Pages

Assalamualaikum.....
Okey, ni usaha² yang boleh korang buat untuk meningkatkan kesuburan.
1.     Kenali sistem reproduksi anda. Bila korang kenal/tahu tentang sistem reproduksi ni korang boleh menjangka waktu subur si isteri (ini dalam kes yang periodnya normal & teratur iaitu lebih kurang 28 hari cycle)
Ø  Waktu subur adalah antara hari ke 10 - 15 bilamana telur akan dikeluarkan oleh ovari. Jika pada waktu ni sperma berjaya berenang & bertemu dengan telur tersebut di saluran fallopian; persenyawaan akan berlaku
Ø  Jika period tidak konsisten, korang boleh guna OPK (Ovulation Predictor Kits) sebagai cara untuk predict waktu subur. OPK ni boleh beli kat farmasi
2.     Tingkatkan jumlah sperma & jaga kualitinya. Jangan ingat wanita je perlu berusaha kalau nak preggy ye. Si suami pun perlu tingkatkan kuantiti & kualiti sperma
Ø  Average sperm count adalah antara 120 - 350 million per cubic centimeter. Dan bila sperma tu kurang dari 40 milliom per cubic centimeter, maka kuranglah sperma yang berjuang
Ø  Haba juga boleh mengurangkan pengeluaran sperma, so jauhkan kawasan testis dari sumber haba seperti laptop (bila surf @ buat kerja jangan lah dok tatang lappy tu kat peha).
Ø  Memakai underwear yang ketat dan duduk dalam tempoh yang panjang (keadaan yang mana menjerut/memberi tekanan pada testis) boleh meningkatkan haba pada kawasan testis dan menyekat pengeluaran sprema. Jadi tolong jangan amalkan.
3.     Kawal berat badan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan/berkurangan selalunya mempunyai masalah period yang tak teratur.
Ø  Walaupun tiada special diet untuk kesuburan tapi pemakanan yang betul/berkhasiat boleh menjaga tahap hormon yang stabil
Ø  Juga harus diingat, obesiti selalunya diiringi dengan tekanan darah tinggi & kencing manis. Kedua² ni boleh menjejaskan kehamilan
Ø  Bagi lelaki pula, berat badan berlebihan menyebabkan masalah hormon yang boleh menjejaskan bilangan & kualiti sperma
4.     Jauhi bahan² yang berbahaya/bertoksik.
Ø  Penyelidik di Universiti San Francisco mendapati yang Bisphenol A (bahan kimia yang banyak digunakan dalam bungkusan plastik makanan & minuman) berdaya menurunkan kadar pembahagian sel² rahim; yang berpotensi menghalanh embrio dari melekat di uterus.
Ø  Plumbum ataupun sebatian plumbum boleh menyebabkan abnormalities pada hormon & period.
Ø  Benzene (yang banyak digunakan dalam bahan pencuci, pengilat kuku & pewarna rambut) boleh menyebabkan wanita stop period & lelaki mengalami penurunan jumlah sperma
5.     Amalkan cara hidup yang sihat. Okay ni memang klise tapi kalau cara hidup tak sihat camno kau nak dapatkan hidup yang berkualiti. Jauhi dadah & arak, rokok juga amalkan seks yang sihat.
Ø  Merokok ni effect kesuburan lelaki dan wanita. Penyelidik Portugal mendapati merokok memberi kesan kepada rahim. Bagi lelaki pula, merokok boleh mengurangkan penghasilan sperma dan merosakkan DNA. Kajian ini disiarkan dalam 'Current Opinion Obstetrics and Gynecology'.
Ø  Penyelidik Sweden dalam 'Fertility & Sterility' pula  mendapati bahawa wanita yang minum dua minuman beralkohol sehari turun kadar kesuburannya sebanyak 60%
Ø  Penyakit kelamin boleh mengurangkan keupayaan seseorang untuk hamil
Ø  Chlamydia dan gonorea adalah dua punca utama kemandulan dan jika tidak diraway boleh menyebabkan keradangan pelvis
Ø  Menurut Dr Nancy Sanders ( Pakar O&G), Chlamydia amat berleluasa dikalangan wanita muda pada masa kini. Walaupun senang dirawat dan sembuh, tapi kalau tak dijaga boleh menyebabkan kemandulan
Ø  Bagi wanita, stress boleh mengganggu kematangan telur dan proses ovulasi
Ø  Bagi lelaki pulak, mati pucuk dan masalah ejakulasi boleh terhasil dari emosi yang tertekan
Ø  Kajian oleh Alice Domar (Havard’s Mind-Body Institute); wanita yang menjalani ‘stress reduction therapy’ menunjukkan peningkatan dramatik dalam keupayaan untuk hamil. Malah wanita yang menjalani rawatan kesuburan mempunyai hasil yang lebih memberangsangkan apabila tekanan berjaya dikawal

So those yang tengah berusaha untuk pregnant; harap apa yang aku kongsikan kat atas ni bermanfaat untuk korang. Tapi dalam berusaha ni jangan lupa mohon pada Allah swt moga² dikurniakan rezeki. Usaha dan doa bergerak seiring ye semua!
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah harini Inas Nasuha genap setahun. Pantas betul masa beredar...rasa macam baru je lagi meneran nak melahirkan dia.
Selama setahun ni, dia menambahkan keceriaan keluarga aku. Menjadi adik yang terkecil dikalangan sepupu sepapat yang majoritinya lelaki membuatkan dia selalu menjadi rebutan untuk didukung. Oleh sebab tu anak dara ni banyak lemak sikit, demandnya lebih sikit berbanding si abang. Boleh tahan garang, si Along selalu jugak kena ketuk especially bila si bujang tu dah tidur.
Kelahiran anak dara ini juga membuatkan aku kukuh & gigih breastfeed(setakat ini), berjaya menepis halangan/godaan dari susu formula. Juga membuka jalan pada aku mengenali Shaklee dan jatuh chentaaaa.
Aku tak mengharapkan anak aku menjadi kaya raya suatu hari nanti...yang aku doakan cuma menjadi anak yang soleh/solehah, taat kepada perintah Allah swt, mencintai Rasulullah saw, menjunjung ajaran Islam. InsyaAllah kalau semua ni ada dia akan berjaya dengan hidupnya.


Dalam aku gembira, hari ni jugak hampir sebulan bapak aku meninggalkan kami semua. Walau dah sebulan sedih masih bersisa. Masih ternampak² wajah arwah, masih terdengar² bebelan dan laungan azan dari dia. Rindu yang bermukim makin mengembang. Hujung minggu kitaorang terasa kosong walaupun kitaorang cuba fulfillkan dengan aktiviti menyibukkan diri. Sungguh, sakit perasaan ni. Kalau aku sendiri rasa perasaan macamni, bayangkan pulak mak aku...aku tahu dia menangis, setiap hari...dia cuba sembunyikan tapi aku boleh tahu dari mata dia. Malah dia macam hilang semangat untuk hidup. Walaupun dia redha dengan pemergian arwah, tapi rasa sedih dia belum terbebat lagi. Takpe mak, bahu ini masih ada untuk berkongsi rasa itu.
Ya Allah, tempatkanlah bapak ku dikalangan kekasih mu. Tempatkan dia disyurga dan jauhkan dia dari neraka...Amin