Pages

Assalamualaikum.....

Bila berpantang antara perkara utama yang nak kena jaga adalah makanan. Ni tak boleh makan, tu tak boleh telan..."nanti bentan" memang ayat standard.
And bagi aku yang jenis tak berpilis berparam ni bab makanan memang mak aku cukup jaga. Schedule makan hari² memang strict. Pukul 7:30 kena sarapan, pastu pukul 9:30 kang kena makan lagi atau paling tidak minum milo suam. Then antara pukul 11.30 - 12.00 dah kena ambik lunch. Pukul 3:00 - 3:00 dia bising dah suruh minum petang. By 7:30 malam, aku dah settle dinner. Sebabnya satu je, time berpantang kalau perut kosong senang naik angin, kalau dah naik angin senang nak kena bentan. Bab suruh makan ni aku memang takde masalah langsung....okay aje.
Ni one of the fav dish aku waktu berpantang. Main tumis² je dah siap

 Bahan²
·         Ikan - yang tak gatal ye macam tenggiri/ikan merah/kerisi
·         Halia muda lebih kurang besar ibu jari kaki - hiris memanjang
·         2 labu bawang merah - potonglah ikut suka
·         2 ulas bawang putih - dihiris
·         Lada hitam tumbuk kasar - agak² la nak banyak mana kan
·         Cuka
·         Gula & garam
 Cara²
1.     Goreng ikan hingga masak (kalau nak garing pun takde masalah)
2.     Tumis bawang besar, bawang putih & halia
3.     Dah layu bawang, kecilkan api kemudian masukkan cuka
4.     Masukkan ikan & lada hitam, kacau rata (jangan sampai hancur pulak ikan tu)
5.     Perisakan dengan garam & sedikit gula ikut selera

Lepas tu makan dengan nasi panas² sambil gigit halia tu. Confirm tak sampai 20 saat badan kau akan start lencun dengan peluh, terkentut² & sendawa.
For those yang ada anak² kecil kat rumah, kalau malas nak masak asing² boleh je makan lauk ni cuma kurangkan lah lada hitam tu sikit supaya badan dorang tak hangat-mangat.



Assalamualaikum.....


Ramai kenalan/kastemer yang order Alfalfa untuk milk booster (especially orang² yang tak suka jenis powder & bancuh² ni). Mulanya mereka semua berharap kesan untuk flow susu je. Later baru dorang sedar yang Alfalfa ni ada side effect. Antara side effect yang dikesan/dialami dengan pengambilan Alfalfa ni adalah:
·         Selalu kentut²
·         Senang membuang
·         Hidung tak gatal² bila waktu pagi & lepas makan seafood, kesan allergic berkurangan
·         Penurunan berat badan
·         Bau badan hilang à takde dah sibuk nak belek² deodrant
·         Kesan 'grip' à yang dah kawin mesti paham kannnn
·         Keputihan berkurangan
·         Dan ada yang kata badan lebih ringan & segar
Sesungguhnya aku amatlah bersyukur bila dorang bagitau side effect ni semua....coz aku tau effect² ni semua buat dorang gembira. Bila dorang gembira, aku rasa kepuasan yang tak ternilai.
Tapi ada juga yang komplen pasal Alfalfa ni....badan rasa panas & naik ruam....bila check; rupanya member kurang minum air kosong & banyak minuman berais/manis. Bila dah adjust balik dosage and pengambilan air....everything went smooth....fuh, lega dengar. And now dia dah lepas fasa healing crisis & dok enjoy seafood almost every week. enjoy beb enjoy...sape tak makan seafood memang RUGI!

gambar adalah hiasan semata, aku tak bertanggungjawab kalau tiba² korang kecur air liur
Assalamualaikum.....



Isnin lepas, jam 7.45 malam..
Sampai kat rumah, lepas jemput Akim kat taska; aku keluar balik sebab nak ke MyMydin beli roti untuk buat bekal. Si Akim sibuk nak ikut sekali. Tapi dia turun je tangga rumah terus menonong ke gazebo pondok kakak aku (kakak aku tinggal kat sebelah je). Dia membongkok pandang bawah pondok lepas tu...
"Takpe Ummie, hantu tu dah pegi"
Hah???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebenarnya seminggu sebelum tu, anak buah aku (anak kakak aku yang sulung) duduk melepak kat pondok depan rumah ni. Anak bujang kan; dah lepak kedai mamak, sambung lagi lepak kat pondok dengan kawan². Bercerita macam tak jumpa full stop. Saat tengah sedap berborak & melepak, tetiba rasa semacam ada benda bergerak² kat bawah pondok. Bila dijenguk...rupanya ada makhluk berpakaian lusuh tengah dok merangkak² (masa dia cerita kat aku, terus terbayang cerita Ju-on) kat bawah tu sambil pandang kat arah dia. Bukan dia je nampak, kawan jemaah berborak pun nampak sama.
Awal²nya buat cool je, tapi bila rasa makin tak sedap hati, masing² pakat bersurai.
bawah pondok ni agak penuh dengan pasu & gardening tools. Aku tak tau macamana 'benda' tu merangkak kat bawah tu

Mulanya dia hanya bercerita pada si abah. Tak mahu bising takut adik²nya takut.....tapi mungkin dia terlupa si Akim boleh nampak apa yang aku tak boleh nampak dengan mata kasar. No wonder si bujang tu takut benar nak pegi rumah kakak aku walau lampu terang benderang.
Honestly masa dia buat statement pasal ‘benda’ tu dah pegi, aku macam kejung jap kat situ. Nasib baik dia dia tak kata
“Ummie, hantu tu pandang kat sinilah”
ATAU
“Ummi,  hantu tu senyum kat kitalah”
Confirm kat situ jugak aku terjelepuk!