Pages

Assalamualaikum.....

Aku suka belek flyers walaupun benda kat flyers tu bukan la favorite aku; kagum dengan tahap kekreatifan pembuat² flyers ni sebenarnya. Dan jangan tak tahu,  flyers juga adalah medium untuk korang market produk korang. Menyedari hakikat itu, maka aku pun gedik la design flyers, sungguh² aku design. Aku rasa cukup cantik dah design aku…tersengih² satu hari suntuk tengok . Feeling gitu. Tambah syok bila flyers dapat approval, lagilah lebar senyum aku.
Tapi bila aku tunjuk kat member (pakar graphic) dia kata design aku macam budak tadika, tak professional langsung. Then dia designkan yang baru untuk aku. Memang sungguh beza kau, design budak yang selalu dapat E masa exam pendidikan seni (akulah) dengan dia yang graduate dalam bidang graphic. Kena kutuk kaw² dengan dia pun aku tak heran sebab hasil kerja dia memang mantap.
Maka dengan itu dengan happynya aku mengumumkan aku dah ada flyers (maaf kalau kejakunan aku terserlah)
 

InsyaAllah dalam sikit masa lagi flyers ni akan beredar di sekitar Lembah Kelang. Jadi kalau terserempak dengan flyers aku ni…simpan ye, kot² sekarang tak berguna, esok² mana tau kan….
Assalamualaikum.....

Honestly...semacam ada kontroversi antara breastfeeding & Shaklee. Ramai yang claim bila ambik ESP & Alfalfa susu boleh jadi melimpah ruah macam sungai Amazon. Claim begini menimbulkan kemarahan ramai Lactation Counsellor. Juga menimbulkan kekecewaan pada pengguna bila penghasilan susu tak seperti yang diharapkan selepas mengambil Shaklee. Telah berlaku salah faham kat sini. Asas sebuah penyusuan adalah Demand & Supply. Bila ada demand, akan ada supply. Kalau takde demand, camne nak ada supply? Betul tak?
Bagi ibu² yang duduk rumah, tak susah nak create situasi ni sebabnya baby direct feed bila lapar/menangis. Yang menjadi masalah adalah yang berkerjaya ni. Mana nak kejar masa berkerja, mana nak pump lagi...
Tapi suka tak suka kita kena create demand ni; maksudnya kita pump susu dengan konsisten (contohnya setiap 3 jam). Bila kita pump, breast akan kita kosongkan. Ini menghantar signal pada otak untuk kilang susu produce kembali susu bagi memenuhi kekosongan yang telah ditinggalkan tadi. Proses ni akan berulang dan berulang. Inilah cycle demand & supply bagi mereka yang berkerjaya.

Tapi macamana Shaklee membantu breastfeeding?
Breastfeeding ni ibarat satu proses perkilangan, dari bahan mentah ke produk siap (susu ibu). Bagi nak mendapatkan produk siap yang berkualiti, amalan perkilangan haruslah betul & bahan mentahnya juga haruslah bermutu. Untuk penghasilan air susu, badan si ibu perlukan nutrisi seimbang supaya semua khasiat dapat disalurkan pada baby. Tapi cara hidup hari ni tak memungkinkan si ibu mengambil semua nutrisi ni semasa makan. Sapa boleh gerenti yang dia ada hidangan karbo/protein/fiber/mineral dalam satu plate makanan setiap hari? Kalau aku, nan hado...bantai pulak dapat ofis yang medan selera nya asyik ulang lauk yang sama setiap hari. Lagilah takde nak memikir kelengkapan hidangan tu, janji kena dengan tekak & perut kenyang. Bantai nasi + ayam goreng + kuah gulai pun jadi. Jadi kalau begini cara makannya, bagaimana kecukupan nutrisi untuk disalurkan pada baby?
Contoh yang lain; ibu yang menyusukan perlu 2 kali ganda kalsium berbanding orang biasa. Ini adalah kerana kalsium akan dishare bersama baby. Si ibu bukanlah seorang yang suka minum susu, setiap pagi kopi jadi pilihan. Masa lunch pulak main makan yang mana dan aje, kalau yang jenis gedik nak berdiet, makan la roti kosong + salad. Jadi cukup ke bekalan kalsium? Bukan je tak cukup untuk diri sendiri, silap² baby pun tak dapat kalsium yang secukupnya.
Jadi Shaklee ni offer nutrisi bagi memenuhi keperluan seorang ibu yang menyusu supaya ibu tak rasa penat & stress. Sebenarnya target untuk nutrisi yang dicadangkan adalah untuk si ibu, tetapi baby juga akan mendapat manfaatnya melalui susu ibu.
Item yang biasa dicadangkan untuk ibu² menyusu adalah:
  
