Pages

Assalamualaikum.....

Bagi yang tak tahu, Alfalfa ni adalah signature produk dari Shaklee. Walaupun macam² produk Alfalfa kat pasaran ni, Alfalfa keluaran Shaklee adalah PREMIUM sebab ditanam secara organik kat California sana nun. Lepas tu bebas dari pestisid, herbasid & menggunakan bahan kompos bebas kimia.
Bagi menghasilkan alfalfa complex ni, Shaklee cuma pakai daun Alfalfa yang telah MATANG sahaja. Daun² ni pulak dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi dalam daun tu.
Ni lah rupa Alfalfa

Apsal Alfalfa ni istimewa sangat?
1.     Ada 8 enzim dalam alfalfa ni;
·         Lipase – untuk proses pemisahan lemak
·         Amilase – pemangkin hidrolisis kanji kepada gula
·         Coagulase – enzim yang mendorong pembekuan terutama darah
·         Emulsin – bertindak ke atas penguraian gula
·         Invertase - enzim yan memangkin hidrolisis sukrosa kepada glukosa & fruktosa
·         Peroxidate – pemangkin pengoksidaan darah
·         Pectinase – enzim yang membantu pencernaan
·         Protase – enzim yang diperlukan untuk mencerna protein

2.     Mengandungi 6 vitamin;
·         Vitamin A:
-       penting untuk mata terutama sekali untuk penglihatan
-       membina ketahanan terhadap jangkitan terutama dalam salur pernafasan
-        menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan
-       menggalakkan kulit yang sihat
·         Vitamin E:
-       melindungi sel² daripada kerosakkan akibat sinaran matahari & pencemaran udara
-       meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan otot
-       membantu menguatkan dinding saluran darah termasuk dinding kapilari
·         Vitamin U:
-       menggalakkan kesihatan badan & membantu mengatasi ulser peptic
·         Vitamin B6:
-       membantu asimilasi makanan dan protein serta metabolisma lemak
-       menggalakkan kesihatan safat & kulit
-       membantu mengurangkan gejala loya
·         Vitamin K:
-       penting dalam pembekuan darah

* Alfalfa boleh meningkatkan keupayaan darah untuk membeku.
* Aspirin pula melambatkan pembekuan darah, maka pengambilan alfalfa bersama aspirin (mahupun ubat anti pembekuan yang lain) boleh menggangu fungsi keduanya

·         Vitamin D
-       mengawal penggunaan kalsium & fosforus di dalam badan bagi pembentukan gigi & tulang yang betul & sihat

3.     8 mineral
·         Kalsium
-       membina & mengekalkan tulang & gigi
-       mengawal rentak jantung
-       melegakan saraf
·         Zat besi
-       Diperlukan untuk membina haemoglobin & membantu membawa oksigen dalam darah
·         Mangan
-       Unsur surih yang membantu mengawal gula dalam darah
·         Potassium
-       Mineral yang membantu denyutan jantung, pengecutan otot & saraf & mengawal keseimbangan kimia dalam badan
·         Fosforus
-       Diperlukan untuk pembinaan tulang & struktur gigi yang normal, saling bertindak dengan kalsium & vitamin D, juga meningkatkan
·         Klorin (klorida)
-       Elektrolit penting untuk membersihkan badan, mengawal kadar lemak, gula juga metabolisma kanji
·         Natrium
-       Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus & fungsi perut
·         Silikon Magnesium
-       Membantu badan untuk menangani sembelit & merangsang fungsi otak

See...Alfalfa ni ada enzim, vitamin & juga mineral, yang mana dapat membantu mengawal fungsi tubuh badan kita. Bukan senang nak dapat produk yang ada 3 benda ni.

Banyak lagi pasal alfalfa ni nak cerita....kita tunggu part II ye...

Stay tune!
Assalamualaikum.....



OmegaGuard ni salah satu supplemen wajib dalam family aku.
Untuk budak berdua; aku prefer OmegaGuard berbanding neb & ubat batuk. Seminggu dua kali memang aku akan pecahkan masuk dalam susu dorang. Persediaan awal untuk mengelakkan kahak.
Untuk aku, kerja kat ofis kekadang memerlukan aku lebih fokus, so aku pilih OmegaGuard ni sebagai aid untuk bantu aku fokus; selain tu untuk berkembangan minda baby kat dalam perut ni.
Untuk mak pulak, sebab bila dah berumur ni, tanda² pelupa tu ada sesikit. So OmegaGuard ni untuk dia kontrol kes kelupaan tu.
Big boss yang culas makan ubat mahupun supplement pulak, dia peminat Vivix so memang jarang dia ambik OmegaGuard ni.


'MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA!'
Macam bagus je statement ni kan...Korang nak tau kenapa dikatakan terbaik di dunia?
Sebab ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, makarel, hering, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukan datang dari hati minyak ikan. OmegaGuard ni lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
OmegaGuard ni mengandung rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA.
Dan yang BEST; Shaklee guna kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk hasilkan OmegaGuard ni. Proses penyulingan proprietari tiga molekul digunakan untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen & semulajadi. Proses ni juga menyingkirkan bahan² berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, diosin & PCB (polychlorinated biphenyl - bahan kimia industri yang sangat bertoksik). Selain tu proses ni untuk mengurangkan oksidasi & pembentukan lemak trans serta mengurangkan rasa juga bau ikan.
See....ketat prosesnya tau, bukan main ekstrak gitu² je.

Apa faedahnya OmegaGuard ni?
ü  Meningkatkan kesihatan arteri dengan membantu mengurangkan pembentukan plak dan darah beku dalam arteri
ü  Mengurangkan risiko penyakit jantung & kolesterol; kadar triglycerides yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung. Omega 3 dipercayai boleh menurunkan kadar triglycerides antara 20% - 50% dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
ü  Menyokong fungsi sendi dengan bertindak sebagai pelincir terutama bagi yang mengidap arthritis dan osteoarthritis
ü  Meningkatkan kesihatan mental dengan membantu sel² saraf dalam otak, membolehkan sel² saraf untuk berkomunikasi antara satu sama lain
ü  Meningkatkan kesihatan kulit dengan membantu untuk mengurangkan gejala² yang berkaitan dengan gangguan kulit seperti jerawat & psoriasis
ü  Meningkatkan kesihatan paru² dengan mengurangkan keradangan salur pernafasan seperti asthma
ü  Membantu penurunan berat badan dengan menurunkan paras insulin. Kadar insulin yang tinggi menyumbang kepada penyimpanan lemak dalam badan. Pengambilan omega 3 juga akan menurunkan paras leptin (hormon yang mempengaruhi selera makan)

Banyak kan benefit omega 3 ni...cumanya ramai tak tahan nak ambik minyak ikan sebab lepas makan minyak ikan ni nanti sendawa bau hanyir. Tapi percayalah OmegaGuard Shaklee ni kurang hanyirnya...aku yang preggy ni pun okey je ambik..bila sendawa takde lah bau mana pun.
Bulan December ni promo OmegaGuard, memang kena sangatlah kalau memborong. Kalau takmo beli sampai 6 botol, sebotol pun boleh jugak....cumanya kalau beli 6 botol dapat FREE sebotol, dah tu dapat FREE membership lagi dan cash bonus RM33. Tak mahu ke?

Assalamualaikum.....

Masa zaman muda remaja dulu, pilihan sabun untuk aku basuh baju mestilah yang banyak buih & wangi. Tak kisahlah brand apa. Asalkan buih mengelembung², bau menyegarkan hidung aku..tu dah kira okay. Masa ni aku tak hirau sangat apa ingredients dalam sabun tu. Lagipun aku tak pernah lagi kena allergic sebabkan sabun basuh ni. So hentam jelah.
Tapi makin lama aku perasan baju putih nampak kusam manakala yang berkaler cepat pulak pudarnya. Nampak gayanya aku kena tukar detergent lah. Jadi tiap² bulan detergent aku memang berbeza brand sebab nak dapatkan kepuasan mencuba. Akhirnya aku sangkut dengan Fresh Laundry Concentrate dari Shaklee ni.

Dah berkotak pakai, so far memang puas hati. Walaupun baunya tak semerbak macam certain detergent tapi lepas membasuh, baju bau fresh je. Laundry powder ni tak berbuih macam kebanyakkan detergent kat pasaran, jadi proses membilas kain lebih mudah. Dan bila dah ada anak ni, keselamatan & kesihatan dorang tu jadi keutamaan; Laundry Powder ni takde bahan perengsa seperti Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate yang boleh menyebabkan kerengsaan pada hidung, kulit, mata hingga menimbulkan batuk, sesak nafas, kegatalan mahupun ruam. Laundry powder ni juga tak merosakkan alam, takde bahan kimia berbahaya bagai. Dan yang paling penting, MENJIMATKAN!

