Pages

Assalamualaikum.....


Kejap benar masa berlalu....

Inas Nasuha @ 6 months old


Rasa macam baru je aku bersalinkan dia, rasa baru je dia bercerai susu, masih ternampak² kat mata lagi saat dia baru bertatih...tapi dah 2 tahun pun dia.
Satu²nya anak dara yang aku ada (buat masa ni), suka berceloteh, suka menolong, suka buat sepah, suka cium adik & paling samseng!



Aku tak tau kenapa sekarang ni suka nau muat muka gaya gitu


 Anakku,
moga kau terus menjadi anak yang menyenangkan hati ummie & ayah serta muslimah yang solehah.
Luqmanul Hakim, Khalil Imran & Inas Nasuha

Assalamualaikum.....

Semputtttt....tu lah yang aku rasa sekarang.
Melayan order ESP, dengan keje yang berlambak nak kejar deadline yang sama....aduh mengah mak. Tapi aku HAPPY! Tu yang penting. Tak kisah lah keje banyak mana pun Alhamdulillah masih boleh nak cope...agak² tak larat esok mak apply CUTI ha ha ha.
KeHappian aku ni disokong oleh minat meniaga yang makin bercambah², kerenah anak² & kerenah kroni² Shaklee serta kengkawan. Life is Meaningful coz of them noks. Dapat kengkawan yang selalu share info, amalan rohani, motivasi akan buat hidup kita lebih bewarna warni.
Cerita ni aku dapat dari WA kengkawan, aku & mak gelak beria² masa baca...so aku nak sharelah ngan korang jugak. Tapi dah tak tau nak kredit pada siapa sebab cerita ni wujud dalam setiap WA group yang aku ada.

aku kopipes je.......

Zaki (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Zaki diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.

Surau itu agak jauh dari rumahnya & Zaki pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Zaki akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Zaki terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.
Akhirnya Zaki memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :

"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR" (Doa sebelum makan)

...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Zaki terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang merungut...

"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"
Assalamualaikum.....



Terus terang cakap....Inilah yang selalu merosakkan diet aku!



Si 'SQUEESHIE' once dah start makan memang susah nak stop, nak pulak orang macam aku yang suka makan ni kan... Ramai yang tak tau squeeshie ni lagi tapi kat instagram glamer dah.
Squeeshie ni adalah kombinasi soft & crispy cookies bersama chocolate, topped dengan marshmallow & salted caramel sauce. Marshmallow tu bila kena dengan caramel sauce, haiyo nikmat sungguh. Ayark meleleh sudah ayaq liuq!


Nampak macam mahal kan tapi sebenarnya harganya berpatutan tau. Yang normal size = RM15, yang baby size pulak RM6 je. Yang big size tu boleh makan 2 - 3 orang tau.
Kalau area Kg Pandan, Desa Pandan, Pandan Indah & kawasan sekitarnya aku ada buat COD Area KLCC & Ampang Park COD on weekdays aje. So sape nak order boleh calling², SMS ataupun WhatsApp aku ye.


Then rajin² la jenguk & follow http://instagram.com/chanteklicious, kat sana ada macam² dessert untuk satisfy korang punya craving...cheese cake, chocolate and soon insyaAllah frozen food untuk orang² yang suka makan tapi malas masak macam aku he he he he.
Assalamualaikum.....


Ini adalah tragedi namun semua orang masih mengharapkan keajaiban!
Aku paling menyampah bila waktu macam ni, macam² idelogi, fatwa, idiot & sarcastic comment keluar. Please lah; respect keluarga mangsa. Aku yang takde kena mengena ni pun berasap je baca komen² tu semua…bayangkan kalau keluarga mangsa yang baca, luluh hati dorang tau. Dari tangan tu laju je jadi keyboard warrior lagi pekdah korang g buat solat hajat, sedekahkan Al Fatihah & berdoa…
Assalamualaikum.....

