Pages


Assalamualaikum.....

Kalau dah jadi mak, menyusukan baby, bekerja, semestinya breastpump diperlukan untuk kerja² mengepam di ofis. Macam² bentuk dan macam² gaya. Breastpump dan aksesorinya dah jadi macam second handbag selain dari handbag yang glamer itu. Pilihan breastpump pulak macam² sekarang ni, nak yang manual, battery/letrik operated, baby sucking pattern, massage option, yang ringan, yang berat...segala macam ada. Tinggal sediakan duit aje.
Tapi macam biasa, budget mungkin menjadi halangan utama nak mempunyai breastpump yang popular kan. So far aku dah guna tiga jenis brand yang berbeza, 2 single dan manual dan satu lagi dual berletrik iaitu Avent ISIS, Medela Harmony dan Spectra 3.
Ni adalah pengalaman aku menggunakan ketiga² gadjet ni....eh dah macam nak buat review barang² IT pulak:

Avent ISIS (Single & Manual)
Aku ni sejak dulu lagi memang berkenan nau dengan barangan Avent, baik dari botol susu sampai la ke puting nyonyot. And si Avent nilah first pump aku. Beli satu set kat Sogo (time sale) 5 tahun lepas; lebih kurang macam gambar kat atas tu. Sampai sekarang masih elok je lagi. Aku suka pump ni sebab dia ada soft shield, then kalau pump memang tak rasa sakit. Selain tu kekuatan/flow pumping kau boleh adjust² sendiri, nak pump laju² boleh, nak pump lemah gemalai pun boleh. Ikut suka hati. So jadinya, kalau time breast bengkak @ terlampau penuh, aku pump perlahan² dulu supaya bengkak tu kurang sikit dan lepas tu pump macam biasa. Memang aku sayang betul dengan si Avent ni. Cuma yang tak berapa nak bestnya Avent aku ni single and manual, so bayangkan masa yang diperuntukkan untuk pump kedua² belah...so drawback nya adalah masa dan tangan kau akan mengalami keletihan mengepam.

Medela Harmony (Single & Manual)
Yang ni aku gedik² beli time confinement...sebab terpengaruh dengan review orang ramai. Compare tu Avent, si Harmony ni partnya sikit dan lagi mudah di assemble (which is sebab utama aku gedik membeli). Lepas tu dia ada 2-phase expression macam baby. Suckingnya lembut membelai. Pump pump pump eh tak sedar dah penuh...lebih kurang macam tu lah... Boleh tahan la si Harmony ni, berbaloi beli cumanya bagi aku; let down reflect (LDR) aku agak lambat berbanding guna si Avent tu. Tapi kalau travel, yang inilah pilihan hati sebab ringan dan mudah.

Spectra 3 (Dual & Electric)
Ni koleksi terbaru aku sebabnya dah tak kuasa nak pump pakai tangan kat ofis. Kalau pakai manual aku spent lebih kurang setengah jam ke 40 minit untuk proses mengepam. Kalau satu hari 3x pump, takkan aku nak bertunggu tangga kat praying room tu. Tak kuasa aku nak duduk lama² kat situ, kang orang kata aku mengular pulak (walaupun bos aku seorang yang cukup memahami). Nak beli Medela Freestyle tu, rasa macam mengarut pulak tengok harganya, lepas tu time tengah men'survey' jumpa kawan seSHAKLEE menjual Spectra3. Malas nak fikir banyak², terus je beli sebab dah memenuhi kriteria yang dikehendaki (dual pump & electric). So officially si Spectra ni adalah pump yang digunakan bila di ofis. Cepat dan mudah sebab boleh pump kedua² belah sekaligus and tak banyak part bila nak pasang & cuci, I like it (aku kan pemalas). Yang bestnya si Spectra ni kau boleh adjust kekuatan sucking mengikut selera korang and kepalanya fit ke storage bottle. So lepas pump dan boleh terus simpan. Yang tak bestnya pulak, disebabkan letrik maka beratnya adalah lebih kurang sekilo lebih which tak kuasa aku nak mengusung ke hulu ke hilir. Sebab tu si Spectra ni sentiasa aku tinggalkan kat ofis. Cuma sekali sekala je aku bawak balik sebab takmo dia rasa terpinggir (ceh macam benda ni bernyawa kan).

Setakat ni aku tak gedik lagi nak beli pump yang baru sebab 3 pump ni dah cukup baik untuk memenuhi selera aku. Tapi tak tau la pulak kalau tiba² en suami cakap, "Kalau ayang nak Medela FS tu amiklah, abang sponsor". Mau harus dengan pantas aku membelinya he he he.

Bagi yang tengan berkira² nak beli breastpump, belilah mengikut budget dan keperluan bukan mengikut trend ye. Aku tahu ramai yang berkenan nak beli si FreeStyle tu, rajin² Google sebab ada ramai jugak yang buat kutu untuk beli FreeStyle ni. Bagi yang tak decide lagi, survey² dulu breastpump yang fit to your budget. Sekarang ni ada kedai² barangan ibu & bayi yang offer free trial untuk breastpump ni. Kena rajin surf dan bertanya so that tak la menyesal beli nanti.

0 Komen:

Post a Comment