Assalamualaikum.....
Setiap orang ada regim kecantikan hari-hari kan walaupun tak lengkap. Secara asasnya kita perlu 3P (pembersih, penyegar & pelembab) tapi kadang-kadang ada yang cuma guna pembersih dan pelembab aje. Bagi yang kadar malasnya agak tinggi, pembersih saja yang ada dalam senarai dan yang paling malas langsung tak guna apa-apa. Lepas tu bila kulit macam kertas pasir gred 3 (kasar sekali) mulalah nak mengeluh sana sini.
Dalam era sekarang ni, dengan keadaan ramai yang suka bermekap dan lapisan ozon yang semakin nipis, regim tu dah meningkat dari 3 step ke 5 step. Step-step ni semua aku dapat dari seorang beautician (seorang lelaki tapi kulitnya flawless mengalahkan perempuan)
ü Make up remover
Ni penting untuk 1st layer cleansing supaya makeup yang korang sapu kat muka tu dapat diemulsikan/cairkan. Dan pastikan makeup ni diremove dengan one way circulation sahaja jangan bantai banyak-banyak arah sampai kulit jadi confuse.
ü Cleansing milk & deep cleansing gel
Lepas dah remove make up tu semua, teruskan dengan proses cleansing. Kenapa ada cleasing milk & deep cleasing gel? Menurut pakar, cleasing milk tu untuk kegunaan waktu pagi dan deep cleasing gel untuk pembersihan waktu malam.
ü Toner
Ramai orang yang skip benda ni sebab majoritinya beranggapan toner ni an additional step untuk pembersihan. Actually toner ni gunanya untuk melembutkan kulit juga balancekan ph kulit supaya bersedia untuk terima moisturizer (so moisturizer bertindak dengan lebih effektif). So pleaseee jangan skip step ni. Juga jugakan acohol free toner ye.
ü Moisturize
Ini bukanlah last step dalam daily regim (kecuali untuk waktu malam). Jangan lupa pakai moisturizer setiap kali selesai pencucian supaya kulit kita tak kering dan mengelupas. Juga melindungi kulit dari bahan-bahan kimia make up yang selalu ditempek kat muka. Bagi yang jenis kulit berminyak, jangan sekali-kali mengelak dari pakai moisturizer. Kulit yang kurang kelembapan akan menggalakkan pengeluaran sebum yang lebih banyak bagi melindungi kulit dari kekeringan
ü Sun block
Untuk siang hari, ni sepatutnya last step dalam regim kecantikan harian. Walaupun ada antara korang yang memang tak jejak matahari, harus diingat yang lampu kat office korang tu juga adalah penyumbang kepada sinar uv. So silalah pakai sunblock ini.
Tips/Petua:
Ø Bila cuci muka, pastikan korang cuma menggunakan jari hantu & jari manis untuk mengurut muka. Ni kerana tekanan adalah kurang dikedua-dua jari ni berbanding jari telunjuk.
Ø Gunakan scrub 2 kali seminggu, sental secara lembut, jangan tenyeh scrub tu kat kulit muka. Zon T adalah area yang perlu diberi tumpuan
Ø Masker muka seminggu sekali; jenis paper mask & gel mask sesuai untuk semua jenis kulit. Clay mask ideal untuk kulit berminyak, cream mask untuk kulit kering
Ø Kalau ada extra budget, masukkan serum dalam daily regim (pakai sebelum moisturizer)
So inilah step-step yang perlu dalam regim kecantikan harian korang. Nampak macam banyak kena buat
kan, tapi sebenarnya mudah sesangat. Apa yang penting disiplin dan tekun mengamalkannya.
So inilah step-step yang perlu dalam regim kecantikan harian korang. Nampak macam banyak kena buat
kan, tapi sebenarnya mudah sesangat. Apa yang penting disiplin dan tekun mengamalkannya.
0 Komen:
Post a Comment