Pages

Assalamualaikum.....


Dulu kala, zaman belum kawin, masa untuk diri sendiri senang nak dapat. Lepas keje je dah boleh dapat 'me' time. Nak pulak bila minggu gaji. Orang perempuan ni salah satu 'me' time dia adalah dengan shopping; tak dapat spent duit, window shopping pun jadik.
Tapi bila dah kawin, beranak pinak, 'me' time tu memang sukar. Aku percaya ramai je ibu² yang dah tolak tepi 'me' time diaorang ni. Masa untuk anak² & suami jadi top list, dari Isnin sampai ke Ahad. Masa untuk diri sendiri ntah ke mana pergi.
Ni tak sepatutnya berlaku. Everybody needs their 'me' time. Kita ni perlu ruang untuk diri sendiri. Kita ni bukannya robot, kita ni manusia yang punya perasaan, ada masa kita akan rasa lelah & stress. Kita perlu ruang untuk bernafas dengan steady, manjakan diri, bermuhasabah, menghargai diri etc etc etc.
'Me' time ni tak memerlukan masa yang lama & belanja yang besar kalau kau tau cara nak manfaatkannya. A cup of coffee & a piece of cake (cheese cake maybe?) dah boleh jadi 'me' time yang bagus kalau kau rasa enjoy & santai. Aku buat benda ni as ‘me’ time aku; menikmati coffee & cheese cake adalah masa untuk aku relax, santai² dan melihat gelagat orang. Tak selalu dapat, tapi bila berpeluang, aku akan pastikan ianya waktu yang memuaskan hati. Yang pasti waktu itu bukan dihujung minggu...ye lah weekend adalah waktu aku untuk anak² & cik abe sepenuhnya. Susah nak dapat ruang untuk diri kau, pasti ada yang menepek disebelah.
Ada orang 'me' timenya di spa or holiday...boleh je, terpulang pada diri anda untuk tentukan. As long ada sedikit ruang untuk diri kau sendiri, then itu dah mencukupi sebenarnya. After ‘me’ time kau akan lebih bersemangat, motivated & kurang stress. So please cari ruang untuk ‘me; time korang ok.
Jom....cappuccino & cake!

'Me" time aku di Coffee Planet - Quill Mall

0 Komen:

Post a Comment