Pages

Assalamualaikum.....

Asyik la melintas kat news feed aku; orang dok share pasal meatball carbonara. Macam² style ada, yang pastu gambar² dorang amatlah menyelerakan. Aku pulak belek je resepinya tapi idak le bercadang nak buat pun.
Tapi bila last weekend aku nampak meatball yang dah 2 minggu berkesidai dalam peti ais, datang la idea nak buatnya, nak pulak jin rajin aku pun datang kan. Scroll fb cari resepi yang dorang dok share hari tu tak jumpa pulak, so kita hentam resepi sundirik ok.
Bahan² yang diperlukan tak banyak & senang nak dapat;
1 biji bawang holland
1 capsicum
1 tin carbonara sauce
Meatball (dalam 20 biji digoreng @ rebus sebentar)
Angelhair (aku add on sebab nak habiskan stock yang sedia ada)
Keju parmesan (aku pakai cheddar sebab itu yang ada dalam peti ais)
 

Angelhair sebagai dasar, lepas tu tabur bawang & capsicum.
Letak meatball, tabur bawang & capsicum lagi

Tuang carbonara sauce (kalau pekat, tambah sikit susu or air)

Tabur/susun cheese

*Make sure kuah carbonara tu meresap sampai kebawah (boleh biarkan kejap before bakar)

Untuk bakar, mulakan dengan api yang kecil dalam 15 minit & api besar sebentar (untuk cheese tu terbakar masak sikit)
cheese aku terentung sikit...oven dah start buat hal

So....try la ye.
Assalamualaikum.....



Last 3 weeks aku terima invitation untuk join kelas make over Mary Kay. So dengan tak membuang masa & penuh kegedikan aku pun kata yesss. Pastu baru teringat nak kena mintak izin bos besau. Nasib baik dia bagik ha ha ha.

excited nak mengikut tapi belum kelas belum start dah mengantuk

Ni kali kedua aku join kelas make up Mary Kay. 1st time dulu waktu mengandungkan si Inas, masa tu kulit muka aku teruk sangat; kusam & jerawat melata dengan suburnya. Memang tujuan aku pergi kelas ni dulu nak find out pasal product Mary Kay. Yang bestnya pasal Mary Kay ni, kau boleh try sendiri product tu sebelum kau proceed untuk beli. Akhirnya aku terjebak membeli full set Botanical Effect, melayang RM akuuuu.
Tapi aku puas hati dengan set ni sebab muka aku jadi lembut, kekusaman & jerawat pun hilang. Aku pakai sampai habis set tu tapi tak continue sebab aku ni jenis suka tukar² brand sampai la sekarang ni. Beauty regime aku ada macam² brand; Enfuselle, Nutriwhite, Bio Essence bla bla bla....ok sila jangan ikut perangai ni!
Since aku dah kenal sedikit sebanyak pasal Mary Kay ni, kedatangan aku kali ni adalah nak experience barangan make upnya, tapi di offer untuk buat skin care sekali, so apalagi, kita kasi terai la kan...nak pulak dapat merasa range TimeWise, fuh memang best.

TimeWise range yang disuggestkan untuk aku
Set Botanical Effect lebih sesuai untuk kulit yang muda, sementara TimeWise untuk mereka yang lebih berusia (tapi bukan tua tau) sebab ada anti aging formula. Honestly aku suka dengan TimeWise range ni sebab after skincare session, muka aku rasa fresh & lembut. Tapi bila sebut tang harga, gulpppp...telan ayaq liuq sat. Nampak gaya kena tunggu segala mak nenek set kat rumah abis dulu baru aku sambar kot.
Lepas skincare session, aku proceed pulak dengan make up session. Aku explore segala jenis brush, foundation, blusher, eye shadow, maskara & lipstic. Best best best. Aku memang suka la dengan barangan make up Mary kay ni. Ia tak berat kat kulit tapi coveragenya mantap. Pakai sikit pun dah cukup, tak cracked or bercapuk; cantik je dia blend dengan kulit. Terbekenan dengan 2-3 barang, but again the price agak tinggi, so tunggu lah segala ibu² make up kat rumah tu abis dulu, sambil mengumpul duit nak membeli TimeWise & juga make up ni....fuh sale sale sale naik le banyak sikit...mak nak nyoping!
Kalau korang ada budget lebih sikit, usha la make up Mary Kay ni. Harganya tak semahal MAC namun tak semurah FCC. But aku yakin pembelian korang akan berbaloi. Kalau teringin nak experience barangan Mary Kay ni, boleh contact Kak Rokie (019-3525405) untuk arrange skincare/makeup session ok.
Assalamualaikum.....


Dulu kala, zaman belum kawin, masa untuk diri sendiri senang nak dapat. Lepas keje je dah boleh dapat 'me' time. Nak pulak bila minggu gaji. Orang perempuan ni salah satu 'me' time dia adalah dengan shopping; tak dapat spent duit, window shopping pun jadik.
Tapi bila dah kawin, beranak pinak, 'me' time tu memang sukar. Aku percaya ramai je ibu² yang dah tolak tepi 'me' time diaorang ni. Masa untuk anak² & suami jadi top list, dari Isnin sampai ke Ahad. Masa untuk diri sendiri ntah ke mana pergi.
Ni tak sepatutnya berlaku. Everybody needs their 'me' time. Kita ni perlu ruang untuk diri sendiri. Kita ni bukannya robot, kita ni manusia yang punya perasaan, ada masa kita akan rasa lelah & stress. Kita perlu ruang untuk bernafas dengan steady, manjakan diri, bermuhasabah, menghargai diri etc etc etc.
'Me' time ni tak memerlukan masa yang lama & belanja yang besar kalau kau tau cara nak manfaatkannya. A cup of coffee & a piece of cake (cheese cake maybe?) dah boleh jadi 'me' time yang bagus kalau kau rasa enjoy & santai. Aku buat benda ni as ‘me’ time aku; menikmati coffee & cheese cake adalah masa untuk aku relax, santai² dan melihat gelagat orang. Tak selalu dapat, tapi bila berpeluang, aku akan pastikan ianya waktu yang memuaskan hati. Yang pasti waktu itu bukan dihujung minggu...ye lah weekend adalah waktu aku untuk anak² & cik abe sepenuhnya. Susah nak dapat ruang untuk diri kau, pasti ada yang menepek disebelah.
Ada orang 'me' timenya di spa or holiday...boleh je, terpulang pada diri anda untuk tentukan. As long ada sedikit ruang untuk diri kau sendiri, then itu dah mencukupi sebenarnya. After ‘me’ time kau akan lebih bersemangat, motivated & kurang stress. So please cari ruang untuk ‘me; time korang ok.
Jom....cappuccino & cake!

'Me" time aku di Coffee Planet - Quill Mall