·         Energizing Soy Protein (ESP) – Ada 9 asid amino penting untuk badan & diperkaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral. ESP dalam kategori low GI (Glisemix Index) membuatkan ibu² lebih bertenaga & tak menggeletar lepas nursing session. Ni adalah kerana gula dilepaskan perlahan² ke dalah darah (kesan Low GI tadi). Bagi yang ambik ESP, ramai yang discover susu menjadi lebih pekat berbanding biasa
·         Vita-Lea Iron Formula – menyediakan 12 vitamin & 7 mineral penting untuk keperluan harian. Ini untuk memastikan pertumbuhan sel baru, melindungi organ, mengekalkan kegergasan tubuh
·         B-Complex – mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk biotin & asid folik. Berfungsi menukar makanan kepada tenaga; mengurangkan masalah keletihan
·         Alfalfa – Dikenali sebagai milk booster;. Tapi bukan setakat tu je; alfalfa bersifat alkali yang kaya dengan serat, zat galian, vitamin & enzim. Alfalfa juga bersifat anti inflammatory/radang
·         Osteomatrix – Sumber kalsium dengan gabungan magnesium & vitamin D. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium si ibu & juga menyalurkan kebaikan kalsium pada baby
·         Vitamin C – Meningkatkan sistem imun badan; membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi, membantu sel darah putih menetang bakteria & kuman. Juga mengurangkan symptom flu

Jadinya breastfeeding set ni menyediakan badan yang sihat untuk si ibu supaya ibu sihat bertenaga nak menyusukan baby. As long si ibu berpegang kukuh pada KONSEP DEMAND & SUPPLY, insyaAllah, flow susu akan konsisten sampai waktu kita sendiri decide untuk kurangkannya. 
Assalamualaikum.....

Wah²...ramai yang terlentang hari ni sebab terlebih makan daging korban semalam... Tu lah time menyuap tu tak ingat dunia, laju je tangan capai rendang paru & hirup sup tulang. Nasib baik kat rumah semalam, sup tulang tak sempat singgah. Anak² buah aku je dok makan kat surau, tak kuasa nak bawak balik kata dorang. Bagus sangat, kalau tak mau letih aku nak jeling. Mak aku & en suami kang kalau dapat sup tulang mau lupa dunia. Nak² pulak ada sambal kicap, mau kering mangkuk tu dorang kerjakan. Tapi dah raya² ni takde maknenya nak ada healthy food kat rumah tu, nasi minyak, rendang rusa, ayam masak bali, spaghetti, laksa, kek bodoh, blueberry cheese cake, rendang paru, ayam masak merah....hish kalah raya puasa.  Dan aku cipta rekod duduk dapur dari pagi sampai ke malam, penat tak ingat dunia, tapi bila tengok semua lauk licin, penat hilang kejap tapi lepas tu datang balik...huwaaa satu malam aku tak boleh tido. Pagi ni aku tersengguk² depan PC macam burung belatuk...
Tapi bila pandang gambar ni, mata aku jadi segar pulak....teringat² kenikmatan kek ni kat tekak, sejuk & manis.


Base kek dah buat dari pagi tapi sebab en Suami asyik berlengah nak cari blueberry, maka petang baru aku dapat buat keknya. Anak² buah aku dah bising kenapa kek tak siap² dari pagi lagi. Then masa game Malaysia vs Bahrain semalam, kek ni selamat dikendurikan. Tinggallah few slice je untuk tukang buatnya. Semalam kenyang jadi tak dapat nak hayati betul² kek ni. Hopefully balik kang kek ni masih wujud lagi untuk aku nikmati, kalau tak hujung minggu ni kena buat lagilah.....

