Assalamualaikum.....
Fuh...penuh sawang & berabuk rumah ku ini. Sat akak kemas...
Okay, bersih dah.
Harini aku nak cerita pasal KEPUTIHAN.
Bila sebut pasal
keputihan, ramai wanita yang tidak selesa. In fact, ramai je yang menganggap
bahawa keputihan itu adalah satu penyakit/jangkitan. Sebenarnya keputihan ni
memainkan peranan yang penting dalam sistem reproduktif kita.
Apa itu Keputihan?
Mat saleh panggil
keputihan ini sebagai 'vaginal discharge'. Keputihan adalah cecair yang
dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks untuk membawa keluar
sel-sel mati dan bakteria so that vagina dalam keadaan bersih dan mengelakkan
jangkitan
Bagi kebanyakkan
masa, keputihan adalah normal. Jumlah pengeluaran yang pula berbeza dari segi
bau dan warna (warnanya antara jernih seperti putih telur hingga ke warna putih
susu) bergantung pada waktu kitaran haid kita.
Sebagai contoh,
cairan keputihan adalah lebih banyak pada ketika fasa ovulasi, breastfeeding
dan ketika terangsang (aku tergelak waktu taip perkataan ni). Dan jika hamil
atau tidak menitik beratkan kebersihan diri; baunya akan berbeza.
Antara yang menyebabkan keputihan yang
abnormal (bau, warna & tekstur)
Jangkitan yis
Juga dikenali sebagai
candidiasis; amat biasa dikalangan wanita. Jangkitan bakteria ini disebabkan
oleh fungus candida.
Menurut Mayo Clinic,
3 dari 4 wanita akan mengalami jangkitan yis paling kurang sekali dalam hidup.
Dan biasanya once kena, chances untuk kena lagi tu memang ada.
Candida (adik-beradik
yis), berlaku secara semulajadi di permukaan vagina. Pertumbuhannya dikawal
oleh lactobacillus. Tetapi jika berlaku ketidakseimbangan, pertumbuhan candida
ni akan menjadi terlebih-lebih, tu yang jadi jangkitan yis ni.
Kebanyakkan kes
jangkitan yis ni datangnya dari Candida albicans. Jangkitan yis dari jenis ni
senang dirawat. Tapi kalau asyik je kena atau dah di rawat tapi tak mahu
hilang, mungkin Candida jenis lain yang penyebabnya; ni nak kena refer pada
doktor.
Ketidakseimbangan
yang dimention kat atas tadi boleh terjadi disebabkan;
·
Antibiotik
·
Kehamilan
·
Diabetes
·
Sistem imun yang lemah
·
Douching
·
Tabiat makan yang buruk,
termasuk makan banyak process food dan gula
Simtom yang biasa:
·
Gatal
·
Rasa macam pijar
·
Keputihan yang putih, pekat
& likat macam cottage cheese
·
Ruam
·
Sakit ketika hubungan ehem
ehem
Vulvovaginitis
Keradangan atau
jangkitan vulva (bahagian luar kemaluan) dan vagina. Ia biasa terjadi pada
wanita mahupun kanak² perempuan disemua peringkat umur.Ia juga dipanggil
vulvitis atau vaginitis
Antara penyebabnya
adalah:
·
Bakteria - terlebih tumbuhnya
bakteria Streptococcus, Gardnerella, dan Staphylococcus
·
Yis
·
Virus - termasuk Herpes Simplex
dan Human Papillomavirus (HPV) yang ditransmit melalui sexual partner
·
Parasit - Pinworms, kudis
dan kutu boleh menyebabkan keradangan vulva dan vagina
·
Bahan kimia dalam krim @
semburan
· Underwear - yang ketat; senang
bergesel dengan kulit dan menyebabkan kerengsaan. Kulit yang melecet/luka lagi
senang terdedah kepada vulvovaginitis. Kerengsaan juga menyebabkan proses
pemulihan jadi lambat.
Simtom yang biasa:
·
Kerengsaan di kawasan vagina
·
Gatal di kawasan genital
·
Bau yang agak kuat, berbau
hanyir
·
Kadar keputihan yang meningkat,
bewarna putih/kelabu/kuning
·
Rasa tidak selesa atau pijar
bila membuang air
Antara prevention method yang biasa untuk
mengelakkan bakteria/kuman/yis dari tumbuh tidak terkawal:
·
Jangan pakai underwear ketat
·
Elakkan dari menggunakan scented
tampon/pad
·
Makan secara seimbang &
sihat
·
Selalu makan yogurt (sebab
ada lactobacillus)
·
Pakai pakaian yang longgar
dari fabrik gentian semulajadi (cotton, linen, silk)
·
Elakkan dari kerap berendam
di dalam hot tubs
·
Elakkan douching
·
Bertukar kepada sabun/detergen
yang tidak mempunyai bahan perengsa seperti Triethanolamine
dodecylbenzenesulfonate
·
Amalkan seks yang sihat,
tidak bertukar pasangan
·
Lepas membuang air pastikan
kawsan sulit dicuci bersih & lap kering (dari depan ke belakang)
·
Tukar underwear/pantyliner/pad
dengan kerap & pastikan ianya kering
·
Pakai femine hygine yang
semulajadi (air daun sireh/rebusan manjakani) dan kurangkan kekerapan
penggunaan supaya baketria baik dapat hidup dengan seimbang
·
Kalau boleh, elakkan
antibiotics sebab pengambilan antibiotics juga boleh membunuh bakteria baik
& menyebabkan ketidakseimbangan
Gaya hidup yang sihat
adalah penting untuk memastikan keseimbangan bakteria²di kawasan vagina. Jika
ada masalah seperti di atas, jangan malu² untuk jumpa doktor supaya langkah
pencegahan awal dapat diambil. Dan selain dari prescription dari pakar, natural
remedies seperti Alfalfa & Garlic boleh diambil.
Mengapa Alfalfa &
Garlic?
Sebab kedua² ini
mempunyai sifat anti-inflamantory & anti-bacterial.
Pasal Alfalfa, boleh
refer kat sini & sini.
Untuk Garlic, soon
aku update ye.