Pages

Assalamualaikum.....

Bila ada anak kecil ni excitement nya selain dari breastfeeding adalah bila baby dah start solid food. Masa ni sibuk menggodek internet, nak cari resepi yang sesuai. Aku pun lebih kurang macam tu jugaklah…tapi kurang sikit sebab dah ada experience time Inas dulu.
Makanan untuk baby ni bukanlah complicated sangat, senang je nak buat. Yang penting tak boleh taruk bahan perasa & elakkan bahan² yang mungkin boleh datangkan allergic.
As start boleh je buat fruit puree macam pear & apple. Jangan terus mula dengan makanan yang berat²….nak kena biasakan perut baby dulu.


Apple/Pear Puree
1 biji epal/pear (peckham)
à Kupas kulit, basuh bersih & potong kecil².
à Rebus dengan ½ cawan air
à Blend sampai halus
Si Imran, apple puree dia macam kureng sikit tapi kalau pear, kemain laju je nganga nya.
Assalamualaikum.....



Tahukah korang yang adan yang sudah mengalami detoksifikasi lebih segar & bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan.
Masih sempat nak berdetoks ni. Alfalfa ada, Herblax pun ada. Jom detoks!
Assalamualaikum.....

Ni cerita gila oleh bebudak ofis aku, cerita pasal makanan pastu tetiba, “Eh jom kita check in kat Kuala Selangor, kita buat food hunting”
Ha…semudah itu je…aku pun terjebak sama, cuma aku tak check in kat hotel, aku check in kat rumah abah mertua ku lah.
Bagi yang tak tahu, kat Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sekinchan ni banyak tempat makan yang best….cuma exposure kat media tu kurang sikit. Rata² ingat tiga tempat ni sawah padi & tempat ikan fresh semata. Kalau rajin ‘mengukur jalan’ mesti akan jumpa tempat makan yang best & murah.
Ekspedisi food hunting ni bermula di Cendol Bakar, Kuala Selangor. Bukan cendol je ada, rojak ada, coconut shake ada, karipap gergasi ada…macam² lah ada. Semua kat satu tempat. Cendol Bakar ni time weekend/public holiday memang penuh, drive thru pulak jammed aje.
Then dorang ni check in kat Apps Hotel, dekat je dengan Jambatan Kuala Selangor. Biasalah new hotel kan…facilities cun belaka.
Dah rehat² dorang continue ke Warung Ibu untuk membaham soto & nasi ambeng. Dah kenyang kat situ, berangkatlah mereka ke Sungai Sireh untuk menjemput ibu comel sekeluarga. Sampai² je aku jamu dorang dengan pechal.
Dah kenyang dengan pechal, aku pun lead lah rombongan ni menuju ke Parit 9. Nak singgah ke Restoran Lembah Bernam tutup pulak; bawak le dorang ke tempat kerepek. Huish memasing borong kerepek macam nak buat bisnes, sampai penuh bonet. Aku pun sama jugak, kemain borong kerepek pedas.
Lepas memborong, kami ke Pantai Redang, Sekinchan untuk tengok sunset. Pantai ni idakle boleh mandi manda, setakat cuci² mata tu bolehlah. Tapi kalau Kerajaan Selangor atau Tourism Malaysia ambik initiative untuk upgrade tempat ni, aku rasa boleh jadi tumpuan. Kat Sekinchan ni restoran seafood yang HALAL harapkan Sekinchan Ikan Bakar je (kami tak makan pun kat sini sebab baca review banyak yang hampeh dari yang ok). Apesal la takde yang Islam ambik peluang bukak kan…sebabnya bekalan bahan mentah senang² je…dekat nau ngan pengkalan ikan.
Lepas tengok sunset, perut lapau la balik…so next pit stop adalah Kari Sembilang Sg Pinang; kitaorang order 2 jenis masakan, kari & masak asam. Pergh…kuahnya mengancam beb, ikan pulak tak berbau. Kat sini, kita order dulu baru dorang masak tau….so lauk tu serve panas². Habis nasik sepinggan, memasing lupa jap pasal diet.
Pastu aku berangkat balik ke rumah abah mertua, dorang lak continue shopping kat Kuala Selangor. Esoknya lepas check in dorang continue pulak makan mee udang banjir & stop lagi sekali kat Cendol Bakar….pastu whatsapp gambar kat aku…mencik sangat.
Petang Ahad tu kekonon nak singgah lah Cendol Bakar sebelum balik KL….tapi pukul 6 petang dok penuh lagi…terus cancel….telan air liur je lah kitaorang anak beranak. Sah² la aku kena tunggu raya nanti baru dapat makan cendol bakar tu…takpa....belajar bersabar lah aku.
Nah, korang layan la gambar² ni semua...

Atas: Rojak King
Bawah (L): Coconut Shake (R): Cendol Bakar

Atas (L-R): Kari & Asam Pedas Sembilang, Nasi Ambeng
Bawah (L-R): Soto, Mee Udang Banjir
  
Kat tepi jalan area Sekinchan korang boleh beli buah² macam ni


Sunset dengan 2 filter yang berbeza...tapi pakai phone ajelah

Bebudak main belon kat Pantai Redang

Posing anak² dara

Posing anak dara, anak bujang & si bapak yang tak bujang
Assalamualaikum.....



