Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Assalamualaikum.....

Seperti yang dijanjikan..mak berjaya tulis entry ni kau...
Sebelum tu, aku  nak bagi amaran awal² jika entry ini sedikit lucah dengan penggunaan perkataan yang mungkin menganggu sensitiviti korang. Bukannya apa, bila aku guna saintifik term yang tak berapa nak saintifik, nanti ada yang bertanya kat aku cam waktu aku buat entry ni dulu. Soalannya 'camne pulak perempuan yang keluarkan telur, bukan lelaki je ke yang ada telur?'. Tepuk dahi kau! Aku tak tau lah budak ni ponteng kelas sains @ dia tidur time subject ni dulu. Jadi untuk menggelakkan soalan sesak nafas begini, aku pakai term yang mudah & akan nampak murah sikit. Tak kisah lah janji korang paham ye...

1.     Buat lelaki; bila 'bersama', waktu nak lepaskan pancutan, sila pancut tu sedalam yang boleh. Ini membantu sperm untuk lebih cepat sampai ke pasangannya. Jangan lah kat depan pintu, penat sperm ni nak berenang jauh² tau.
2.      Buat wanita pulak; lepas 'bersama', jangan terus bangun. Sendal bantal dibahagian bawah punggung, ni juga sebagai bantuan kepada sperm untuk senang berenang. Ada yang kata lepas bersama terus tidur, subuh nanti baru bangun. Tapi ada yang menentang cara ni sebab katanya boleh kena urine infection. Kalau tak mahu terus tidur pun, bagi sedikit masa untuk sperm tu bergerak ke arah yang sepatutnya.
3.     Ekceli sperm lebih aktif & cergas pada waktu sejuk. Penyelidik kat Ben-Gurion University mendapati struktur fizikal sel² sperma lebih sihat pada musim sejuk. Since kat Malaysia ni takde winter macam oversea jadi cubalah 'bersama' pada waktu dinihari (dalam pukul 4-6 pagi). Time ni kan sejukkk....
4.     Makan ulaman tempatan macam pegaga, tapi elakkan yang berangin. Sebabnya ulam ni bersifat alkali. So boleh balancekan acid dalam badan. Kalau urine kita pHnya dalam linkungan 6.5 - 7.5 maksudnya kita sihat. pH badan ni ditentukan berdasarkan apa yang kita makan & jenis pencemaran disekeliling kita. Kalau badan kita terlalu berasid, mukus kat serviks tu juga akan menjadi berasid. Keadaan ini adalah tidak elok tambah lagi dalam usaha sperm nak berenang² untuk mencari telur. Keadaan yang berasid ni menyebabkan sperm boleh hidup sekitar 2 jam aje.
5.     As usual, sejak dahulu kala lagi mak², makcik² dah pesan jangan makan benda² yang bersifat tajam macam nenas. Bukan tak boleh makan langsung kalau teringin tu ciciplah sikit tapi jangan pulak pergi makan sampai sebijik. Tu dah bukan nama teringin tapi tahap melahap. Asam jeruk tu elakkan, korang ingat jeruk ni setakat campuran cuka + gula + garam macam jeruk mangga yang mak² selalu buat ke?. Dalam jeruk ni banyak asid yang tah apa² pekilang ni letak sebab nak panjangkan shelf life jeruk tu. Air tebu pun sama, aku ada satu story mengenai air tebu ni. Few years back ada satu ofis mate aku ni, dia preggy, kira 1st baby lah. Time lunch suka benar beli air tebu, selang sehari kau mesti nampak plastic air tebu kat meja dia. Puas lah kitaorang ni berkhutbah pada dia suruh stop minum air tebu tu tapi degil, macam² alasan dia bagi, katanya dia cuma minum 2-3 teguk je walaupun aku tengok dia sedut straw tu macam orang tak minum 10 tahun. Then waktu usia kandungan dia dalam 6 bulan kalau x silap aku, baby meninggal dalam perut...suddenly je. Maybe dah sampai ajalnya cuma semua orang menyalahkan air tebu, walla'ualam.  Moral of the story, kekadang pantang larang orang tua ada sebabnya. Jadi jangan degil.

Makan makanan yang seimbang & berkhasiat, amalkan sex yang sihat juga cara hidup yang betul (fizikal & mental, rohani & jasmani). Juga berdoa mohon pada Allah swt. InsyaAllah akan ada rezeki untuk korang nanti...
Assalamualaikum.....



