Assalamualaikum.....
Empat tahun dulu, pada tarikh yang sama aku mendapat hadiah harijadi yang tidak dapat diganti dengan mana-mana berlian dalam dunia ini. Kelahiran Luqmanul Hakim ini merubah hidup aku secara total! Dari berstatus isteri kini berstatus IBU! Tiada kata yang dapat mengambarkan kebahagiaan aku ketika itu.
Bermula saat itu; tiada lagi masa bersantai-santai atau merewang-rewang tak tentu hala bersama En. Suami. Mula mengenali segala macam pantang-larang, rempah ratus, pilis, param segala...Aku juga kembali belajar cara pakai pampers (zaman menjaga anak-anak saudara telah lama aku tinggalkan), seronok ada, tension pun ada.
Seronok bila;
· cium Akim sebab baby ni ada bau yang special
· tenung dia time dia tidur
· dia respon pada sentuhan
· orang bagi perhatian kat kita
Dan tension bila;
· Akim asyik menangis walau dah bagi susu
· Tak boleh buat itu, buat ini...paling tension bila kena jalan perlahan-lahan & terkepit-kepi
· Kena cakap sopan santun, volume kena rendah macam orang berbisik
· Tengok perut gelebeh sana sini – ntah apa la yang kau nak tension kan Aisah oii; memang la lepas bersalin perut tu macam tu à kira time ni naïf sangat la...ngeh ngeh ngeh
Kelahiran Akim banyak mengajar aku erti kesabaran (membesarkan dia lagi banyakkkk sabar yang diperlukan), membina sifat pelindung dalam diri aku, menyingkirkan sifat manja yang terlebih-lebih juga menipiskan rasa marah dalam diri.
Selepas empat tahun jika ada yang bertanya "Apa yang paling mencabar dalam hidup?" Tanpa ragu-ragu aku akan cakap MEMBESARKAN ANAK!. Serius susah nak mendidik ni, apa yang kita anggap biasa rupanya tidak betul/baik untuk anak. Tapi aku tetap bersyukur sebab anak itu anugerah Allah.
Maka 13 September 2012, SELAMAT HARI LAHIR untuk anak ummie yang tercinta “LUQMANUL HAKIM SAHRULNIZAM”. Ummie sentiasa doakan Akim menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah, mencintai ummie dan ayah, hormat pada orang lain dan murah rezeki sentiasa. Amin Tiada kata yang dapat mengambarkan sayang ummie dan tiada benda dalam dunia yang lebih bernilai dari dirimu sayang!