Kalau korang rajin berkuntum kat IG, mesti akan perasan fenomena bubble rice + chocolate. Macam² nama yang dibagi kat benda alah ni. Aku kenal benda ni masa dalam confiementkan si Imran. Masa tu pandang je la dulu benda ni…abis pantang zasss aku pun order. Aku order dari beberapa seller tapi aku paling berkenankan keluaran The Monday Shop (TMS).
Yang TMS punya, coklat dia lemak & ada rasa macam kekacang tapi bukan kekacang. Dah tu bubble rice dia kan ranggup aje. Coklat yang TMS guna adalah homemade recipe, bukan coklat siap sedia macam Hershey, Van Houten mahupun Cadbury. So dijamin HALAL & BERSIH.
Selalunya aku borong 10 jar sekaligus sebab sekali hadap je 2 jar gerenti licin (maaf agak buruk lantak disitu). Dan selepas sekian lama mengadap benda ni, Crunchy Choc Monday (CCM) kini available kat chanteklicious yeayyyy
Untuk yang ini ada 2 size; M & L
M = RM10
L= RM15
Apsal takde size S? Sebabnya percayalah size S tu nanti korang akan nangis² tak puas. Jadi better lah terus amik size M & L.
Sape nak order boleh SMS/WA 012-6564890. COD area Kg Pandan, Desa Pandan, adik beradik dua kawasan ni & juga Jalan Sultan Sulaiman.
Jom rasa & korang gerenti tak menyesal punya.
Assalamualaikum.....


gambar aku pinjam kat pakcik google

Pernah dengar pasal ni?
Korang tau tak apa eat clean/clean eating ni?
Okay salah satunya memang betul, makan makanan yang bersih, nak cari nahas la kalau makan makanan yang tak bersih kan.
Actually takde specific definition but secara generalnya clean eating ini adalah tentang makan makanan dalam bentuk paling semulajadi. Ini maknanya kita cuba elakkan makan makanan yang diproses, yang banyak bahan pengawet, gula tambahan mahupun yang kaya dengan lemak JAHAT. Clean eating ni bukan benda baru, zaman tok nenek kita dulu pun dah buat. Tapi bila zaman makin maju, makin nak cepat & pantas…maka clean eating makin ditelan zaman. And now dah mula kembali atas kesedaran kesihatan.
Dalam clean eating ni takdela specific SOP tapi amalan² kat bawah ni boleh dijadikan guide kalau korang nak berclean eating;
·         Gunakan whole grains macam oat, gandum, even beras yang unpolished macam brown rice as long as tak diproses dengan bahan kimia. Makanan organic masuk dalam kategori clean eating ni
·         Elakkan GULA PASIR. Gula pasir ni harapkan manis je tapi takde apa² nutrient kecuali KALORI
·         Makan 5 – 6 hidangan sehari (breakfast, morning meal, lunch, tea meal & dinner) dengan saiz yang lebih kecil.
·         Daging, kalau boleh biarlah yang fresh datang dari farm dah tu kalau boleh farm tu takde inject² kat binatang peliharaannya……tapi the truth is most of the farm akan ada inject² ni sebab nak memastikan tumbesaran peliharaan mereka ni; be wise…kurangkan daging/ayam..lebihkan ikan
·         Masak sendiri berbanding beli. Kenapa? Sebab bila kau masak sendiri, kau akan tau apa yang kau letak kat dalam masakan tu kan, gula, garam, pak aji etc….so kau boleh control penggunaan bahan perasa (which PATUT dielakkan dalam clean eating ni)…kalau makan kat luar, camno kau nak control?
·         Combine protein & carbo dalam hidangan….dalam erti kata lain; balance meal lah. Bila meal kau ni balance….tendency untuk rasa kenyang & puas tu adalah tinggi. Maka idak le kau asyik mengagau nak mengunyah jajan. Sah² lah jajan tu maha kaya dengan bahan perasa
·         8 gelas air kosong sehari jangan dilupa supaya blood circulation, bendalir kat dalam badan tu stabil…tak la dehydrate, dah tu bahan² buangan pun senang nak keluar

Apa benefit dari clean eating ni?
·         Pengurangan lelemaks & berat badan
·         Peningkatan tenaga, feeling FRESH & ENERGETIC
·         Skin & hair appearance/texture yang lebih baik
·         Peningkatan kesihatan badan & mental
Banyak lagi benefit sebenarnya, kalau nak di list down alamatnya panjang berjela² lah post ni.

So moh la kita amalkan clean eating ni….start pelan²…kita mulakan dengan satu hidangan sehari macam breakfast ke, pastu baru ke makan tengahari & seterusnya makan malam. Kalau korang tak tau apa nak masak kalau berclean eating ni, tanya je pakcik Google, tau lah dia jawabkan nanti. Dan kalau berpeluang, aku akan share resepi² clean eating yang ada dalam koleksi aku. Tapi masalahnya kemalasan aku menggunung pulak kebelakangan ni….haih!