First of all, kenali supplement korang samaada water soluble @ fat soluble supaya korang tahu bila waktu sesuai nak consume.
·         Water soluble vitamins (B Complex, Vitamin C) - tidak disimpan dalam badan & kena ganti hari². Minum air secukupnya untuk memastikan kadar serapan yang lebih baik

·         Fat soluble vitamins (Vitamin A, D,E,K) - bertindak dengan lebih effektif bila terdapatnya lemak. Jadi seelok²ya ambil selepas makan hidangan yang berat yang terdapat elemen lemak
--------------------------------------------------------
Multivitamin
è  Ambil multivitamin di pagi hari dengan sarapan/meal. Ini untuk mengelakkan timbul rasa loya @ keadaan yang dipanggil ‘vitamin burps’
B-Complex
è  Ambil di waktu pagi @ tengahari kerana B Complex berdaya untuk boost tenaga & alertness
Vitamin C
è  Jika ambik lebih dari sebiji, sila spreadkan dari pagi hingga malam seperti sebiji pagi, sebiji tengahari, sebiji petang coz vitamin C ni mudah terhapus dari badan. Makan dalam jumlah yang banyak sekaligus amatlah merugikan
è  Tidak digalakkan makan vitamin C sebelum tidur sebab boleh menyebabkan korang berjaga
Iron
è  Susu menghalang penyerapan iron, jadi elakkan ambil apa² supplement yang mengandungi iron dengan dairy product
è  Vitamin C membantu meningkatkan kadar serapan iron
Kalsium
è  Ambil bersama vitamin D bagi memingkatkan penyerapan kalisum
è  Ambil di waktu petang/malam kerana bertindak lebih hebat sewaktu kita tidur berbanding waktu berjaga
Mineral supplement (in general)
è  Better absorb bila diambil bersama vitamin C @ makanan yang berasid
Folic Acid
è  Kadar penyerapan meningkat bila diambil besama vitamin C, tetapi turun bila diambil bersama zinc
Fiber
è  Diambil secara berasingan kerana berdaya untuk bind dengan supplement yang dimakan serentak & dikumuhkan
Fat-based (eg Omega-3)
è  Sebaik²nya simpan dalam fridge. Suhu sejuk membantu melindung molekul lemak yang rapuh dari tengik (rancidity)

