Pernah dengar komen macam ni?
Apa perasaan korang?
Bagi aku, sentap seh!
Kenapa beranak lima?
Salah ke beranak lima?
Okay, ni bukan cerita pasal salah beranak sampai 5 anak ye, tapi istilah ni banyak kali aku dengar orang (terutama yang lagi tua dari aku) cakap untuk menggambarkan 'keserabaian' seseorang wanita. Baik dari segi penampilan, rupa paras segala.
Kebanyakkan wanita (aku pun tak terkecuali, satu ketika dulu) antara sedar atau tidak makin kurang menitikberatkan penampilan apabila sudah mempunyai anak. Alasan yang popular:
· macamana nak bergayanya, anak dok bergayut susahlah!
· alah, macamana pun rupa aku suami tetap sayang, cinta seadanya...
· dah kahwin dah beranak pun nak pasang badan apanya, pelik lah!
Anak bukan alasan untuk tampil bergaya. Bukannya dia bergayut 24 jam pun. Korang tak perlu nak bergaya sakan macam model, pakai branded dari atas sampai bawah, tapi kena kemas, bersih dan sesuai. Suami kita ni pun bukannya malaikat, kalis godaan. Cinta tu memang cinta tapi kalau hari-hari dia dok mengadap muka yang lesu, baju senget sana sini, bertahan ke si suami? Sendiri mau ingat ya! Dan dah kawin lah kita kena jaga badan, ni bukan untuk memikat orang lain tapi untuk pikat suami sendiri. Supaya hati dia senang, bangga kerana isterinya kemas, bersih. Jadi bila ada yang cantik lalu depan mata, dia tak hairan sebab dia tau isterinya lagi anggun, cewah!. Penat menguruskan rumahtangga dan anak-anak bulan alasan untuk kita mengelat dari berdandan kan.
Entry aku ni bukan nak kondem mana-mana isteri cuma sekadar untuk mengingatkan diri aku dan berkongsi pendapat dengan semua. Bila membaca, mungkin ada yang terdetik dihati 'kenapa isteri je kena berdandan, si suami pulak bagaimana?’. Sebenarnya lelaki pun kena berdandan juga tapi kalau dia pasang badan, karang isteri pulak yang tak senang duduk kan he he he. Senang cerita dua-dua sekali kena pasang badan, untuk antara satu sama lain. Adil kan.
Ni pendapat peribadi aku, orang lain mungkin ada pendapatnya sendiri. Terpulang. Tapi kalau nak share, korang semua amat dialu-alukan.
0 Komen:
Post a Comment