Pages

Assalamualaikum.....



Hari ni nak cerita pasal fertility lagi. Aku suka je bab nak menambah umat Rasulullah saw ni. Kalau sebelum ni cerita pasal cara nak tingkatkan kesuburan, kali ni pasal supplement yang boleh boost fertility pulak. Korang boleh try consume dalam usaha ni..tapi kalau  dah try² lepas tu tak de juga lekat..belum rezeki lah tu, jangan sedih, teruskan usaha. ‘Usaha Tangga Kejayaan’.
Malas nak tulis panjang², here’s the list:
·         Folic Acid – ramai orang ingat folic acid ni dimakan lepas disahkan preggy coz ia memang sinonim dengan kehamilan. Sewaktu hamil kita akan dinasihatkan untuk ambil folic acid untuk mengelakkan unborn baby dari develop defects kat sistem saraf. Before pregnant pulak, pun penting sebabnya folic acid ni ibarat basic block/foundation untuk bayi yang sihat. Folic acid ni juga penting untuk metabolisma & pembinaan DNA. Bagi lelaki folic acid juga membantu mengelakkan abnormalities pada sperma.
·         Vitamin C – Vitamin C membantu meningkatkan kecairan cecair serviks sekaligus menjadikannya lebih subur. Cecair serviks yang tinggi meningkatkan peluang persenyawan.Bagi lelaki pulak vitamin C membantu mencegah penggumpalan (agglutination) sperma dalam air mani. Ini meningkatkan perkembangan & pergerakan sperma.
·         Vitamin E – dunia hari ni penuh dengan free radical kan, yelah pencemaran semakin meningkat. Free radical ni boleh merosakkan sel² yang berpotensi menyumbang kepada infertility. Vitamin E adalah salah satu antioksida yang hebat yang berdaya untuk meneutralkan free radicals ni. Pengambilan vitamin E yang mencukupi membantu menghalang kerosakan pada membran sperma, meningkatkan bilangan sperma juga meningkatkan kekuatan sperma untuk melekat bersama telur.    
·         Zinc -  Badan seseorang wanita memerlukan sejumlah zinc untuk menghasilkan telur yang matang yang bersedia untuk persenyawaan. Selain tu, zinc diperlukan untuk mengekalkan tahap follicular fluid; tanpa cecair yang cukup telur tak dapat nak bergerak melalui tiub fallopio ke uterus untuk proses persenyawaan. Bagi lelaki pulak zinc perlu bagi pembentukan membran luar & ekor sperma yang mana tanpanya sperma tak boleh matang & kuat (untuk membenarkan mereka bergerak cergasss untuk travel dari faraj à serviks à uterus). Kekurangan zinc juga boleh menyebabkan kecacatan kromosom dalam sperma yang boleh menyebabkan keguguran walaupun persenyawaan telah berlaku. Jadinya zinc ni patut diamalkan oleh kedua² belah pihak

Usaha menambah umat ni perlukan kerjasama dari kedua² belah pihak. So sama²lah berusaha, jangan menunding jari antara satu sama lain. Kalau nak mencuba Shaklee untuk hamil, meh calling². Kita mencuba, berusaha mahupun berikhtiar ilmu/pengalaman yang ada, selebihnya kita serahkan pada Allah s.w.t.


Assalamualaikum.....


Salah satu event company yang dinanti-natikan adalah annual dinner. Since November last year invitation dah dihantar. But masa ni tema tak dak lagi & staff boleh suggestkan tema. Then 2 bulan lepas tu keluarlah voting untuk dinner punya tema; and finally Black & White jadi pilihan ramai. Bila dah tahu pasal tema, masing² mula sibuk cari kain, tempah baju, survey dress..macam² lagi  lah. Aku mula² ingat nak tempah baju jugak siap buat sketch bagai, penyudahnya beli je thru FB. Simple sesangat tapi kena la dengan tema hitam putih. Puas hati. Tapi bila hari dinner, aku rasa kecik aje sebab yang lain punya dress up punyalah glamour, kreatif & cantik. Huk huk huk tenggelam je rasa.
Kali ni dinner western course, okaylah berbanding tahun lepas punya hidangan.Artis jemputan pulak si Hafiz AF. Aku salute dengan suara dia tapi in term of persembahan, biasa² je, takde communication dengan audiens. Tak macam M Nasir punya persembahan tahun lepas. And hadiah cabutan bertuah pun meriah, 1st place voucher Habib Jewels RM6500, 2nd pakej percutian ke Korea, lepas tu ada Mc Book Pro, hotel stay voucher, banyaklah lagi tapi aku tak ambik pot sangat sebab dok fokus kat voucher Habib Jewels tu. Tapi takde rezeki tahun ni...
Majlis abis dalam jam 11.45 malam, En Suami datang jemput. Aku masuk kereta tengok budak berdua tu tergolek dah tidur...sedih pulak rasa sebab dorang tunggu umminya dalam kereta sampai tertido. Nasib baiklah dinner setahun sekali. Kalau tiap² bulan, kesian kat budak² ni.
So here’s the pictures...enjoy


