Pages

Assalamualaikum.....

Honestly...semacam ada kontroversi antara breastfeeding & Shaklee. Ramai yang claim bila ambik ESP & Alfalfa susu boleh jadi melimpah ruah macam sungai Amazon. Claim begini menimbulkan kemarahan ramai Lactation Counsellor. Juga menimbulkan kekecewaan pada pengguna bila penghasilan susu tak seperti yang diharapkan selepas mengambil Shaklee. Telah berlaku salah faham kat sini. Asas sebuah penyusuan adalah Demand & Supply. Bila ada demand, akan ada supply. Kalau takde demand, camne nak ada supply? Betul tak?
Bagi ibu² yang duduk rumah, tak susah nak create situasi ni sebabnya baby direct feed bila lapar/menangis. Yang menjadi masalah adalah yang berkerjaya ni. Mana nak kejar masa berkerja, mana nak pump lagi...
Tapi suka tak suka kita kena create demand ni; maksudnya kita pump susu dengan konsisten (contohnya setiap 3 jam). Bila kita pump, breast akan kita kosongkan. Ini menghantar signal pada otak untuk kilang susu produce kembali susu bagi memenuhi kekosongan yang telah ditinggalkan tadi. Proses ni akan berulang dan berulang. Inilah cycle demand & supply bagi mereka yang berkerjaya.

Tapi macamana Shaklee membantu breastfeeding?
Breastfeeding ni ibarat satu proses perkilangan, dari bahan mentah ke produk siap (susu ibu). Bagi nak mendapatkan produk siap yang berkualiti, amalan perkilangan haruslah betul & bahan mentahnya juga haruslah bermutu. Untuk penghasilan air susu, badan si ibu perlukan nutrisi seimbang supaya semua khasiat dapat disalurkan pada baby. Tapi cara hidup hari ni tak memungkinkan si ibu mengambil semua nutrisi ni semasa makan. Sapa boleh gerenti yang dia ada hidangan karbo/protein/fiber/mineral dalam satu plate makanan setiap hari? Kalau aku, nan hado...bantai pulak dapat ofis yang medan selera nya asyik ulang lauk yang sama setiap hari. Lagilah takde nak memikir kelengkapan hidangan tu, janji kena dengan tekak & perut kenyang. Bantai nasi + ayam goreng + kuah gulai pun jadi. Jadi kalau begini cara makannya, bagaimana kecukupan nutrisi untuk disalurkan pada baby?
Contoh yang lain; ibu yang menyusukan perlu 2 kali ganda kalsium berbanding orang biasa. Ini adalah kerana kalsium akan dishare bersama baby. Si ibu bukanlah seorang yang suka minum susu, setiap pagi kopi jadi pilihan. Masa lunch pulak main makan yang mana dan aje, kalau yang jenis gedik nak berdiet, makan la roti kosong + salad. Jadi cukup ke bekalan kalsium? Bukan je tak cukup untuk diri sendiri, silap² baby pun tak dapat kalsium yang secukupnya.
Jadi Shaklee ni offer nutrisi bagi memenuhi keperluan seorang ibu yang menyusu supaya ibu tak rasa penat & stress. Sebenarnya target untuk nutrisi yang dicadangkan adalah untuk si ibu, tetapi baby juga akan mendapat manfaatnya melalui susu ibu.
Item yang biasa dicadangkan untuk ibu² menyusu adalah:
  
·         Energizing Soy Protein (ESP) – Ada 9 asid amino penting untuk badan & diperkaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral. ESP dalam kategori low GI (Glisemix Index) membuatkan ibu² lebih bertenaga & tak menggeletar lepas nursing session. Ni adalah kerana gula dilepaskan perlahan² ke dalah darah (kesan Low GI tadi). Bagi yang ambik ESP, ramai yang discover susu menjadi lebih pekat berbanding biasa
·         Vita-Lea Iron Formula – menyediakan 12 vitamin & 7 mineral penting untuk keperluan harian. Ini untuk memastikan pertumbuhan sel baru, melindungi organ, mengekalkan kegergasan tubuh
·         B-Complex – mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk biotin & asid folik. Berfungsi menukar makanan kepada tenaga; mengurangkan masalah keletihan
·         Alfalfa – Dikenali sebagai milk booster;. Tapi bukan setakat tu je; alfalfa bersifat alkali yang kaya dengan serat, zat galian, vitamin & enzim. Alfalfa juga bersifat anti inflammatory/radang
·         Osteomatrix – Sumber kalsium dengan gabungan magnesium & vitamin D. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium si ibu & juga menyalurkan kebaikan kalsium pada baby
·         Vitamin C – Meningkatkan sistem imun badan; membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi, membantu sel darah putih menetang bakteria & kuman. Juga mengurangkan symptom flu

Jadinya breastfeeding set ni menyediakan badan yang sihat untuk si ibu supaya ibu sihat bertenaga nak menyusukan baby. As long si ibu berpegang kukuh pada KONSEP DEMAND & SUPPLY, insyaAllah, flow susu akan konsisten sampai waktu kita sendiri decide untuk kurangkannya. 

0 Komen:

Post a Comment