Chilled Blueberry Yogurt Cheese Cake
Bahan²
Untuk base;
·         200gm oreo - buang krim & kisar halus
·         50 gm butter - cairkan

Untuk yogurt cheese pulak;
·         250gm cream cheese - suhu bilik
·         1 sudu besar gula - kisar halus (aku tak pakai gula kastor sebab malas nak g beli, sukatan gula ikut tekak sendiri)
·         1 bekas yogurt perisa blueberry (yang kecik punya)
·         200 ml UHT whipping cream - pukul sampai kental & bertanduk
·         200 gm blueberry filling
·         1 sudu besar gelatin

Cara²:
1.     Campur oreo & butter
2.     Padatkan dalam loyang ( kalau boleh pakai spring foam pan, senang nak keluarkan nanti)
3.     Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam
4.     Pukul cream cheese & gula sampai sebati
5.     Masukkan yogurt & blueberry filing & gaul hingga sebati
6.     Bancuh gelatin dengan air panas (dalam 5 sudu besar airnya) sampai larut
7.     Masukkan dalam bancuhan cheese tadi & gaul rata
8.     Masukkan whipping cream yang dah dipukul tadi, kaup balik adunan hingga rata
9.     Tuang adunan dalam loyang yang dah diisi dengan oreo tadi
10.  Sejukkan lebih kurang 4 jam
Lepas terpulang camne nak deco. Tukang deco kek ni adalah anak bujang aku....blueberry tu satu letak atas kek, satu masuk mulut. tapi aku rasa banyak yang masuk mulut dari letak kat keknya...

Assalamualaikum.....

Naturally semua ibu yang mengandung berupaya menyusukan baby mereka. Tapi kekadang masalah datang tanpa kita duga kan. Macam dalam breastfeeding ni pun ada juga masalah yang dihadapi oleh ibu² hingga menyukarkan penyusuan. Antaranya bengkak susu, flat @ inverted nipples & nipple yang luka/merekah.

Bengkak Susu/ Masisitis
Normally perkara ni berlaku akibat peningkatan isipadu susu hingga menyebabkan kesesakkan dalam salur susu kat breast. Diburukkan lagi dengan posisi penyusuan yang tidak betul & baby jarang disusukan. Breast akan terasa bengkak, keras & sakit. Worse come worse, bengkak susu menjadi masisitis; keradangan & penyumbatan kelenjar payudara. Nampak macam tak serius kan...tapi kalau dah kena, boleh demam kau. Bukan demam yang biasa²...lemah satu badan. Yang dalam pantang pulak boleh bentan. Sakitnya boleh melelehkan air mata.
Untuk meredakannya;
·         tuam bahagian breast dengan tuala panas
·         petua orang² lama adalah dengan menyikat breast, dari bahagian tengah menghala ke bahagian nipple. Buat satu arah je, jangan ulang alik. Jadi ibu² silalah beli satu sikat yang tak tajam hujungnya & simpan sikat ni kat dalam beg.
·         Lagi satu petua lama untuk bengkak susu ni adalah dengan letak kelopak kobis yang sejuk kat breast. Ni boleh legakan rasa sakit but tak direcommend buat selalu sebabnya boleh mengurangkan pengeluaran susu.
* Petua ni jugak digunakan untuk berhentikan pengeluaran susu
·         Bagi masisitis, doktor biasanya akan prescribe antibiotik yang sesuai, yang tak menjejaskan baby. Selain tu ubat tahan sakit juga selalu dibekalkan untuk mengurangkan kesakitan pada si ibu.

