Pages

Assalamualaikum.....

Semalam cerita pasal digestion highway, harini nak story mory pasal tabiat makan bagi membantu pencernaan yang baik. Pencernaan yang baik mengelakkan kita dari kena pedih hati, terlebih gas & pembuangan yang tidak sihat. Pencernaan yang baik juga dapat membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.

Yang patut kita buat adalah;
·       Makan pada waktu yang tetap dan konsisten. Regular in, regularlah outnya
·       Aware dengan apa yang dimakan & saiz makanan tu. Terlalu banyak gula dalam sesuatu hidangan menyebabkan gula dalam darah spike. Penat pancreas nak berkerja untuk keluarkan lebih banyak insulin
·       Berhenti sebelum kenyang; lepas perut dah full, otak mengambil masa kira² 10 minit untuk memberikan isyarat tersebut
·       Kunyah makanan dengan sempurna & jangan berborak sewaktu makan. Bila kita bercakap sewaktu makan, kita tend untuk mengunyah dengan cepat namun tidak sempurna. Ketidaksempurnaan pengunyahan ini akan menyesakkan perut sebab perut tak di design untuk mencerna makanan yang besar, mulut yang patut melakukannya.
·       Relax, jangan rushing². Makan terkejar² akan meningkatkan kadar stress dan melambatkan proses pencernaan.
·       Makan dengan postur yang betul; duduk bersandar dengan betul (tegak, bukan melepek). Ini member ruang yang lebih pada organ pencernaan untuk bekerja & membantu meningkatkan pencernaan.
·       Jangan makan lewat malam. Menjelang malam, badan kita termasuk ssstem pencernaan mula memperlahankan fungsi; ini adalah semulajadi. Kadar enzim juga mula menurun, jadi jika kita makan lewat adalah sukar untuk makanan untuk dicerna disebabkan kekurangan enzim. Ini akan menyebabkan ketidakhadaman & tak selesa untuk tidur
·        Peningkatan aktiviti fizikal dapat meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan. Aktiviti fizikal yang dimaksudkan ni bukannya nak suruh berlari @ melompat tapi berjalan dengan sedikit laju sudah membantu
·       Minum air suam instead of air sejuk selepas makan. Air sejuk melambatkan proses pencernaan. Petua orang lama² pun galakkan kita untuk amal minum air suam berbanding air sejuk….ada betulnya lah tu.


Jadinya jom kita amalkan perkara di atas supaya sistem pencernaan kita dalam keadaan yang stabil dan sihat.  
Assalamualaikum.....



Pernah tak korang terfikir berapa lama masa diambil untuk apa sahaja yang korang makan tu dicerna hingga menjadi tinja? Contoh kata, malam ni korang makan chicken chop, bila gamaknya chicken chop tu tercerna?

Bagi aku dengan fikiran yang terlebih pandai; apa aja yang aku makan harini, semuanya akan didigest overnight and esoknya dah settle menjadi tinja (oh korang tau tak maksud tinja ni…?)

Aku rasa yang lain pun fikir macam aku gak kan…ada betulnya la tu tapi proses pencernaan kita ni lebih complicated dari apa yang aku fikirkan. 10 inci tiub (esophagus), muscle sebesar penumbuk (perut), 20 kaki panjang (usus kecil) & 6 kaki panjang (usus besar); itulah komposisi sistem pencernaan kita, umpama sebuah highway yang tak berpeta gitu, tiada Waze, tiada Google Map.

Korang tahu tak, bermula dari makanan masuk ke dalam mulut; on average badan kita memerlukan 24 – 72 jam untuk proses pencernaan 6 hingga 7 jam yang pertama adalah untuk makanan melalui perut & usus kecil dan jam seterusnya di dalam usus besar untuk proses pencernaan & penyerapan yang selebihnya.

The moment makanan masuk dalam perut kita, kira² 3 liter asid hidroklorik dah menanti untuk menukar makananan kita ke dalam bentuk paste (macam blender gitu). Dan kira² seawal 30 minit selepas tu, makanan tadi (dah jadik macam bentuk paste) mula bergerak ke usus kecil untuk penyerapan nutrient ke dalam salur darah. Lebihan dari sini kemudiannya meneruskan perjalanan ke usus besar dimana balance cecair diserap dan yang lebih² tu bertukar menjadi tinja.

Dan tinja ni pulak mengambil masa sehingga 4 hari untuk dikeluarkan dari badan; depends pada banyak mana fiber yang wujud kat dalam makanan kita tu. Kalau banyak fibernya, maka lebih cepat la tinja itu dikeluarkan, kalau sikit fibernya, lama la ia dok menonggok kat dalam kolon.

Setiap makanan yang kita ambil, tahap pencernaan adalah berbeza² depends pada complexity makanan tu. Buah-buahan & sayur paling cepat dan mudah dicerna berbanding dengan daging mahupun kekacang. Kat bawah ni adalah tempoh pencernaan (dalam perut) bagi certain² makanan, untuk panduan korang:
Fruit/vege juice à 15 – 20 minit
Sayur/buah (raw) à 20 – 40 minit
Semi concentrated carbo (kentang, jagung, ubi) à 60 minit
Concentrated carbo (oat, brown rice, bijirin) à 90 – 120 minit
Kekacang à 2 – 3 jam
Tenusu (susu, cheese) à 90 – 120 minit,kalau hard cheese boleh mencecah sehingga 5 jam
Protein à ikan (45 minit), ayam (1 ½ - 2 jam), daging merah (3– 4 jam)

Jadi, kalau korang dalam perancangan untuk buat meal plan, makanan yang lambat tercerna tu elakkan pada waktu malam, kalau nak ambik, make sure ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Bukan apa pada waktu malam ni, proses metabolism badan dah menurun, jadinya proses pencernaan tu jadik lambat. Kalau makan lebih² nanti susah nak tidur & tendency nak rasa tak selesa kat perut tu tinggi. Take note on that okay!