Wahai orang kampong semua..ni part II berkenaan protein tapi cerita pasal soy protein. Kenapa soy protein? Sebab ESP tu adalah soy protein (jawapan paling bijak dari aku muhahaha). Okay siap sedia semua...cekgu nak mengajar ni...
Kenapa mesti pilih soy protein?
1.     Hampir dekat dengan protein dari haiwan (dalam segi content)
2.     Mengandungi phytoestrogen, sterol tumbuhan yang boleh meniru hormone estrogen
3.     Meransang sintesis otot
4.     Nilai PDCAAS yang tinggi; antara 0.92 – 0.99
* PDCAAS (Protein Digestibility-Corrected Amino Acid Score) adalah kaedah untuk menilai kualiti protein berdasarkan keperluan badan manusia dan keupayaannya untuk mencerna. Nilai teringgi untuk PDCAAS adalah = 1
* Ambik protein banyak² tapi kalau tak dapat dicernakan oleh badan tak guna jugak kan, so pencernaan yang mudah adalah kelebihan soy protein ni!

Apa gunanya soy protein ni?
1.     Muscle Gain
·         ni untuk badan mantap dan kemas
2.     Pengurangan berat badan
·         meningkatkan rasa kenyang & penuh
·         mengekalkan jisim otot especially waktu slimming
3.     Kesihatan secara am
·         Menurunkan LDL (kolesterol jahat) tanpa menurunkan kadar HDL (kolesterol baik)
·         Menjaga kesihatan jantung
4.     Meningkatkan sistem imun

Korang pernah tak tengok tong ESP ni? Ni ha....
Bagi yang dah pernah tengok; korang perasan tak yang kat tong tu tulis ‘Soy Protein Isolate Powder’. Kenapa isolate bukan concentrate macam kebanyakkan protein powder kat pasaran?
Inilah jawapannya;
Isolate à mengandungi lebih daripada 90% protein
Concentrate à mengandungi antara 30% - 85% protein sahaja
And protein yang bagus/elok/complete adalah protein yang mengandungi 9 asid amino perlu iaitu;
·         Histidine
·         Isoleucine
·         Leucine
·         Lysine
·         Methionine
·         Phenylalanine
·         Threonine
·         Tryptophan
·         Valine
Okay sekarang tengok lak kat label ESP ni...ada tak semua yang list kat atas ni?


Ada kan???? Jadinya elok tak ESP ni? Sila jawab sendiri ye. Bukti dah ada depan mata!
Okay sekarang nak list pulak study/kajian yang dah dibuat tentang soy protein ni (tak best lah gebang itu ini kalau takde study kan..)
·         Dalam program 16 minggu, wanita yang sudah menopause dibekalkan 70mg isoflavones setiap hari. Hasilnya; wanita yang ambik isoflavones ni lagi tinggi sistem imunnya. Soy supplement ni dah boost T-cell punya aktiviti.
* T-cells ni adalah jenis sel² darah putih (dari kumpulan lymphocytes) yang jadi first responder terhadap jangkitan
·         FDA Amerika (1999) &  JHCI (Joint Health Claim Initiative, UK, 2002) luluskan health claim "mengambil sekurang-kurangnya 25g protein soya setiap hari, sebagai sebahagian daripada diet yang rendah lemak tepu , boleh membantu mengurangkan paras kolesterol darah "
·         Pada tahun 1994, (Law MR, Wald NJ & Thompson SG) membuat kesimpulan bahawa secara purata setiap pengurangan 1% dalam paras kolesterol bersamaan dengan pengurangan 2% dalam risiko penyakit jantung koronari. Menggunakan anggaran daripada kajian ini, penurunan  kolesterol sebanyak 0.22mmol / l (8 mg / dl) boleh mengakibatkan pengurangan risiko penyakit jantung sebanyak 10%. Yang menariknya dikala manakala protein soya ketara mengurangkan jumlah LDL (kolesterol jahat), HDL (kolesterol baik)  terbukti berjaya dikekalkan..yeayyy
·         2011, artikel yang diterbitkan dalam Frontiers in Bioscience’ melaporkan yang soy isoflavones secara sederhana boleh mengurangkan gejala hot flashes & kehilangan kepadatan mineral tulang akibat daripada menopause.
Kalau aku nak listkan semua kajian pasal ni, mau muntah darah korang nak membaca kan. So aku amik point² penting je (tu pun dah technical sangat aku rasa).