Inverted Nipples
Ni keadaan dimana nipples tak menonjol bila dirangsang dan menyusahkan baby nak latch on & menyusu. Puting jenis ni akan kelihatan rata dan sesetengahnya tenggelam. tapi ni bukan masalah untuk tidak menyusan baby.
Bagaimana nak mengatasi?
·         Pastikan latch on adalah betul sebab baby akan melekap bermula dari areola, bukan putting
·         Jika baby refuse untuk menyusu, guna breast pump @ apa² suction device untuk tarik keluar nipple ni sebelum nursing session
·         Jangan panic, dapatkan bantuan doktor & nurse untuk cara latch on bagi inverted nipple ni. Tak perlu malu @ sedih
·         Konsisten menyusukan baby dengan breast, insyaAllah inverted nipple tu akan keluar dengan elok

Nipple Luka/Merekah
Berlaku bila posisi penyusuan tak betul, begitu juga dengan latch on. Sewaktu penyusuan sepatutnya bukan sahaja puting dalam mulut baby tapi bahagian areola jugak. Penggunaan breast pump yang salah juga boleh menyakitkan nipple. B. Selain tu jangkitan kulat Candida Albicaus. Jangkitan ni bermula dengan rasa sakit, gatal & pedih.
Nak mencegahnya;
·         Pastikan posisi penyusuan betul
·         Bila guna breastpump jangan terus set sucking level pada aras paling tinggi, mulakan dengan level yang rendah dulu. Kemudia baru adjust ikut keselesaan. Kalau straigh terus pada high level, terkujat nipple tu. maka berpontensi sangat nipple tu untuk luka
·         Jangan memakai bra yang terlalu ketat, anginkan breast sekerap yang boleh
·         Jangan cuci breast + nipple dengan sabun, losyen etc
·         Setiap kali lepas nursing session, ambil sedikit air susu & sapu kat keliling nipple untuk redakan kesakitan

Ni yang biasa dihadapi oleh ibu².....but along the journey, you all akan experience dengan masalah pump lah, storage lah lah, kemeruduman susu lah (mostly sebab stress & tak follow demand & supply). But don’t worry, korang akan belajar untuk deal dengan masalah² ni....jangan risau ya!


Assalamualaikum.....

Cerita pasal breastfeeding kita pause dulu. Hari ni aku nak story mory pasal produk promo bulan ni, Collagen Powder. Kalau sebut pasal kolagen kan orang perempuan akan bersinar² matanya.  Kolagen ni kan sinonim dengan kecantikan, perempuan mana yang tak nak cantik. Nak ikut kira macam² brand kolagen kat Malaysia ni, ada yang dalam bentuk pill, cecair @ serbuk. Macam² juga yang diclaim oleh pengeluar tentang kehebatan kolagen dorang even ada yang tak masuk akal. Eh takmo cerita pasal kolagen dorang, nak cerita pasal kolagen keluaran Shaklee...
Aku penah buat entry pasal SCP ni dulu. Ni kira addition pada entry yang dulu.
Kolagen ni, kalau sekadar kolagen je effect dia lambat/kureng sebab penyerapan kolagen ke badan tu penting. Jadinya SCP ni ada 7 key ingredients untuk memastikan segalanya diserap & bertindak dengan effektif. Jo kita tengok apa yang ada dengan SCP ni;
1.     Kolagen dari sisik ikan merah
Ni main ingredients ye, tapi kenapa ikan merah? Sebab ni sumber premium kolagen sebab kadar penyerapannya lebih tinggi & pencemaran yang rendah
2.     Ekstrak biji benih Camelia japonica
Ekstrak biji benih ni mengandungi asid oleik; sejenis emolient kulit & pelembab yang superb dan bahan antikoksida semulajadi isoflavon yang dapat mengurangkan free radikal
3.     Vitamin C & Vitamin B
Vitamin C ni menggalakkan pengeluaran kolagen & menentang free radical, vitamin B pulak memetabolismakan karbohidrat, lemak & protein untuk tenaga yang diperlukan dalam pengeluaran oksigen
4.     Ekstrak Pfaffia
Digelar sebagai Ginseng Brazil; bila bergabung dengan ekstrak biji benih Camellia japonica dapat menyokong pembentukan kolagen & asid hialuronik (berkemampuan untuk mengikat jumlah air yang besar --> penting untuk menghidrat tisu badan & membuatkan kulit lembut)
5.     Ekstrak kerang-kerangan
Sumber glucosamine untuk sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi & melembabkan mata
6.     Elastin dari kolagen ikan
Ni untuk mengekalkan keanjalan kulit. Bila elastin ni berfungsi bersama kolagen, kulit akan lebih gebu, tegang & anjal
7.     Lactobasilus acidophilus
Ni adalah bakteria baik (macam dalam Vitagen tu). Bakteria ni membantu mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat. Ni bagi meningkatkan penyerapan kolagen dalam badan.
So Shaklee bukan suka suki je add bahan² ni semua dalam kolagen. Semuanya mempunyai fungsi untuk memaksimakan tindakbalas serta penyerapan kolagen ni. Dan bertambah awesome bila kolagen keluaran Shaklee ni molekulnya sangat ringan, kira² 1,000 Dalton aje. Ni juga untuk memastikan penyerapan yang unggul boleh badan.
Dan ada ujian klinikal ye untuk collagen powder ni, bukan cakap kosong je...