Berapa lama tahan?
Sekotak Fresh Laundry Concentrate ni beratnya 2.5kg. & kalau ikut aku yang basuh baju 3 kali seminggu, 2 trip setiap kali...sekotak ni tahan 2 bulan lebih, kekadang sampai 3 bulan.

Dan proses membasuh kain lagi best dengan adanya Soft Fabric Concentrate juga dari Shaklee (dah aku SID Shaklee, of coz la barang Shaklee yang aku akan cerita). 
  

Pelembut fabrik ni macam laundry powder jugak, tak bertoksik, takda bahan kimia yang berbahaya, takde gas beracun & pHnya juga seimbang. Ni supaya baju tak rosak, mengurangkan kedutan, mengelakkan pakaian dari melekat kat badan dan menjadikan kerja menggosok lebih mudah.
Jadinya kuranglah usaha korang mengeluarkan tenaga nak menenyeh seterika bila proses menggosok.

Berapa lama tahan?
Sebotol Soft Fabric Conditioner ni saiznya 946ml & boleh guna sampai 64 kali cucian or lebih, bergantung pada korang punya style pakai.

Overall aku memang puas hati dengan performance (dah macam kereta pulak) kedua² ni. So kalau datang rumah aku (ceh ceh ceh) korang akan nampak dua item ni atas rak membasuh J
Secara keseluruhannya, laundry powder & soft fabric concentrate ni:
·         BEBAS TOKSIK
·         HYPOALLERGENIK
·         BIOSURFAKTAN
·         SEMULAJADI
·         BEBAS FOSFAT
·         BEBAS KLORIN
·         PEKAT

Macam tak percaya?
Mer order sekotak/sebotol dulu…lepas tu SURE korang jatuh chenta!
Assalamualaikum.....

Ini adalah mereka² yang dah merasai keberkesanan Vivix. Ada yang ambik untuk control kencing manis, ada yang nak cantikkan kulit & ada yang ambik untuk merawat kanser.
Bagi yang tertanya² macamanalah rupa isi dalam Vivix, inilah dia rupanya;
Gambar ihsan dari group Shaklee ku

Okay, ni pulak barisan testimoni tentang Vivix, ada yang fresh from oven lagi;




Comelkan si Iftifal ni...
Jadi kalau ada yang nak ambik Vivix ni untuk kecantikan, tak perlu ragu² ye. Tengok je beliau ni.
Promosi Vivix masih berjalan, jadi orderlah sekarang.

Contact je aku;
Aisah Salim (012-6564890)



Assalamualaikum.....

Orang dok cerita Vivix sana sini, ye lah bulan November ni promosi Vivix, memang tengah murah lah. Tapi ramai yang tak tahu apa kebendanya Vivix ni.


Apa itu Vivix?
Vivix berbentuk cecair, pekat dan berwarna merah (sebab tu ramai pakcik² & makcik² yang tergeliat nak sebut Vivix ni, dok panggil sirap Shaklee). Vivix ni terdiri daripada gabungan ekstrak Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, ekstrak Purple Carrot & ekstrak European Elderberry. Vivix ni dah diuji dalam makmal & didapati kaya dengan Resveratrol.

Apo bondo lah Resveratrol ni?
Resveratrol ni adalah agen anti penuaan yang unggul dari alam semujadi kita.

Moh kita cerita sikit 4 elemen dalam Vivix ni:
·         Polygonum Cuspidatum - juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, namun banyak juga ditemui di Amerika Utara & Eropah. Ianya banyak digunakan dalam rumusan anti penuaan seperti resveratrol & perubatan tradisional Cina. Resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan berat badan
·         Anggur Muscadine - Anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (anggur biasa ada 19 kromosom je); menyediakan lebih banyak faedah kesihatan. Anggur ni bersaiz bola golf (wow), mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi (tak jumpa kat anggur biasa ye), yang menunjukkan ciri² menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus & anti bakteria
·         Purple Carrot - sumber terbaik vitamin A, mengandungi phytokimia & anthocyanins (antioksidan yang mustajab). Anthocyanins ni lah yang memberi warna merah menyala, biru & unggu pada sayuran.
·         European Elderberry - mengandungi flavoids; salah satu ciri antioksida yang kuat yang membantu mengukuhkan sistem imun bagi melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry juga kaya dengan anthocyanins (macam purple carrot), vitamin A, B & C, asid amino, carotenoid, tanin & rutin. Nutrien dan antioksidan dalam elderberry ni dapat merendahkan kolesterol, memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung.

