Bila sebut je vitamin E, mesti ramai yang terbayang perkataan ‘CANTIK’. Mungkinkah kerana vitamin E banyak digunakan dalam produk kecantikan maka ianya dikenali sebagai vitamin cantik? Erm..kenapa ya?
Apa itu vitamin E?
Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang secara semulajadinya boleh dijumpai di dalam makanan tertentu seperti minyak sayuran, kekacang dan bijirin, oat dan germa gandum serta sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.
Vitamin E, Kecantikan & Kesihatan
Disebabkan sifatnya yang antioksida (membantu membantutkan penuaan sel akibat radikal bebas), vitamin E amat sinonim/penting dalam melindungi sel-sel kulit dari sinaran ultra violet, pencemaran, seterusnya melambatkan penuaan. Dr Shari Lieberman (Certified Nutrition Specialist juga penulis buku ‘The Real Vitamin & Mineral Book’) menyarankan vitamin E untuk penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. Malah menurut beliau, doktor mempreskripsikan vitamin E untuk mengurangkan kesan parut dan menggelakkan pengerasan implan selepas breast surgery. Bagi yang kulit asyik kering pula, vitamin E juga dapat meredakan masalah ini.
Kerja yang banyak, rehat yang tidak mencukupi serta tabiat makan yang tidak sihat menyebabkan berhimpun mendapan di dalam salur darah kita seterusnya menigkatkan potensi untuk menjadi juara masalah kolesterol. Namun dengan bantuan Vitamin E, insyaAllah mendapan ini dapat dihapuskan kerana vitamin E dapat membantu mencegah pembentukan clot yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan menyumbang kepada jantung yang lebih sihat serta kadar kolesterol LDL – low-density lipoprotein (ni yang orang dok panggil kolesterol jahat) yang rendah.
Ada juga yang menggelar vitamin E ini sebagai vitamin cinta. Nak tahu kenapa? Dengan sifat antioksida, pengambilan vitamin E akan melancarkan peredaran darah keseluruh badan. Dengan aliran darah yang lancar, prostat akan lebih sihat sejahtera dan berfungsi dengan stabil. Selain itu pengambilan vitamin E dapat menggalakkan pengeluaran hormon testosterone,estrogen dan progesterone. Pengambilan vitamin E yang mencukupi dapat mengimbangi lebihan estrogen dalam badan dimana estrogen yang berlebihan boleh menyebabkan sindrom PMS (sengugut, sakit kepala, moody – asyik nak marah orang je...) berlaku. Untuk ibu² yang menyusu pula, kedinginan adalah perkara biasa; ini disebabkan kadar hormon prolaktin (meransang penghasilan susu) yang lebih tinggi dari estrogen dalam badan. Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan masalah ini (kaum² ayah/suami..take note perkara ni ya...jangan kecik hati/marah kalau si isteri kurang berminat sepanjang tempoh penyusuan badan). Hadiahkan Vitamin E untuk isteri anda!
Kenapa Vita-E Complex keluaran Shaklee patut menjadi pilihan anda?
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran; ASLI ye dik
Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium. Selenium ini membantu melengkapi fungsi vitamin E ye.