Tiga orang yang sengal sementara menanti ahli konvoi yang lain
 
CMD yang gila-gila




with my Senior Manager & CFO


Gila bergambar





Cup cakes yang rasa sayang je nak makan


Paprika Grilled Prawns & Baked Peach Salad, Asparagus & Lolarossa Salad served with Cocktail & Mustard Salad Dressing


Cream of Mix Wild Mushroom with Basil Croutons


Oven Baked Oriental BBQ Lamb Rack on Bed of Grilled Eggplant, Potato Skincredible Boat, Ratatouille Vegetable served with Black Pepper Sauce


Italian Tiramisu with Vanilla Sauce & Chocolate Praline Sauce


Pemenang Best Dress, sakit perut dengan aksi angkasawan ni


Yang paling aku suka tengok kat Sime Darby Convention Centre ni, rasa nak bawak balik satu je


Assalamualaikum.....

Dah nama anak bujang, kalau tak cedera mungkin tak lengkap hidup gamaknya. Tapi anak
bujang aku ni bukan setakat luka tercalar je, siap koyak kepala. Tak memasal kena 9 jahitan
(5 jahit belah dalam & 4 jahit belah luar). Cukuplah untuk buat umminya lembik kaki & tak
cukup nafas. Waktu kena jahit meraung macam tak ingat dunia, sampai kena bedung baru
doktor boleh buat kerja. Aku ingat lepas kena jahit tu kotlah nak insaf, rupanya keinsafan tu
kejap je menyinggah. Pukul 6 petang dah start melompat atas sofa, siap main lawan²
bergumpal dengan si Inas.

Tidur lepas penat melalak
 


 Bila dah kena jahit ni, mulalah makan nak kena pantang kan...karang tak baik pulak luka tu.
Tapi si Akim ni bukannya makan saman, lagi kita kata tak boleh makan ayam & telur benda tu lah yang dia nak. Kalau tak dibagi mau satu hari suntuk mogok tak mahu makan.
Kegeraman aku toksah cerita, tahap paling maksima. Nak di marah, budak tengah sakit gitu. 
Penyudahnya aku bagi jugak. Dalam pada tu aku tetapkan syarat pada dia; kalau follow
syarat yang ditetapkan boleh makan 2 benda ni. Demi ayam & telur, Akim setuju dengan
syarat yang ditetapkan (kalau dia tak setuju pun aku tetap buat sampai dia setuju ha ha ha)
Seminggu lepas kejadian, kena pergi klinik untuk buka jahitan. Lagi sekali episod raung-meraung terjadi. Jenuh aku peluk dia sebab doktor nak cabut benang. Dalam dia dok melalak, aku tanya;
"Kenapa Along yang nak menangis? Bukan sakit lagi pun"
Dengan sedu sedan si Akim menjawab "Sakit lah ummie peluk Along kuat sangat!"
Oh ok...sebenarnya aku seriau & ngilu tengok doktor tu potong dan tarik benang, tu yang tak sengaja peluk Akim kuat-kuat, sorry ye sayang. Doctor check luka semua..ok, cantekkk kawasan luka & tempat koyak tu bertaup dengan elok.Takde infection, takde bengkak². Alhamdulillah luka dia memang cepat je keringnya walaupun si Akim hentam ayam & telur. Berbaloi aku tetapkan syarat untuk si bujang tu. Hasilnya memang memberansangkan. 


Nak tahu apa syaratnya? Ni dia...
"Makan meal shakes, telan ubat, kunyah vitamin C walaupun masam..setiap hari, no skip² no excuse".
Masa kat opis aku akan telefon setiap waktu tengahari untuk pastikan dia makan ubat, siap ugut kalau tak makan tengahari, petang kena makan double size.
Biarpun muka berkerut² nak mengunyah vitamin C, dia gagahkan jugak. Akim memang tak suka benda² masam, kalau manis tu memang favourite dia. Aku kesian tengok dia gigih menelan segala tu, tapi demi nak mempercepatkan proses penyembuhan tu, aku keringkan hati. Dan hasilnya memang memuaskan hati, cuma sekarang ni ada kesan parut je.  En Suami cakap, "takpe anak lelaki...nampak macho sikit".
Takde machonya pun bang, aku nampak macam parut lanun aje. Lepas ni akan aku usahakan pulak untuk memudarkan kesan parut tu. Few item dah ada dalam list, nanti aku sharekan pulak misi menghilangkan parut ni.
 
Assalamualaikum.....

Ni nak share pengalaman mereka² yang dah guna set berpantang/bersalin Shaklee.  Buat masa ni aku sharekan 3 je dulu ye, insyaAllah akan datang akan ada lagi.

 Ada yang tertanya²; berapa harga set ni? Mahal ke? Apa yang aku boleh katakana, harganya setanding dengan set berpantang yang lain, malah lebih murah dari sesetengah set yang ada. Dan jika budget ciput pun, don’t worry aku boleh usaha kan mengikut budget korang. No problem! Just email/sms aku je. Jangan malu², jangan segan².