Masa tengah hangat post pasal ESP kat fb, ada teguran begini masuk...
"ESP ni buat magic ke? Yang asyik promote banyakkan susu. Jangan bagi ibu-ibu keliru dik. Penyusuan adalah tentang demand dan supply. Kalau ibu-ibu tak penuhi konsep ini, susu tu takdenya nak banyak. Diet yang sihat mengikut piramid makanan dah cukup untuk seorang ibu membekalkan susu buat anaknya. Kenapa perlu disogok dengan supplement yang kononnya boleh banyak dan pekatkan susu sedangkan ianya tiada bukti saintifik?"
"ESP ni buat magic ke? Yang asyik promote banyakkan susu. Jangan bagi ibu-ibu keliru dik. Penyusuan adalah tentang demand dan supply. Kalau ibu-ibu tak penuhi konsep ini, susu tu takdenya nak banyak. Diet yang sihat mengikut piramid makanan dah cukup untuk seorang ibu membekalkan susu buat anaknya. Kenapa perlu disogok dengan supplement yang kononnya boleh banyak dan pekatkan susu sedangkan ianya tiada bukti saintifik?"
Okey..lebih kurang gitulah bunyinya...Aku pun dok terfikir dan cari-cari balik perkataan 'banyak susu' dalam posting aku...kotlah ada yang aku terlepas pandang.
Malas nak argue panjang-panjang, ini penerangan dari aku...(saje je tak nak reply kat dia sorang, nak bagi orang lain faham jugak)
Memang konsep asas breastfeeding adalah permintaan & penawaran atau nama glamernya; demand & supply. Lebih banyak bayi anda menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan! Semua orang setuju dengan konsep ni.
Ehsan Pakcik Google |
Tapi dalam usaha memenuhi demand & supply ini ramai ibu (tidak semua ye) lupa untuk memastikan susu itu berkualiti. Kita ni menyusukan baby bukan sekadar memenuhi tuntutan dan fitrah. Harus diingat, baby dapat nutrisi daripada susu kita terutama sekali sepanjang tempoh 6 bulan yang pertama. Mungkin ada yang tidak mermpunyai masalah dengan kuantiti susu, tapi bagaimana dengan kualitinya? Kalaupun susu tu banyak, tapi kenyang ke baby? Cukup ke nutrisinya? Dah tu yang si ibu pulak bagaimana? Boleh ke jamin hari-hari dapat semua nutrisi dalam satu platter?
Meh kita ambik sebuah kilang sebagai contoh. Kenapa kilang? Sebab pengeluaran susu ibu ini ibarat sebuah kilang. Don't feel offended...ni kilang baekkk punya!
Faktor utama sesebuah production (zaman belajar punya dululah..ingat-ingat lupa) adalah entrepreneur, capital, land, labour dan raw material. Jadi bila kilang nak produce produk, setakat demand & supply je tak cukup sebenarnya. Kena ada yang innitiate idea (entrepreneur), modal permulaan (capital), cari tapak untuk beroperasi (land), pekerja-pekerja yang nak menggerakkan kilang (labour) dan bahan mentah (raw material) untuk membuat end produk tadi. Jadi bila di relate dengan seorang ibu; ginilah ibaratnya:
· Entrepreneur - si ibu
· Capital - niat & semangat untuk menyusu
· Land – breast
· Labour - otak & hormon
· Raw material - nutrisi dari ibu
Setiap faktor ni bergantung antara satu sama lain. Cuba imagine, empat item yang pertama korang dah ada tapi bila masuk raw material, dapat pulak yang tak berkualiti. Jadi ke end produk tu? Kalau jadi pun, kotnya demand akan naik ke? Silap-silap mencanak turun.
So pada aku, produk Shaklee ni membantu untuk dapatkan raw material yang berkualiti sebab most of the product adalah untuk membaiki kelompongan nutrien badan. Juga meningkatkan kualiti entrepreneur, capital, land dan labour.
Oleh itu ESP atau hatta mana-mana produk bawah Shaklee ni bukan bersifat MAGIC. Tapi adalah usaha untuk mengekalkan kesihatan dan membantu perjalanan penyusuan.
So sebelum titik akhir untuk entry ini, aku tinggalkan ini untuk semua orang fikir-fikirkan...
"Antara kuantiti & kualiti; yang mana pilihan anda?"
"Mengapa perlu memilih jika boleh anda boleh dapat kedua-duanya"
0 Komen:
Post a Comment