Pages

Assalamualaikum.....



Awal tahun haritu aku kena sakit tengkuk yang agak kritikal. Aku sangkakan setakat salah tidur, so aku ignore. Tapi lepas seminggu sakit tu makin kritikal pulak sampaikan nak bergerak sikit pun rasa nyeri. Kepala toksah cakap la, dah macam robot; keras & tegak je. Tak boleh nak pusing².
Pada mulanya aku bawak gak berurut, kot² la urat tegang ke. Lepas urut pun takde perubahan, letak Amez Yoko Yoko pun tak lut. Dah sampai saat tak boleh tahan, aku pun pegi lah menyerah diri kat doktor.
Rupanya bukan salah tidur or tergeliat, ada 2 saraf yang saling bertindihan dah membengkak hingga menyebabkan keradangan. Bengkak tu bermula dari yang salah tidur plus tekanan dari batuk (masa ni aku batuk yang tak berkahak, agak teruk gak la batuk tu). Doc terpaksa inject untuk redakan bengkak tu sebab keadaanya agak kritikal....aku macam, What? Inject? Cuba jugak nak nego ngan doc...tapi dia buat tak layan je. Dengan tidak relanya...dapat la satu injection.
Doc bagi MC 2 hari & sebeban ubat termasuk ubat batuk. Alhamdulillah lepas kena jab & makan ubat tu, rasa sakit tu berkurang and dapatlah aku tidur dengan selesa.
Tapi lepas habis ubat, sakit tu datang balik (walau tak sekritikal yang mula²). Aku pun terfikir, takkan nak terus makan ubat macam ni. Naya la aku, sesuatu perlu dilakukan.



Jadinya aku untuk menjadikan diri sendiri sebagai bahan eksperimen. Aku cuba konsisten dengan Ostematrix sebanyak 4 biji setiap malam (sebelum ni on off ikut suka kan). 2 hari yang pertama memang tak nampak kesan, masuk hari yang ketiga, kesan tu mula terasa. Sakit tengkuk tu makin reda (macam efek makan ubat), aku boleh toleh², tak yah nak jeling² macam robot. Dan lepas sebulan, rasa sakit tu dah hilang. Joget Aprika la aku. Dan sampai sekarang aku still continue ambik Osteomatrix, cuma tak ambik hari² la, kira maintenance stage dah ni.
Alhamdulillah, hingga hari ni sakit tengkuk tu dah takde. Ai is happy sangat² & tidur pun makin nyenyak (penting tu).
Bagi yang tak tau apa bendanya Ostematrix;
Ostematrix = Kalsium + Magnesium + Vitamin D
Those yang selalu rasa sakit² badan...aku recommend kan Osteomatrix ni. And yang bestnya kalau malam tu makan Osteomatrix, pagi esok tu lawas la...sungguh

0 Komen:

Post a Comment