* Basic rules; Jangan ambik any supplement dengan minuman berkafein/berkarbonat. Kenapa? Tengok kat sini
Assalamualaikum.....
Okey, ni usaha² yang boleh korang buat untuk meningkatkan kesuburan.
1.     Kenali sistem reproduksi anda. Bila korang kenal/tahu tentang sistem reproduksi ni korang boleh menjangka waktu subur si isteri (ini dalam kes yang periodnya normal & teratur iaitu lebih kurang 28 hari cycle)
Ø  Waktu subur adalah antara hari ke 10 - 15 bilamana telur akan dikeluarkan oleh ovari. Jika pada waktu ni sperma berjaya berenang & bertemu dengan telur tersebut di saluran fallopian; persenyawaan akan berlaku
Ø  Jika period tidak konsisten, korang boleh guna OPK (Ovulation Predictor Kits) sebagai cara untuk predict waktu subur. OPK ni boleh beli kat farmasi
2.     Tingkatkan jumlah sperma & jaga kualitinya. Jangan ingat wanita je perlu berusaha kalau nak preggy ye. Si suami pun perlu tingkatkan kuantiti & kualiti sperma
Ø  Average sperm count adalah antara 120 - 350 million per cubic centimeter. Dan bila sperma tu kurang dari 40 milliom per cubic centimeter, maka kuranglah sperma yang berjuang
Ø  Haba juga boleh mengurangkan pengeluaran sperma, so jauhkan kawasan testis dari sumber haba seperti laptop (bila surf @ buat kerja jangan lah dok tatang lappy tu kat peha).
Ø  Memakai underwear yang ketat dan duduk dalam tempoh yang panjang (keadaan yang mana menjerut/memberi tekanan pada testis) boleh meningkatkan haba pada kawasan testis dan menyekat pengeluaran sprema. Jadi tolong jangan amalkan.
3.     Kawal berat badan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan/berkurangan selalunya mempunyai masalah period yang tak teratur.
Ø  Walaupun tiada special diet untuk kesuburan tapi pemakanan yang betul/berkhasiat boleh menjaga tahap hormon yang stabil
Ø  Juga harus diingat, obesiti selalunya diiringi dengan tekanan darah tinggi & kencing manis. Kedua² ni boleh menjejaskan kehamilan
Ø  Bagi lelaki pula, berat badan berlebihan menyebabkan masalah hormon yang boleh menjejaskan bilangan & kualiti sperma
4.     Jauhi bahan² yang berbahaya/bertoksik.
Ø  Penyelidik di Universiti San Francisco mendapati yang Bisphenol A (bahan kimia yang banyak digunakan dalam bungkusan plastik makanan & minuman) berdaya menurunkan kadar pembahagian sel² rahim; yang berpotensi menghalanh embrio dari melekat di uterus.
Ø  Plumbum ataupun sebatian plumbum boleh menyebabkan abnormalities pada hormon & period.
Ø  Benzene (yang banyak digunakan dalam bahan pencuci, pengilat kuku & pewarna rambut) boleh menyebabkan wanita stop period & lelaki mengalami penurunan jumlah sperma
5.     Amalkan cara hidup yang sihat. Okay ni memang klise tapi kalau cara hidup tak sihat camno kau nak dapatkan hidup yang berkualiti. Jauhi dadah & arak, rokok juga amalkan seks yang sihat.
Ø  Merokok ni effect kesuburan lelaki dan wanita. Penyelidik Portugal mendapati merokok memberi kesan kepada rahim. Bagi lelaki pula, merokok boleh mengurangkan penghasilan sperma dan merosakkan DNA. Kajian ini disiarkan dalam 'Current Opinion Obstetrics and Gynecology'.
Ø  Penyelidik Sweden dalam 'Fertility & Sterility' pula  mendapati bahawa wanita yang minum dua minuman beralkohol sehari turun kadar kesuburannya sebanyak 60%
Ø  Penyakit kelamin boleh mengurangkan keupayaan seseorang untuk hamil
Ø  Chlamydia dan gonorea adalah dua punca utama kemandulan dan jika tidak diraway boleh menyebabkan keradangan pelvis
Ø  Menurut Dr Nancy Sanders ( Pakar O&G), Chlamydia amat berleluasa dikalangan wanita muda pada masa kini. Walaupun senang dirawat dan sembuh, tapi kalau tak dijaga boleh menyebabkan kemandulan
Ø  Bagi wanita, stress boleh mengganggu kematangan telur dan proses ovulasi
Ø  Bagi lelaki pulak, mati pucuk dan masalah ejakulasi boleh terhasil dari emosi yang tertekan
Ø  Kajian oleh Alice Domar (Havard’s Mind-Body Institute); wanita yang menjalani ‘stress reduction therapy’ menunjukkan peningkatan dramatik dalam keupayaan untuk hamil. Malah wanita yang menjalani rawatan kesuburan mempunyai hasil yang lebih memberangsangkan apabila tekanan berjaya dikawal

So those yang tengah berusaha untuk pregnant; harap apa yang aku kongsikan kat atas ni bermanfaat untuk korang. Tapi dalam berusaha ni jangan lupa mohon pada Allah swt moga² dikurniakan rezeki. Usaha dan doa bergerak seiring ye semua!
Assalamualaikum.....




Seringkali doc pesan kan...jangan makan supplement @ ubat dengan air bercaffeine. Penah tak korang fikir kenapa? Ekceli amik vitamin sekali dengan segelas adik-beradik caffeine ni boleh menganggu penyerapan vitamin tu. Okay, let's check out apa akan jadi kalau kita ambik supplement berikut bersama caffeine;

Kalsium
Caffeine menyebabkan lebih banyak kalsium dikumuh dalam air kencing.Setiap 150mg caffeine yang korang amik (lebih kurang nilai untuk segelas kopi), 5 mg kalsium akan hilang.

Iron a.k.a zat besi
Caffeine mengurangkan kadar penyerapan zat besi. Dalam kopi/teh ada polyphenols yang boleh mengikat zat besi yang mana benda ni buat badan sukar menyerap mineral ni. Dah dok besar sangat, macamana la badan nak serap kan...

