Sabtu lepas, buat pertama
kali dalam hidup aku bukak booth. Kelakar ada, jakun pun ye jugak. Masa mula²
dapat invitation nak buka booth tu, aku kemain gedik lagi. Tanya En Sahrul, dia
ok ke nak join; dia kata terpulang. Aku dengan konfidennya laju je buat booking
& payment.
Bila dah bayar tetiba aku
jadi takut seh, terpikir macamana aku nak promote supplement ni. Ada ke orang
nak dengar celoteh aku? Boleh ke aku jawab soalan kastemer on the spot? Tapi
dalam takut² tu aku sempat jugak buat bunting, contact supplier untuk dapatkan
quotation untuk botol sample, tempah lagi flyers....ni la yang orang kate takut
+ gedik....dalam takut² tetap buat.
So on 15 haribulan aku
dengan En Sahrul pun berkobar² datang ke Rasta TTDI. Rasa macam dah cukup lah
persiapan kitaorang, dengan alas meja, bunting, flyers, biz card bagai...
Sampai kat sana, ramai juga
vendor yang dah setup. Bila tengok booth dorang, terkedu aku. Kemain lagi
hiasannya, siap ada yang bawak fresh flower & carpet lagi. Aku pandang En
Sahrul, dia pulak pandang aku. Cikai betul booth kitaorang, tapi kitaorang
gamble aje bukak dengan apa yang ada.
Rupa booth masa first day |
Sambil² edar flyers, sempat
jugak aku jenguk booth orang lain untuk ambik idea kononnya lah...lepas tu
terjebak jugak beli macam², mostly makanan (lepas dendam betul...baru abis
pantang la katekan)
Sales hari pertama sedikit
slow & orang pun tak ramai yang datang. Tapi itukan cabaran meniaga....so
kitaorang laki bini bertabah lah (ape kau ingat kau retis fofular, sekali bukak
booth terus dapat sales ribu riban???)
On 2nd day, booth
kitaorang lawa sikit lah sebab aku bawak kain alas meja 2 layer...nampak la
semengggah sikit. Pastu ada tester ESP + Sunquick Oren.
Semenggah sikit rupa booth aku masa second day |
Hari kedua ni lebih
meriah berbanding hari pertama tapi aku terpaksa tanpa rela tutup booth awal
sebab kereta kesayangan aku tak boleh start...entah apa bengongnya lah kereta
tu, nak kata bateri dah kong, baru je lagi tukar bateri, pastu suka hati je
alarmnya nak bunyi, lampu brek pulak macam lampu disko asyiklah lip lap lip lap
walaupun dah cabut kunci. Tak memasal abang ipar aku terpaksa datang untuk
jumperkan kereta tu. Sedih wo terpaksa tutup booth awal. Tapi zikir Ya Wahab
tetap aku alunkan (ni pesan dari mentor²
aku). Alhamdulillah tetiba ada wassup masuk...orang order. Terubat hati mak
tau...
So itulah cerita orang yang
first time bukak booth. Ahad malam, sambil duduk² rehatkan badan aku tanya En
Sahrul serik tak nak bukak booth lagi; dia kata kalau ada peluang lagi why not.
Aha, green light dah dapat kan...dia ok aku lagilah ok. Rasa seronok pulak bila
buat offline sale gini. InsyaAllah ada rezeki awal bulan Mac nanti ada satu
lagi bazaar yang aku akan join. Tempatnya dalam KL jugak, dengar cerita kat
tengah² KL. Nanti bila dah dapat confirmation akan aku war²kan ye.
1 Komen:
chaiyok kak aisah.. kete tu bg ujian nk kayo... all the best!
Post a Comment