Bagi yang tak tahu, Alfalfa ni adalah signature produk dari Shaklee. Walaupun macam² produk Alfalfa kat pasaran ni, Alfalfa keluaran Shaklee adalah PREMIUM sebab ditanam secara organik kat California sana nun. Lepas tu bebas dari pestisid, herbasid & menggunakan bahan kompos bebas kimia.
Bagi menghasilkan alfalfa complex ni, Shaklee cuma pakai daun Alfalfa yang telah MATANG sahaja. Daun² ni pulak dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi dalam daun tu.
Ni lah rupa Alfalfa |
Apsal Alfalfa ni istimewa sangat?
1. Ada 8 enzim dalam alfalfa ni;
· Lipase – untuk proses pemisahan lemak
· Amilase – pemangkin hidrolisis kanji kepada gula
· Coagulase – enzim yang mendorong pembekuan terutama darah
· Emulsin – bertindak ke atas penguraian gula
· Invertase - enzim yan memangkin hidrolisis sukrosa kepada glukosa & fruktosa
· Peroxidate – pemangkin pengoksidaan darah
· Pectinase – enzim yang membantu pencernaan
· Protase – enzim yang diperlukan untuk mencerna protein
2. Mengandungi 6 vitamin;
· Vitamin A:
- penting untuk mata terutama sekali untuk penglihatan
- membina ketahanan terhadap jangkitan terutama dalam salur pernafasan
- menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan
- menggalakkan kulit yang sihat
· Vitamin E:
- melindungi sel² daripada kerosakkan akibat sinaran matahari & pencemaran udara
- meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan otot
- membantu menguatkan dinding saluran darah termasuk dinding kapilari
· Vitamin U:
- menggalakkan kesihatan badan & membantu mengatasi ulser peptic
· Vitamin B6:
- membantu asimilasi makanan dan protein serta metabolisma lemak
- menggalakkan kesihatan safat & kulit
- membantu mengurangkan gejala loya
· Vitamin K:
- penting dalam pembekuan darah
* Alfalfa boleh meningkatkan keupayaan darah untuk membeku.
* Aspirin pula melambatkan pembekuan darah, maka pengambilan alfalfa bersama aspirin (mahupun ubat anti pembekuan yang lain) boleh menggangu fungsi keduanya
· Vitamin D
- mengawal penggunaan kalsium & fosforus di dalam badan bagi pembentukan gigi & tulang yang betul & sihat
3. 8 mineral
· Kalsium
- membina & mengekalkan tulang & gigi
- mengawal rentak jantung
- melegakan saraf
· Zat besi
- Diperlukan untuk membina haemoglobin & membantu membawa oksigen dalam darah
· Mangan
- Unsur surih yang membantu mengawal gula dalam darah
· Potassium
- Mineral yang membantu denyutan jantung, pengecutan otot & saraf & mengawal keseimbangan kimia dalam badan
· Fosforus
- Diperlukan untuk pembinaan tulang & struktur gigi yang normal, saling bertindak dengan kalsium & vitamin D, juga meningkatkan
· Klorin (klorida)
- Elektrolit penting untuk membersihkan badan, mengawal kadar lemak, gula juga metabolisma kanji
· Natrium
- Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, mengaktifkan limpa, usus & fungsi perut
· Silikon Magnesium
- Membantu badan untuk menangani sembelit & merangsang fungsi otak
See...Alfalfa ni ada enzim, vitamin & juga mineral, yang mana dapat membantu mengawal fungsi tubuh badan kita. Bukan senang nak dapat produk yang ada 3 benda ni.
Banyak lagi pasal alfalfa ni nak cerita....kita tunggu part II ye...
Stay tune!
0 Komen:
Post a Comment