4 Mekanisma Sel oleh Vivix
·         Pembaikan – melindungi & membaiki DNA yang diserang jutaan kali setiap hari
·         Tenaga – membekalkan khasiat untuk kulit, menyahtoksin, memberi tenaga & kekuatan untuk badan
·         Pertahanan – Pengawalan genetik menjadi positif
·         Prestasi – Melambatkan penghasilan AGE (Advance Glycation End Products) protein
* Peningkatan protein AGE akan menyekat penghasilan & fungsi kolagen serta elastin. Lagi banyak protein AGE dalam badan lagi mudah untuk kulit menjadi teruk akibat sinar matahari

Secara ringkasnya Vivix;
·         Menggalakkan penuaan yang sihat
·         Membantu menghalang kanser
·         Mengurangkan risiko penyakit jantung
·         Mengurangkan komplikasi pada pesakit diabetes
·         Menyokong kesihatan sendi
·         Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
·         Membantu dalam pengurangan berat badan
·         Meningkatkan system imun
·         Meningkatkan kesihatan mata
·         Menyokong kesihatan keseluruhan

Since Vivix ni dalam bentuk cecair; that’s why ianya alamat glamer dikalangan pakcik, makcik, atuk, nenek semua...sebabnya liquid form lebih senang nak diserap oleh badan. Faham² ajelah, bila dah tua kadar penyerapan badan tak macam masa kita muda² dulu.

Macamana nak ambil Vivix ni?
Sebotol Vivix ni bersaiz 150ml, diambil satu sudu teh 1-2 kali sehari. Sebotol ni boleh tahan 1-2 bulan. Seelok-eloknya disimpan dalam peti ais untuk memastikan kesegarannya. Vivix ni takde bahan pengawet, so life shelfnya lebih kurang 6 bulan je.

Dalam semua produk Shaklee, Vivix ni antara yang paling tingggi harganya. Tapi kesan penggunaan Vivix membuatkan orang tak kisah dengan harga. Since November ni bulan Vivix, inilah masanya untuk dapatkan lebih PENJIMATAN. Memang RUGI kalau tak beli.
 
Assalamualaikum.....


6 bulan yang pertama kita disarankan breastfeed baby secara ekslusif. Maksudnya tidak dicampur dengan air masak ke, air nasi ke...susu semata. Tapi kekadang baby ni dalam umur 4 bulan dah tunjuk tanda yang dia perlukan lebih dari susu ibu. Ada paed yang recommend untuk start solid food pada baby bermula dari umur 4 bulan lagi. Aku rasa zaman kita dulu² pun dalam umur 3 bulan mak² dah suap kanji kacau kan. Tapi  untuk meminimakan risiko, baiklah kita ikut saranan WHO.
Walaubagaimanapun, ni ada sikit checklist untuk kita tau yang baby dah ready untuk solid food;
·         Boleh mengangkat kepala dan kekal dalam posisi tersebut untuk satu tempoh masa
Ini membolehkan baby menerima makanan yang disuap ke mulut
·         Duduk dengan baik bila dipegang
Baby boleh duduk dengan stabil bila dipegang atau diampu. Kepalanya tidak bergoyang @ meliuk² ke kiri ke kanan seperti pokok ditiup angin
·         Melakukan pergerakan mengunyah
Baby berdaya untuk menolak masuk makanan ke bahagian dalam mulut & berkeupayaan untuk menelan dengan dengan betul
·         Berat badan naik dengan konsisten dan sihat
Bila berat badan dah naik seganda dari masa lahir, then ni juga tanda² baby dah ready untuk solid food. Selalunya ia akan berlaku sekitar usia baby 6 bulan. Tapi sekiranya berat baby tidak normal, pergilah discuss dengan paed.
·         Berminat dengan makanan
Bila baby mula pandang² bila korang makan, cuba mengambil makanan dari tangan mahupun beria nak masuk makanan ke dalam mulut. Tu dia bagi sign yang dia dah ready untuk solid food