Dan bagi yang tak tahu kesan² & faedah² amik kolagen, meh tengok gambar kat bawah ni: 

Dulu masa breastfeedkan Inas, aku pun amik jugak kolagen ni before tido. Tengah malam bila Inas menyusu, mesti sampai melimpah². Boleh buat stok kau, tapi disebabkan aku ni tak kuasa nak capai pump memalam buta, jadinya basahlah baju tu...sikap aku ni jangan ditiru ye!
Jadinya marilah dapatkan collagen powder sementara tengah promo ni...rugi kalau melepas Cik Jah.
Cari aku kat chantekanggun@gmail.com, kalau malas nak email sms/WA je kat 012-6564890. Dun worry aku telan kolagen ngan nasik, tak pernah lagi aku telan orang..

Assalamualaikum.....




Bagi yang tak berkerja, direct feed adalah pilihan so amat jarang sekali golongan ni menyimpan stok susu. Tapi bagi yang berkerja, stok susu adalah penting bagi memastikan kelangsungsan bekalan untuk baby. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, walaupun si ibu tidak bekerja tetapi dia harus memerah susu bilamana mengalami bengkak payudara sedangkan bayi sudah kenyang menyusu ataupun mempunyai bayi pramatang yang belum bersedia untuk menghisap susu ibu.
Cara perahan ini terbahagi kepada dua; memerah dengan tangan & memerah dengan pam. Perahan dengan tangan ni juga dikenali dengan nama 'teknik marmet'. Teknik ni tak memerlukan apa² gadjet pun melainkan tangan korang & bekas untuk simpanan susu. Caranya?
1.     Make sure tangan dah dibasuh bersih
2.     Boleh duduk atau berdiri asalkan korang rasa selesa, urut breast perlahan-lahan
3.     Letakkan ibu jari di sebelah atas breast; dekat dengan areola, sementara jari lain di bahagian bawah breast
4.     Urut & picit perlahan area ni, ke arah bawah ye, dari arah breast ke arah putting
5.     Ulang lagi dan lagi, dapatkan ritma yang konsisten. Pada waktu ni, susu akan mula keluar
6.     Susu ni boleh perah direct ke dalam bekas simpanan
7.     Tandakan bekas simpanan dengan waktu & tarikh bagi memudahkan pengurusan stok nanti
Walaupun perahan dengan pam menjadi pilihan ramai, elok juga kita master dengan teknik marmet ni. In case pump tertinggal or rosak, proses perahan still boleh dilakukan. 

Pilihan bekas untuk simpanan susu
 Ada macam² pilihan kat pasaran; terpulang pada pilihan korang sendiri;



Penyimpanan Susu
 Susu yang dah diperah @ EBM (Express Breast Milk) haruslahlah dihandle dengan teliti & bersih, begitu juga dengan penyimpanan. Jadual kat bawah ni boleh jadi panduan untuk korang simpan susu & handle stok.


Stok movement haruslah FIFO (first in, first out).

