Pages

Assalamualaikum.....


Masa bulan April haritu aku berazam untuk slim, siap dah timbang bagai, buat buku rekod semua. Target pun adalah reasonable, 5 kg dalam masa 5 bulan. Kira okaylah kan average hilang sekilo sebulan. Siap sedia dengan Herblax, Alfalfa, Lecithin & Cinch. Bersemangat sungguh waktu itu. Namun hasilnya AKU GAGAL!
ü  AKU GAGAL BERDIET
ü  AKU GAGAL BERDISIPLIN
ü  AKU GAGAL UNTUK KONSISTEN
ü  AKU GAGAL MENAHAN GODAAN MAKANAN
ü  AKU GAGAL BERSENAM
Nampak tak kegagalan aku di situ. Lecithin, Herblax & Cinch yang aku beli konon untuk diet program aku masa bulan April hari tu, sedikit sangat luaknya.
Berat aku kurang sikit lepas tu naik mendadak², nak pulak masa raya ke 5 haritu. Aku jadi stress. Aku stress sebab berat aku naik, aku stress sebab aku asyik nak makan, aku stress sebab baju aku macam sarung nangka, aku stress stress stress. Korang  bayangkanlah kestressan aku. Nak pakai lawa², nak bergaya dengan heels, tapi baju dah ketat, seluar tak boleh cangkuk, jalan sikit dah sakit kaki. Jadinya aku stress! Aku lagi stress bila tertengok gambar lama (gambar tunang) yang mana berat aku cuma 40kg je. Dalam kepala aku Why? Why? Why?
Maka, suka atau tidak, diet plan & target dirombak kembali! Lebih strict & kejam. Tiada lagi nasi untuk makan malam. Dan by hujung September at least aku kena hilang 3kg. Menangis aku set kan undang² ini. Tapi demi kehilangan kilo…ku relakan jua.
Moga aku tabah menghadapi dugaan ini…nangis.

Aku nak berat 47kg..banyak wo yang nak kena dihapuskan ni
Assalamualaikum.....




Picture credit to cnjtc.com

1.     Kalau diisi air mineral, harganya RM1
2.     Kalau diisi jus, harganya RM8
3.     Kalau diisi Madu Yaman akan berharga RM200
4.     Kalau diisi minyak wangi, akan berharga RM1000
5.     Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yang suka

Botol yang sama tetapi harganya berbeza sebab isi dalamnya berharga.. manusia semua sama, yang membezakannya adalah IMAN & AMAL dalam dirinya yang akan menyebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka....Nauzubillah

Renungan untuk hari ini dan selamanya...
Assalamualaikum.....







Tamat sudah perjalanan mereka² ini di dunia. Itu percaturan Allah untuk mereka. Namun harus ada yang di bawa ke muka pengadilan sebab ini bukan sahaja maruah & nyawa seoarng manusia tapi melibatkan negara.



Namun sementara itu, sama² lah kita beri penghormatan terakhir pada mereka² ini, sedekahkan Al Fatihah juga untuk allahyarham & allahyarhamah ini.



Tenanglah mu di sana saudaraku, moga syurga Allah milikmu
Assalamualaikum.....



Maaf kiranya ada coretan di blog ini yang mengguris rasa.

Keyboard ni terlalu laju berbicara...




Satu²nya gambar family yang aku ada untuk raya tahun ni, tu pun kat rumah orang dengan si Imran yang dah bertukar ke baju biasa...sedih mak!


Aidilfitri itu sebulan kan...

Open house tiap² minggu dengan hidangan yang super sedap & menariks.

Maka sila jaga makan, jaga minum...rosak usaha sebulan dek open house yang berapa hari je itu.