar aku tak taulah apa yang jadik hik hik hik...

Bahan²:
500gm cream cheese (pada suhu bilik)
200gm biskut marie coffee
50ml susu
3/4 cawan gula - kisar à ni kes malas nak beli gula halus
1/2 blok butter à yang seketul besar tu kerat 2
2 sudu makan coffee emulco
2 sudu teh gelatine
Segenggam chocolate rice

Cara²nya:
1. Hancurkan biskut, jangan terlalu halus
2. Cairkan butter & combine dengan biskut; gaul rata
3. Tekan dalam loyang (spring foam paling elok, senang nak kuarkan)
4. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam
5. Pukul cream cheese, susu & gula sampai sebati
6. Bancuh gelatine dengan air suam kemudian tuang dalam adunan cheese; kacau rata
7. Bahagi adunan cheese kepada 2 bahagian
8. 1 bahagian dicampur dengan setengah genggam chocolate rice; kacau rata
9. 1 bahagian lagi di campur coffee emulco; kacau rata
10. Tuang bancuhan yang ada chocolate rice dalam loyang; ratakan
11. Diikuti dengan bancuhan yang mengandungi coffee
12. Hentakkan sikit loyang untuk bagi padat
13. Taburkan lebihan chocolate rice pada bahagian atas sebagai hiasan
14. Simpan dalam peti ais lebih kurang 4 jam

* Coffee emulco kena hati² pilih sebab takut terkena yang ada alkohol; pilihan aku adalah brand Nur
* Kalau tak dapat coffee emulco ni, boleh je ganti dengan bancuhan nescafe (sila agak² ye, aku tak dapat nak bagi exact sukatan tapi jangan bancuh dengan air yang banyak kang lembik lak cheesecake ni)


Selamat mencuba uolsssssss...!
Assalamualaikum.....

Minat yang telah lama dilupakan, fotografi. Dulu penah verangan nak jadi professional photographer tapi tak di approved. So snap gambar untuk koleksi sendiri aje lah hu hu hu.












Assalamualaikum.....

Honestly aku tak pernah teringin pun nak pegi Legoland ni. Tapi disebabkan Akim sibuk bertanya tiap kali nampak iklan kat tv plus en Sahrul lak menang tiket, so kitaorang pun pergilah. Aku tengah kena sindrom malas nak tulis pepanjang, so inilah story dalam bentuk point form:

Penginapan: Euro Rich Hotel


·         Hotel ni about 15 minit je dari Legoland.
·         Kat kawasan sekitar hotel banyak restoran mamak & stall
·         Dekat jugak dengan Giant, Tesco & Jusco Bukit Indah.
·         Booked Family Premier Rooms (ada 2 katil queen) at price of RM306 untuk 2 malam
·         Cukup besar, selesa & murah untuk kami 5 beranak
·         Tapi yang tak bestnya dalam bilik takde kettle, pastu water dispenser agak jauh dari bilik. Nasik baik aku ada bawak mini thermos, kalau tak mau asyik ulang alik amik air panas.

Legoland


·         Stroller available untuk disewa, sediakan je duit. Yang double à RM45
·         Kalau yang single regenya RM35 kalau tak silap, wheelchair pun available for rent
·         Stroller ni tak sesuai untuk baby, so kalau ada baby sila bawak stroller sendiri


·          Journey kitaorang kat dalam ni bermula dengan Miniland dulu, pastu train ride. Lepas dah round ambik angin, baru start dengan mainan kat dalam tu
·         Tapi aku bit frustrated; mainan yang ada sebab ikut ketinggian kan, so Akim je yang boleh main. Akim pulak penakut, semua nak ayah teman. Yang si Inas terbaring melalak nak ikut, aku nak handle Imran. Penyudahnya langsung tak naik. Adil

Miniland

Selfie anak beranak

Budak paling baik, menyusu & tidur je




·         Untuk waterpark, kalau ada anak antara 0-3 tahun, kena add RM10 setiap sorang, Hah? Jangan terkejut!  Kalau Inas tu nak kena tambah okaylah...yang si Imran kena sekali apekehal? Sah² dia dok terbaring atas stroller tu...kot oksigen kat dalam waterpark ni nak kena bayar gamaknya...memang makan duit sungguh!





·         Waterpark area akan tutup serta merta bila cuaca tak elok + kilat; kitaorang sempat main dalam 10 minit je, pastu park tutup sebab kilat. Dah dekat 45 minit tunggu, tak jugak bukak, kitaorang ambik keputusan untuk balik coz Inas dah melalak nak tidur. Sian sangat sebab kejap je dorang dapat main air....tapi jeritan dari Inas menenggelamkan rasa kesian; tidur tu lagi afdhal.
 So kesimpulannya Legoland pada aku tak best, bagi budak² maybe lah. Rata² yang datang adalah mereka yang dari Singapore. Kat sini duit memang mengalir macam air paip. Bagi makanan pulak, on average kids meal set adalah RM15, orang dewasa RM32 gitu.


Mini pizza & ice lemon tea

Waktu Akim & Inas dalam satu lego centre, poket aku rabak untuk benda ni; sebotol air lemon tea & 2 mini pizza...RM24.80; pizza RM9.90, air tu sebotol RM5...what the hell!!!

Tips:
·         Enter the park once open à 10am
·         Sarapan kenyang² dulu untuk energy nak merantau dalam tu
·         Bawak mineral water banyak² coz kat dalam tu panas
·         If tak go for wet park pun bawak baju spare untuk bebudak sebab gerenti berlengas punya
·         Baby care very nice, clean & sejuk. Selesa untuk breastfeed, buat susu @ nappy change; hanya mak & anak² kecik je boleh masuk...ayah² tak boleh ye
Baby Centre
·         Family toilet available in case korang kena masuk satu gerombolan dengan askar² kecik




So kalau nak pegi Legoland, plan lah awal² dari segi kewangan, kesabaran & kekuatan kaki ye!