* tinja > bahan buangan
Assalamualaikum.....

gambar sekadar hiasan, pinjam kat pakcik Google

Orang kata lelaki botak itu sexy...awww dimanakah keseksian itu? Di kulit kepalanya kah atau di bulatnya kepala yang terserlah?

Tak dinafikan, few celebraties macam Bruce Willis, The Rock, Vin Diesel, Jason Statham nampak sexy, macho dan hensem bila botak. But in reality, botak itu tak sexy, botak itu ditakuti!
Kebotakan boleh terjadi kepada lelaki mahupun perempuan namun ianya lebih cenderung kepada kaum Adam. 

Kenapa lelaki lebih mudah botak?
Faktor² kat bawah ni adalah antara punca utama:

1.     Penggunaan wax, krim, gel rambut yang mengandungi bahan kimia. Orang lelaki lebih sinonim dengan bahan² ini berbanding wanita; ye lah kan, nak buat rambut pacak, rambut leper, rambut pusing²...semuanya pakai menda ni.  Penggunaan bahan² pengayaan yang kerap menyebabkan akar rambut rosak dan rambut sendiri menjadi reput. Lain la kalau pakai minyak kelapa dara kan..tapi sapa yang sanggup nak tahan dengan bau tengik minyak ni

2.      Orang lelaki mengambil mudah tentang penggunaan syampoo malah ada yang menjadikan shower gel atau sabun sebagai syampo. Kalau pakai yang baby shower top to toe tu takpe jugak, ni dibantainya Shokubutsu/Palmolive kat kepala, sah² komposisi kulit kepala tu different dengan kulit kat badan

3.      Lelaki kurang menitikberatkan supplemen berbanding wanita. Dorang kate tak rock la makan supplement ni semua. Dan diet yang tidak sihat, kurang zat besi, vitamin B dan vitamin C turut menyumbang kepada masalah ini

4.     Lelaki lebih mudah berpeluh, ini menyebabkan kulit kepala berminyak. Masalah diburukkan lagi dengan penggunaan wax, krim, mahupun gel rambut untuk styling. Sebum yang berkumpul di folikel rambut tu memang menjemput minat bakteria dan fungus sehingga boleh menyebabkan kegatalan/jangkitan/irritation kat kulit kepala.

5.     Merokok, iya lelaki & rokok tidak dapat dipisahkan. Merokok menyebabkan salur darah dalam badan mengecut. Ini menghalang darah untuk bergerak lancar seperti highway ke kepala. Tanpa oksigen dan bekalan darah yang cukup, akar rambut akan lemah dan mati. Macam kita yang tak cukup nafas juga.

Selain dari perkara kat atas, faktor² seperti keturunan & genetik juga menyumbang kepada kebotakkan. Yang ini agak sukar dielakkan & perlukan rawatan dari yang pakar. But do reduce the chances of getting bald by practising a healthy lifestyle and jangan amalkan perkara² kat atas tu ye.  




Assalamualaikum.....

As usual, department nak buat makan² & birthday celebration. Disebabkan dah hujung tahun, and memasing nak tukar angin so kali ni decide untuk eating out instead of celebrate kat office. Few restaurant & café short listed then Serai jadi pilihan kami.



A week sebelum makan², aku & Anim pegi dulu mengenyangkan perut kat sini; ala² food testing gitu. Masa ni kami order Spaghetti Prawn Aglio Olio & Minted Calamansi Soda.

Spaghetti Prawn Aglio Olio

Minted Calamansi Soda


Portionnya besar & udangnya juga bertaburan di dalam pinggan. Sedap.

Lepas makan memasing tamak; kitaorang continue order dessert; Pandan Banana Fritters untuk si Amin & Nutella Ravioli untuk perut aku. Anim punya banana fritters sampai dulu..omak ai, bosau saiznya. Satu plate tu boleh makan dua orang. Nutella Ravioli aku yang sampai kemudian, sekeping aje masuk mulut sebab dah full makan pisang.

Top: Pandan Banana Fritters
Bottom: Nutella Ravioli


Pada hari kejadian makan², agak hiruk pikuk sikit walaupun list of order aku dah serah minggu yang sebelumnya…dan ini adalah antara yang dijamu oleh officemate aku:

Creamy Penne Pesto Chicken

Nasi Ambeng

Nasi Ulam

Serai Platter


 Beef Noodle Soup
Orange Blast



Based on dorang punya komen; Nasi Ambeng & Nasi Ulam biasa² aje but Serai Platter not bad. Creamy Penne Pesto Chicken menawan hati, walaupun creamy tapi tak muak. Beef Noodle Soup aku pulak pun so so aje. Pernah makan yang lagi sedap dari ni.

Bagi air pulak, Serai Iced Tea memang win. Segar sangat while the others macam tak masuk kat tekak memasing….maybe sebab semua tekak Melayu asli, susah nak terima yang fusion ni.

Out of 5, 3.75 bintang je aku bagik. Western food aku recommendkan but traditional food; you may try tapi tak la WOW sangat. In term of price; meal will cost you around RM25 – RM50, air pulak about RM8 – RM13 gitu.

So kalau nak try, boleh datang Life Centre, Paradigm or kat Empire. Details boleh dapat kat laman ni