Assalamualaikum.....
Sebelum aku teruskan…ingin ku khabarkan bahawa kisah ni telah lama ku peramkan. Rentetan dari bestnya dok berjimba kat Janda Baik, aku ke sana lagi buat sekian kalinya pada 12/05/2014 (nampak tak berapa lamanya aku peram cerita ni). Kalau dulu perginya kami anak beranak je bersama officemate aku, kali ni aku bawa emak jugak.
Untuk yang kali ini aku berjaya booking De River Resort, RM130 per night. Resort ni aku sempat survey masa 1st visitation dulu. Kawasan cantik, bersih & air pun tak dalam sangat. Kalau dah ada anak² kecil ni takde dah berangan nak bercuti kat tempat² extreme, nakpulak mak ikut sekali.
Kami dapat chalet baru yang betul² mengadap sungai, chalet batu 2 tingkat; level bawah kami yang punya. Biliknya besar, selain dari katil queen, boleh masuk 2 toto lagi. Bilik air ada dalam chalet ni. Bersih & selesa.
Lepas unload barang, isi perut, budak berdua tu apa lagi tak sempat² nak terjun. Kelam kabut ayahnya nak mengejar especially si Inas. Dia mana makan saman & takut.
Air sungai memang cetek, takat paras lutut je. Tapi airnya humak aiii ketar lutut nak menahan sejuk. Aktiviti kat sini selain mandi adalah makan, jenjalan keliling kampung, mandi & makan. Itu jelah kerjanya. TV tak provide kat chalet ye, memalam budak berdua ni layan tengok movie kat lappy sambil sibuk memujuk nak mandi sungai lagi. Tak sape nak layan de, sah² air sungai tu kurang sikit je dari suhu air dalam freezer.
Kat belakang chalet ni ada café yang beroperasi pada sebelah malam sampai awal pagi, siap ada karaoke session lagi. Walaupun agak bingit, tapi kitaorang boleh je lena. Dasar kaki mengeroh kan…he…he…he.
Chalet ni takda dapur tapi kalau nak memasak, boleh je buat kat kawasan depan chalet & pihak pengurusan ada sediakan sewaan untuk tong gas juga dapur. Aku siap² bawak dapur portable dari rumah. Kerja masak-memasak kami buat kat beranda depan chalet.
Overall tempat ni best, kalau korang nak buat family gathering, family day…boleh je and pihak De River ni memang ada sediakan pakej untuk benda² gini, tapi kena booking awal². Sebabnya masa time aku pergi ni, staff kat sana kata booking untuk bulan 8 pun dah penuh. Laris gitu tempat ni. Tu je lah cerita aku pasal De River ni….sapa² yang pergi time cuti sekolah minggu depan….enjoy yourself ya.
0 Komen:
Post a Comment