Apa yang kita nak mulakan untuk solid food ni?
Ramai mak excited nak start solid food pada baby (aku pun sama jugak) tapi tak sure apa yang patut dibagi kan..Lupakanlah processed food (boxed cereal yang kat pasaraya tu), kita start dengan yang fresh & raw dulu ye. Contohnya avocado, pisang, kurma dan pear. Awal² ni kita nak bagi dorang explore dulu rasa & tekstur yang baru. Then later stage by stage kita introduce rasa & tekstur yang lain pada dorang pulak. Inilah masa yang paling seronok & pening (nak decide the best receipe kan)
Masa Akim dulu aku amatlah naif (konon) pasal solid food ni. Mak aku yang handle semua. Memula dia bagi cucunya kanji kacau tu. Tak lama lepas tu bubur nasi + ikan/ayam. Pastu bubur nasi + ketam. Aku pulak bila shopping kat Tesco mesti beli baby food yang dalam botol tu (brand Heinz) & Nestle Cerelac. Aku memang takde exposure langsung pasal homemade baby food ni. Maklumlah masa ni manja lagi...tambah pulak si Akim tu cucu yang terkecik antara semua, ramai yang jadik penjaga dia.
Then when it comes to Inas, aku dah tau banyak benda; it all start dengan breastfeeding. Bila dah breastfeed, aku jadi extra care apa saja yang masuk dalam perut anak aku. Masa ni lak jumpa kawan² yang selalu cerita pasal breastfeeding + homemade solid food. Aku pun terpengaruh sekali.
Inas dalam 5 bulan lebih dah start solid food. Yang paling awal aku bagi adalah pisang steam + breast milk. Punyalah suka, laju je masuk perut. Dalam seminggu tu memang pisang jelah sebab nak biasakan dia. Later aku tambah sikit dengan kurma. Lagilah dia suka, tapi combination pisang & kurma ni manis. Jadinya aku kurangkan kuantitinya & add up kuantiti breastmilk. Pada awal, aku cuma bagi satu meal sehari. Tapi ini budak memang selera makan jadinya buatlah 3 meal (breakfast/lunch/dinner) tapi dalam kuantiti yang sikit.
Dalam dua minggu lepas tu aku introduce pulak cereal (homemade punya) dengan combination buah/sayur/ayam/ikan. Jadi jadual makan Inas adalah;
Breakfast - rice/oat + pisang/kurma/apple/pear
Lunch - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Dinner - rice + ayam/ikan/carrot/kentang/labu
Rice + ayam/ikan ni aku selang selikan supaya dia tak boring. Tapi si tembam ni memang takde masalah makan, semua ok je masuk perut. Alhamdulillah takde allergic, takde kembung. Emak² kena rajin explore resepi² baru untuk baby ni. Kat internet banyak web/blog yang boleh korang refer untuk dapatkan resepi/idea pasal solid food ni, antaranya;
Terpulang pada korang untuk pilih resepi mengikut selera & keperluan baby. Asalkan rajin pastinya mudah.
Assalamualaikum.....

Aku suka belek flyers walaupun benda kat flyers tu bukan la favorite aku; kagum dengan tahap kekreatifan pembuat² flyers ni sebenarnya. Dan jangan tak tahu,  flyers juga adalah medium untuk korang market produk korang. Menyedari hakikat itu, maka aku pun gedik la design flyers, sungguh² aku design. Aku rasa cukup cantik dah design aku…tersengih² satu hari suntuk tengok . Feeling gitu. Tambah syok bila flyers dapat approval, lagilah lebar senyum aku.
Tapi bila aku tunjuk kat member (pakar graphic) dia kata design aku macam budak tadika, tak professional langsung. Then dia designkan yang baru untuk aku. Memang sungguh beza kau, design budak yang selalu dapat E masa exam pendidikan seni (akulah) dengan dia yang graduate dalam bidang graphic. Kena kutuk kaw² dengan dia pun aku tak heran sebab hasil kerja dia memang mantap.
Maka dengan itu dengan happynya aku mengumumkan aku dah ada flyers (maaf kalau kejakunan aku terserlah)
 

InsyaAllah dalam sikit masa lagi flyers ni akan beredar di sekitar Lembah Kelang. Jadi kalau terserempak dengan flyers aku ni…simpan ye, kot² sekarang tak berguna, esok² mana tau kan….
Assalamualaikum.....

