Assalamualaikum.....
Sejak 8 bulan lepas aku memang takde masalah dengan production susu, baik time penat mahupun waktu bulan puasa; meriah sentiasa. Tapi minggu lepas aku perasan, milk production aku tak berapa nak meriah, setiap kali pump totalnya dapatlah dalam 4 auns. Peliklah pulak...gabra? Memang gabra, tak pernah-pernah tetiba jadi pulak macam ni. Dalam kepala dok fikir, aku ni kena kemarau susu ke? Ke aku terlebih minum kopi (aku peminat tegar nescafe okay, dapat 2 teguk sehari pun jadi). Dalam dok risau tu, rupa-rupanya ada yang dah datang...PERIOD! Ambik kau, lepas 8 bulan aku tak pandang langsung Libresse, sekarang kena pulak selongkar laci nak cari stok.
Bagi yang tak tahu, bila cik P ni datang; beberapa hari sebelum kedatangan dan beberapa hari selepas kedatangan, production susu sedikit sebanyak akan terganggu. Ini disebabkan pertukaran/ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Tapi jangan risau sebab ini bersifat sementara, selepas beberapa hari semuanya akan kembali normal. Waktu ni jika supply tak mencukupi, gunalah stok EBM yang ada, kalau setakat nak mengharap direct breastfeed kang mau ada yang mengamuk tak puas/kenyang menyusu. Dalam kes aku, cik P datang time weekend yang mana Inas memang tak mahu langsung bottle feed, alamatnya kejap-kejap nak melekap, main 10 - 15 minit, merengek nak melekap lagi. Aku layankan aje walaupun hangin jugak sebab tak jadi kerja lain. Encik suami dan anak bujang aku lah yang menjadi galang ganti tukang buat kerja.
Dalam pasrah dengan keadaan, aku usahakan jugak supaya flow susu menghampiri paras normal. Try...error...try...error...try...dan inilah usaha aku;
· Pump macam biasa - walaupun susu tak berapa nak keluar, pumping ni untuk alertkan kilang² susu kita; lagi bagus tingkatkan kekerapan mengepam tapi jangan terlalu paksa/pump dengan kuat nanti nipple luka
· Increase kalsium intake - Osteomatrix aku amik 2x sehari instead of 1 x sehari; sebabnya time period kalsium dalam darah akan berkurangan dengan banyak. And osteomatrix ni bagus sebab ada magnesium sekali untuk penyerapan yang lebih efektif. Selain tu aku tukar varian susu dari low fat milk ke full cream milk
· Alfalfa - selalu amik 2 biji pagi & 3 biji petang, tukar ke 1 biji setiap 3 jam
· Makan oat - tak jadi masalah sebab bekalan oat memang sentiasa ada kat rumah, so tukar dari breakfast roti ke breakfast oat dan madu
· Lupakan kopi/nescafe buat seketika - pejam mata je menahan, demi anak
· Kurma + susu + ESP shake - dari sekali sehari, aku upkan ke 2 serving sehari, pagi dan malam
Alhamdulillah gerhana susu ni sekejap je, cuma aku gabra terlebih sebabnya 8 bulan dalam kemeriahan kan...So lagi satu pengalaman & ilmu berguna untuk praktikkan untuk kedatangan cik P pada bulan yang akan datang. Period ni adalah fitrah, walau effect pada milk production, aku masih berdaya usahakan cara supaya perjalanan penyusuan aku tak terjejas. Oh ya, time genting macam ni juga aku lupakan seketika pasal diet/control makan. 3 yang utama (breakfast/lunch/dinner) aku pastikan complete dengan karbo, protein & fiber. Ala, bukan untuk tempoh lama pun, lebih kurang 4 hari aje.
p/s : Ini inisiatif diri sendiri, mungkin ada sesetengah usaha di atas tak sesuai dengan orang lain. OR kalau korang semua ada petua/inisiatif yang boleh dilakukan, silalah share ya!
0 Komen:
Post a Comment