Sebenarnya aku takde perancangan langsung nak ke Tioman, tak wujud dalam travel list aku pun. Kehadiran aku pada MATTA Fair masa bulan Mac lepas adalah nak survey pakej ke Kota Kinabalu. Tapi dek pujukan kawan², akhirnya aku terjebak jugak ke Tioman.
Pilih pakej dari Berjaya sebab aku rasa macam berbaloi sebab include makan minum, banyak star, private beach bla bla bla....nampak perfect kat mata aku (tanya cik abe, dia pun kate ok so bini dia ni pun apa lagi...)
Perjalanan dari KL - Mersing, kami (2 family) decide naik bas. 11:30 malam dari TBS, tiba kat stesen bas Mersing lebih kurang jam 5 pagi pastu jalan slow² ke jeti. Feri jam 8:30 tapi kena ada kat jeti satu jam sebelum berlepas sebab nak kena collect ticket, bayar untuk Marine Park Conservation Fund & dapatkan boarding pass (takde boarding pass tak boleh naik ok). Kalau orang tak ramai proses ni senang tapi bila cuti sekolah...boleh agak la kan macamana keadaannya. Tak kalah seperti pasar borong.
Dari jeti Mersing ke Tekek ambik masa lebih kurang dalam 2 jam. Keadaan dalam feri (Bluewater Express) biasa² je, agak sempit & berkuap. Si Imran bila masuk dalam feri bantai melalak macam kena pukul, krew feri pun macam cuak. Bila naik kat tingkat atas baru dia diam (tingkat atas ni luas sikit & tak banyak kerusi, aku assume dia rasa lebih lega kot) and sepanjang jalan budak bertiga ni tidur je sebab takde benda nak dibuat.
pemandangan di seberang jeti Mersing |
Terik mentari di tengah laut |
Sampai jeti Tekek, hajat nak lunch tapi sebab shuttle dah sampai so tapau je mana yang sempat. Untuk penginap di Berjaya, shuttle disediakan untuk mengangkut korang dari jeti ke resort. Sampai resort, settlekan urusan check in; campak beg masuk bilik, pastu proceed ke tepi pantai untuk kenyangkan perut. Pastu masuk bilik, semua orang qada tidur ha ha ha
Bagi yang single mingle mungkin banyak aktiviti yang boleh dibuat, tapi pada yang ada anak kecik macam aku ni aktivitinya adalah mandi kolam & mandi laut. Dalam pakej aku tu ada satu sesi snorkeling kat Renggis Island. Jadinya second day, kami berbondong² lah ke jeti berdekatan dengan dive centre untuk ke Renggis Island ni.
Masa ni la baru terbongkarnya rahsia yang memasing takut nak snorkeling (termasuk cik abe). Aku tak tahu nak gelak ke nak nangis...aku sorang je gedik yang amat bersnorkeling sedangkan dia duduk je atas kapal. Padanla dulu masa pegi Pangkor, bila aku ajak snorkelling dia semedang tak nak..rupenya takut kau.
panas..belum snorkeling muka dah start legam |
yang kecik tu la Renggis Island |
Sesi snorkeling ni pada awalnya aman damai tapi bila datang sekumpulan manusia yang tak berapa nak bertamadun snorkeling di area kami...down terus mood. Terjerit², terlompat² sampai menakutkan budak, haruslah kami balik ke pantai aje. Abang boat yang baik tu seakan memahami, terus start engine hantar kami ke pantai. Budak² continue mandi + snorkeling kat tepi pantai. Aku nak join jugak tapi apakan daya, si Imran mengamuk nak tidur...jadinya hanya jadi penonton ajelah. Agak² dah rentung kulit, barulah memasing sedar diri nak balik.
Petang tu kami keluar ke Tekek. Hajat hati nak menyinggah ke Marine Park. Tapi disebabkan dah petang & jarak perjalanan yang agak jauh untuk menapak so plan cancel. Dan tu ingat dapat la naik shuttle untuk balik ke resort...tapi nan hado! Maka terciptalah sejarah menapak lebih kurang 2.4 km menonggek naik & turun bukit sambil mengendong si Imran. Hilang 2kg aku kat situ.
Dan pada malamnya, mood kami makin hilang bilamana waktu ni (Jumaat) ramai yang dah check in termasuk satu group besar biz MLM hinggakan suasana damai dinner dah seperti pasar malam. Just makan apa yang sempat diambil & balik bilik untuk packing barang & rehat.
mak dara super cun legam dimamah mentari |
Next daynya pun, waktu breakfast suasana masih macam pasar malam. Again, kami makan apa yang dapat diambil je. Then balik bilik untuk setllekan apa yang patut & jam 10:30 check out.
Di jeti, sekali lagi kena melayan kerenah itu ini untuk dapatkan boarding pass. Cik abe kata, kalau nak datang Tioman lagi...tunggu 2 tahun lagi baru datang. Next trip cari yang darat je, dia tak mahu pegi pulau (eh boleh pulak gitu). Aku iyekan je lah padahal dalam kepala dah terbayang Perhentian pulak....he he he.
Nak kata aku puas hati dengan trip ni...tak le sangat tapi sebab aku yang decide untuk pilih yang ni..so tak boleh nak komplen lelebih. But banyak pengajaran yang aku dapat untuk aku applykan bila ke Perhentian nanti (hopefully cik abe aku tak skodeng entry ni), insyaAllah.
0 Komen:
Post a Comment