Honestly...semacam ada kontroversi antara breastfeeding & Shaklee. Ramai yang claim bila ambik ESP & Alfalfa susu boleh jadi melimpah ruah macam sungai Amazon. Claim begini menimbulkan kemarahan ramai Lactation Counsellor. Juga menimbulkan kekecewaan pada pengguna bila penghasilan susu tak seperti yang diharapkan selepas mengambil Shaklee. Telah berlaku salah faham kat sini. Asas sebuah penyusuan adalah Demand & Supply. Bila ada demand, akan ada supply. Kalau takde demand, camne nak ada supply? Betul tak?
Bagi ibu² yang duduk rumah, tak susah nak create situasi ni sebabnya baby direct feed bila lapar/menangis. Yang menjadi masalah adalah yang berkerjaya ni. Mana nak kejar masa berkerja, mana nak pump lagi...
Tapi suka tak suka kita kena create demand ni; maksudnya kita pump susu dengan konsisten (contohnya setiap 3 jam). Bila kita pump, breast akan kita kosongkan. Ini menghantar signal pada otak untuk kilang susu produce kembali susu bagi memenuhi kekosongan yang telah ditinggalkan tadi. Proses ni akan berulang dan berulang. Inilah cycle demand & supply bagi mereka yang berkerjaya.

Tapi macamana Shaklee membantu breastfeeding?
Breastfeeding ni ibarat satu proses perkilangan, dari bahan mentah ke produk siap (susu ibu). Bagi nak mendapatkan produk siap yang berkualiti, amalan perkilangan haruslah betul & bahan mentahnya juga haruslah bermutu. Untuk penghasilan air susu, badan si ibu perlukan nutrisi seimbang supaya semua khasiat dapat disalurkan pada baby. Tapi cara hidup hari ni tak memungkinkan si ibu mengambil semua nutrisi ni semasa makan. Sapa boleh gerenti yang dia ada hidangan karbo/protein/fiber/mineral dalam satu plate makanan setiap hari? Kalau aku, nan hado...bantai pulak dapat ofis yang medan selera nya asyik ulang lauk yang sama setiap hari. Lagilah takde nak memikir kelengkapan hidangan tu, janji kena dengan tekak & perut kenyang. Bantai nasi + ayam goreng + kuah gulai pun jadi. Jadi kalau begini cara makannya, bagaimana kecukupan nutrisi untuk disalurkan pada baby?
Contoh yang lain; ibu yang menyusukan perlu 2 kali ganda kalsium berbanding orang biasa. Ini adalah kerana kalsium akan dishare bersama baby. Si ibu bukanlah seorang yang suka minum susu, setiap pagi kopi jadi pilihan. Masa lunch pulak main makan yang mana dan aje, kalau yang jenis gedik nak berdiet, makan la roti kosong + salad. Jadi cukup ke bekalan kalsium? Bukan je tak cukup untuk diri sendiri, silap² baby pun tak dapat kalsium yang secukupnya.
Jadi Shaklee ni offer nutrisi bagi memenuhi keperluan seorang ibu yang menyusu supaya ibu tak rasa penat & stress. Sebenarnya target untuk nutrisi yang dicadangkan adalah untuk si ibu, tetapi baby juga akan mendapat manfaatnya melalui susu ibu.
Item yang biasa dicadangkan untuk ibu² menyusu adalah:
  
·         Energizing Soy Protein (ESP) – Ada 9 asid amino penting untuk badan & diperkaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral. ESP dalam kategori low GI (Glisemix Index) membuatkan ibu² lebih bertenaga & tak menggeletar lepas nursing session. Ni adalah kerana gula dilepaskan perlahan² ke dalah darah (kesan Low GI tadi). Bagi yang ambik ESP, ramai yang discover susu menjadi lebih pekat berbanding biasa
·         Vita-Lea Iron Formula – menyediakan 12 vitamin & 7 mineral penting untuk keperluan harian. Ini untuk memastikan pertumbuhan sel baru, melindungi organ, mengekalkan kegergasan tubuh
·         B-Complex – mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk biotin & asid folik. Berfungsi menukar makanan kepada tenaga; mengurangkan masalah keletihan
·         Alfalfa – Dikenali sebagai milk booster;. Tapi bukan setakat tu je; alfalfa bersifat alkali yang kaya dengan serat, zat galian, vitamin & enzim. Alfalfa juga bersifat anti inflammatory/radang
·         Osteomatrix – Sumber kalsium dengan gabungan magnesium & vitamin D. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium si ibu & juga menyalurkan kebaikan kalsium pada baby
·         Vitamin C – Meningkatkan sistem imun badan; membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi, membantu sel darah putih menetang bakteria & kuman. Juga mengurangkan symptom flu

Jadinya breastfeeding set ni menyediakan badan yang sihat untuk si ibu supaya ibu sihat bertenaga nak menyusukan baby. As long si ibu berpegang kukuh pada KONSEP DEMAND & SUPPLY, insyaAllah, flow susu akan konsisten sampai waktu kita sendiri decide untuk kurangkannya.