The idea comes from Dr
Halina punya post, What's In My Bag
Ni lah dia entiti² yang
dududk dalam beg aku...
Wallet - Dah berkurun wallet
ni sampai koyak dah dalamnya, tak dan lagi nak beli baru.
Phone - nyawa aku selepas
IC, penting weh sebab aku berbiz online. Gadjet terpenting aku.
Note book - penting, sebab
kat dalam tu ada nota² pasal produk Shaklee, customer details. Tapi aku tak
penah jot down tarikh² @ appoinment penting dalam tu. Selalunya appointment aku
save dalam phone.
Lipstic & lip balm - Aku
suka tengok colour lipstic, tapi amat jarang sekali pakai. Aku prefer untuk
guna Lip Ice je. Yang EOS tu aku beli sebab ramai yang beli (rasukan mata sebab
benda tu comel)
Contact Lens - ni spare je
kalau² ada last minute event. Tak main la pakai spec pegi event kan...tak
menyerlah mata (alasan tak boleh pakai)
Thumbdrive - macam² ada
dalam tu, notes, gambar, video; selagi muat aku sumbat je.
Pill box - Ni untuk daily
supplement aku. Tak kuasa nak bawak semua botol masuk beg. Rabak lak nanti.
Kit Kat - bukan setakat Kit
Kat je, kekadang ada Hacks tak pun Sugus. Ni sebab budak berdua suka cari
barang dalam bag bila aku balik dari kerja, seronok tengok expression muka
dorang bila jumpa gula²/coklat dalam beg aku.
Ni yang biasa ye...tapi
sebenarnya handbag aku tu dah macam poket doremon, memacam ada. Kalau time aku
buat spring cleaning, silap² resit Tesco yang 5 bulan lepas pun wujud dalam beg
tu (so korang boleh agak la kan berapa kali aku buat spring cleaning utk beg
dalam setahun...ngeeee). Other than than, tissue ada la 3-4 pack dalam tu.
Kekadang pampers Imran pun masuk gak, sebab aku ni jenis malas nak tukar² handbag, semua main sauk dalam satu tempat je. Makeup (selain dari lipstic/lip
balm) memang amat jarang wujud sebab aku tak pakai pun.
So korang...what's in your
bag?