Pencairan EBM
Untuk cairkan susu ni, rendam bekas simpanan ni dalam air SUAM (40°C - jangan air panas, nanti habis semua khasiat termusnah). Tapi kalau dari freezer tu kau nak cairkan dengan suhu 40°C...alamatnya meraunglah baby nak tunggu susu tu cair. Jadinya korang boleh buat begini;
1.     Tentukan berapa capacity penyusuan anak korang sepanjang hari
2.     Malam; sebelum tidur turunkan susu tu dari bahagian freezer ke peti ais bawah
3.     Then, waktu pagi susu tu tak la keras kedegang; so ni menjimatkan masa untuk korang thaw susu tu
Susu yang dah thaw ni jangan di simpan balik, habis sesi penyusuan balance susu (jika ada) ni haruslah dibuang. So jangan nak apply sesi jimat cermat pada situasi ni ye!
So sebagai motivasi untuk korang...aku tamatkan entry ni dengan sekeping gambar yang WOW!


credit to Human Milk 4 Human Babies

  

Assalamualaikum.....

Okay masuk 2nd part pasal breastfeeding ni, kita cerita pasal posisi untuk menyusu ye. Bagi yang dah biasa, posisi tak menjadi masalah asalkan selesa, kau nak kuak lentang ke, kuak kupu² ke...ikut suka. Tapi bagi 1st timer posisi² berikut adalah untuk panduan korang.

1.     Posisi Mendukung/Buai (The Cradle Hold)

Yang paling biasa dilakukan oleh mak² semua. Ibu duduk & memangku baby dengan lengan. Kemudian muka & kepala baby mengadap breast.

2.     Posisi Mendukung Bersilang/Bersilang Buai (The Cross-Cradle @ Crossover Hold)

Lebih kurang posisinya macam yang no 1, baby dipangku sepanjang lengan. Ibu boleh menukar penyusuan dari breast ke kiri ke kanan atau sebaliknya. Sesuai untuk menyusukan baby pra matang & yang sukar untuk melekap

3.     Posisi Baring (The Side-Lying Position)
Favourite mak² pada waktu malam. Baby dibaringkan menghadap ibu (mengiring). Muka baby setentang dengan breast dengan seluruh badannya seakan melekap dengan badan ibu. Posisi ni sesuai untuk ibu² yang c-zer sebab kurang pressure pada bahagian perut si ibu. Jika bahagian belakang si ibu terasa lenguh, boleh diampu dengan menyendal bantal di bahagian belakang badan.

4.     The Clutch @ Footbal Hold

Satu lagi posisi yang sesuai untuk ibu² yang c-zer, juga ibu² yang ada large breast . Baby diletak disebelah menelentang. Tangan dibawah leher baby bagi menyokong lehernya, tarik baby rapat kesisi/celah ketiak. Posisi ini juga sesuai untuk mereka yanf ada anak kembar yang nak menyusu serentak.
At first time mungkin posisi ni semua nampak pelik. Ibu² kena mencuba untuk mendapatkan posisi paling selesa untuk kedua² belah pihak supaya proses latch on lebih mudah kemudiannya.

Latch On
Bila dah dapat posisi yang selesa, make sure baby latch on properly
1.     Pegang baby rapat ke arah badan (perut bertemu perut) 
2.      Ampu breast & halakan puting ke arah mulut baby
3.      Pastikan baby membuka mulut dengan luas dengan lidahnya ke arah bawah
4.     Masukkan puting hingga areola ke mulut baby - dalam keadaan ini pastikan baby datang ke arah breast, bukan breast ke baby
5.     Bila baby start suck, pastikan hidung baby hampir² menyentuh breast tapi jangan sampai penyek pulak hidung baby tu
6.     Lepas tu dah boleh dengar baby menelan susu yang keluar.
Pada permulaan sesi (bagi yang baru) proses ini mungkin sedikit sakit sebab baby nak biasakan diri. Tapi selepas 30 - 60 saat kesakitan ni akan mereda. Later ibu² akan start enjoy breastfeed baby. Bagi yang baru bersalin, bila baby start latch on korang akan ada rasa kat bahagian perut, aku tak reti nak explain rasa tu...tapi tu lah dia tanda² pengecutan rahim (Doc yang baca entry ni, kalau boleh explain sikit dengan ayat yang betul).
Next entry aku cerita pasal cara nak perah & simpan stock susu ye! Adios