Vitamin B
Caffein mempunyai kesan diuretic yang ringan. Diuretic tu apa kebendanya? Alah, senang nak kencing...korang perasan tak kalau minum nescafe pastu jap lagi tu mesti nak kencing kan kan kan...Vitamin B ni salah satu vitamin larut air....abis kalau dah nak kencing jke kerjanya...memang hilang cepatlah si vitamin B ni. Selain tu caffeine ni menganggu metabolisma salah satu komponen vitamin B iaitu Thiamine (vitamin B1)

Vitamin D
Vitamin D ni penting dalam penyerapan kalsium. Kekurangan pengambilan vitamin D ni sebenarnya boleh buat tulang jadi nipis dan rapuh. Caffeine pulak menghalang reseptor vitamin D seterusnya menghadkan jumpah vitamin D yang akan diserap. So bila ambik caffeine dalam dos yang tinggi boleh meningkatkan potensi untuk bone loss pada spine. Homak aii kang belum tua dah kena osteoporosis...

So janganlah menggatal nak makan vitamin/supplerment/ubat dengan adik beradik caffeine ni. Tapi kalau korang ni jenis yang kalau tak minum kopi mula la rasa weng, lesu...tapi nak kena amik supplement jugak, korang boleh buat macam ni; lepas minum kopi, balas dengan segelas air kosong lepas tu tunggu dalam 1-2 jam baru amik supplement.

Assalamualaikum.....

Sejak 8 bulan lepas aku memang takde masalah dengan production susu, baik time penat mahupun waktu bulan puasa; meriah sentiasa. Tapi minggu lepas aku perasan, milk production aku tak berapa nak meriah, setiap kali pump totalnya dapatlah dalam 4 auns. Peliklah pulak...gabra? Memang gabra, tak pernah-pernah tetiba jadi pulak macam ni. Dalam kepala dok fikir, aku ni kena kemarau susu ke? Ke aku terlebih minum kopi (aku peminat tegar nescafe okay, dapat 2 teguk sehari pun jadi). Dalam dok risau tu, rupa-rupanya ada yang dah datang...PERIOD! Ambik kau, lepas 8 bulan aku tak pandang langsung Libresse, sekarang kena pulak selongkar laci nak cari stok.
Bagi yang tak tahu, bila cik P ni datang; beberapa hari sebelum kedatangan dan beberapa hari selepas kedatangan, production susu sedikit sebanyak akan terganggu. Ini disebabkan pertukaran/ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Tapi jangan risau sebab ini bersifat sementara, selepas beberapa hari semuanya akan kembali normal. Waktu ni jika supply tak mencukupi, gunalah stok EBM yang ada, kalau setakat nak mengharap direct breastfeed kang mau ada yang mengamuk tak puas/kenyang menyusu. Dalam kes aku, cik P datang time weekend yang mana Inas memang tak mahu langsung bottle feed, alamatnya kejap-kejap nak melekap, main 10 - 15 minit, merengek nak melekap lagi. Aku layankan aje walaupun hangin jugak sebab tak jadi kerja lain. Encik suami  dan anak bujang aku lah yang menjadi galang ganti tukang buat kerja.
Dalam pasrah dengan keadaan, aku usahakan jugak supaya flow susu menghampiri paras normal. Try...error...try...error...try...dan inilah usaha aku;
·         Pump macam biasa - walaupun susu tak berapa nak keluar, pumping ni untuk alertkan kilang² susu kita; lagi bagus tingkatkan kekerapan mengepam tapi jangan terlalu paksa/pump dengan kuat nanti nipple luka
·         Increase kalsium intake - Osteomatrix aku amik 2x sehari instead of 1 x sehari; sebabnya time period kalsium dalam darah akan berkurangan dengan banyak. And osteomatrix ni bagus sebab ada magnesium sekali untuk penyerapan yang lebih efektif. Selain tu aku tukar varian susu dari low fat milk ke full cream milk
·         Alfalfa - selalu amik 2 biji pagi & 3 biji petang, tukar ke 1 biji setiap 3 jam
·         Makan oat - tak jadi masalah sebab bekalan oat memang sentiasa ada kat rumah, so tukar dari breakfast roti ke breakfast oat dan madu
·         Lupakan kopi/nescafe buat seketika - pejam mata je menahan, demi anak
·         Kurma + susu + ESP shake - dari sekali sehari, aku upkan ke 2 serving sehari, pagi dan malam
Alhamdulillah gerhana susu ni sekejap je, cuma aku gabra terlebih sebabnya 8 bulan dalam kemeriahan kan...So lagi satu pengalaman & ilmu berguna untuk praktikkan untuk kedatangan cik P pada bulan yang akan datang. Period ni adalah fitrah, walau effect pada milk production, aku masih berdaya usahakan cara supaya perjalanan penyusuan aku tak terjejas. Oh ya, time genting macam ni juga aku lupakan seketika pasal diet/control makan. 3 yang utama (breakfast/lunch/dinner) aku pastikan complete dengan karbo, protein & fiber. Ala, bukan untuk tempoh lama pun, lebih kurang 4 hari aje.
p/s : Ini inisiatif diri sendiri, mungkin ada sesetengah usaha di atas tak sesuai dengan orang lain. OR kalau korang semua ada petua/inisiatif yang boleh dilakukan, silalah share ya!