Maka orang kampung semua, pada...
yang nak sihat; ESP
* Lengkap dengan semua asid amino yang badan kita perlukan
* Menyokong sistem imun
* Mengalakkan kesihatan payudara, jantung & prostat
* Membantu mereka yang bermasalah gastrik
yang nak cantik; ESP
* Membantu pembinaan kulit, rambut dan kuku yang sihat
* Membantu memejalkan punggung
* Membantu menggebukan kulit
yang nak slim; ESP
* Rendah lemak
* Bebas kolesterol
* Memberi tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar

Selain tu, ESP amat sesuai sebagai milk booster bagi ibu² yang menyusu, membantu penyembuhan luka, memudarkan kesan jerawat dan banyak lagi...

Kalau tak minum tak tahu kesan TAPI bila dah minum ESP ni mesti jatuh chenta, terigau² gitu.

Beli 6 botol dapat FREE sebotol

Takde budget nak beli sampai 6, beli 1 pun boleh

Mari sama² kita gila ESP ooiiiii
Assalamualaikum.....



RM0.00 Shaklee: Mar'14 Buy 6 Free 1 Promotion - ESP Soy Protein Isolated Powder (00P209). Place your order now!
Aku kat Tg Karang masa dapat mesej ni, tengah sibuk dok buat preparation nak kenduri arwah. Punya la suka, nasib baik aku tak melompat kat hall masa tu. Kalau tak buat malu aje ngan mak ngan abah mertua aku.
Lama sungguh aku menanti promo ESP ni...lepas closing tiap bulan mesti excited menunggu new promo, dok la berharap ESP tapi lepas hampir setahun setengah baru keluar balik promo ESP ni.
Aku jatuh cinta dengan ESP ni sangat², kalau korang ingat entry aku yang tajuknya macam lagu tu. Since hari tu, ESP memang tak pernah putus stok kat rumah, rasa tak lengkap hari aku tanpa ESP. ESP ni jadi kickstart aku setiap pagi & meal replacement (sebab nak slim kan, aku stop ESP as meal replacement waktu preggy je) untuk waktu malam. At the same time as milk booster juga.
Since dah bulan ni promo ESP kan, so hikayat aku adalah mengenai soy protein. But sebelum tu kita tengok dulu kepentingan protein pada proses fisiologi badan kita;
1.     Badan memerlukan/menggunakan protein untuk:
·         membina & membaiki tisu (ini meliputi penggantial sel² mati, penyembuhan luka & parut, dan pengisian semula darah yang hilang)
·         menghasilkan enzim, hormon dan bahan kimia untuk berfungsi
2.     Protein adalah blok penting dalam pembinaan tulang, otot, tulang rawan, kulit dan darah
3.     Bersama lemak & karbohidrat; protein adalah makronutrien yang mana tubuh badan manusia memerlukan jumlah yang besar untuk berfungsi
Dan jika kita kekurangan protein, tanda² berikut akan kelihatan:
·         Tidak bertenaga & lesu
·         Mengalami masalah dengan metabolisma & pertumbuhan
·         Lemah sistem otot & saraf
·         Kerapuhan & keguguran rambut
·         Garis² putih di kuku
·         Kulit pucat
·         Peningkatan pembendungan air dalam badan
·         Insomia
·         Sakit kepala yang berpanjangan
·         Kulit kering & kasar
·         Ulser Kulit
Antara makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi adalah;
·         Daging (lembu, kambing, ayam)
·         Telur
·         Kekacang (kacang soya, badam, kacang kuda, peas)
·         Produk tenusu (susu, cheese, yogurt)
·         Seafood (tuna, salmon, ketam)
·         Buah²an & sayuran (asparagus,brokoli, bayam, jagung, avocado, cauliflower, kurma, jambu batu, kelapa, pisang)
Okay, ni part I ye....malas nak tulis panjang², nanti berpinau nak baca. Nanti aku buat part II pulak. On part II nanti aku akan story pasal soy protein sepenuhnya okay.