Assalamualaikum.....

Setiap orang ada regim kecantikan hari-hari kan walaupun tak lengkap. Secara asasnya kita perlu 3P (pembersih, penyegar & pelembab) tapi kadang-kadang ada yang cuma guna pembersih dan pelembab aje. Bagi yang kadar malasnya agak tinggi, pembersih saja yang ada dalam senarai  dan yang paling malas langsung tak guna apa-apa. Lepas tu bila kulit macam kertas pasir gred 3 (kasar sekali) mulalah nak mengeluh sana sini.
Dalam era sekarang ni, dengan keadaan ramai yang suka bermekap dan lapisan ozon yang semakin nipis, regim tu dah meningkat dari 3 step ke 5 step. Step-step ni semua aku dapat dari seorang beautician (seorang lelaki tapi kulitnya flawless mengalahkan perempuan)
ü  Make up remover
Ni penting untuk 1st layer cleansing supaya makeup yang korang sapu kat muka tu dapat diemulsikan/cairkan. Dan pastikan makeup ni diremove dengan one way circulation sahaja jangan bantai banyak-banyak arah sampai kulit jadi confuse.
ü  Cleansing milk & deep cleansing gel
Lepas dah remove make up tu semua, teruskan dengan proses cleansing. Kenapa ada cleasing milk & deep cleasing gel? Menurut pakar, cleasing milk tu untuk kegunaan waktu pagi dan deep cleasing gel untuk pembersihan waktu malam.
ü  Toner
Ramai orang yang skip benda ni sebab majoritinya beranggapan toner ni an additional step untuk pembersihan. Actually toner ni gunanya untuk melembutkan kulit juga balancekan ph kulit supaya bersedia untuk terima moisturizer (so moisturizer bertindak dengan lebih effektif). So pleaseee jangan skip step ni. Juga jugakan acohol free toner ye.
ü  Moisturize
Ini bukanlah last step dalam daily regim (kecuali untuk waktu malam). Jangan lupa pakai moisturizer setiap kali selesai pencucian supaya kulit kita tak kering dan mengelupas. Juga melindungi kulit dari bahan-bahan kimia make up yang selalu ditempek kat muka. Bagi yang jenis kulit berminyak, jangan sekali-kali mengelak dari pakai moisturizer.  Kulit yang kurang kelembapan akan menggalakkan pengeluaran sebum yang lebih banyak bagi melindungi kulit dari kekeringan
ü  Sun block
Untuk siang hari, ni sepatutnya last step dalam regim kecantikan harian. Walaupun ada antara korang yang memang tak jejak matahari, harus diingat yang lampu kat office korang tu juga adalah penyumbang kepada sinar uv. So silalah pakai sunblock ini.

Tips/Petua:
Ø  Bila cuci muka, pastikan korang cuma menggunakan jari hantu & jari manis untuk mengurut muka. Ni kerana tekanan adalah kurang dikedua-dua jari ni berbanding jari telunjuk.
Ø  Gunakan scrub 2 kali seminggu, sental secara lembut, jangan tenyeh scrub tu kat kulit muka. Zon T adalah area yang perlu diberi tumpuan
Ø  Masker muka seminggu sekali; jenis paper mask & gel mask sesuai untuk semua jenis kulit. Clay mask ideal untuk kulit berminyak, cream mask untuk kulit kering
Ø  Kalau ada extra budget, masukkan serum dalam daily regim (pakai sebelum moisturizer)

So inilah step-step yang perlu dalam regim kecantikan harian korang. Nampak macam banyak kena buat
kan, tapi sebenarnya mudah sesangat. Apa yang penting disiplin dan tekun mengamalkannya.