Dah lama tak cerita pasal breastfeeding.
Breastfeeding tu bukan sentiasa menyeronokkan, ada masanya stress.
Stress sebab susu tak nak keluar
Stress sebab dah dressing cantik² tetiba anak nak menyusu, nak kena selak baju...
Stress sebab tengah malam kena bangun pump untuk buat stock
Stress sebab puting sakit; anak asyik main gigit²
Jadi mari kita hilangkan stress itu dengan fun fact berikut:
Ø Secara purata, baby akan mengosongkan 67% dari susu yang available dalam kantung sebab mereka menyusu untuk kenyang bukan mengosongkan breast sepenuhnya
Ø Hampir 75% ibu produce lebih susu di breast belah kanan berbanding kiri regardless la dia right handed @ left handed
Ø Masa yang diambil untuk let-down-reflect; on average adalah 56 saat. Tapi kalau korang kena ambik masa lebih lama...jangan stress, ni on average calculation aje.
Ø Susu ibu terdiri daripada 87% air sebab tu baby yang bawah 6 bulan tak perlu diberi air masak/kosong
Ø Bau yang unik, baby boleh kenal breast ibunya walaupun di line up dengan bau²an yang lain
Ø Dalam tempoh 24 jam yang pertama (selepas kelahiran), baby (yang breastfeed) hanya menghisap antara 7-14ml susu sahaja...lebih kurang 1½ - 3 sudu teh aje.
Ø Untuk produce breastmilk, 25% daripada tenaga badan digunakan sedangkan untuk fungsi otak cuma guna 20% aje
Ø Breast boleh detect perubahan susu badan baby & susu automatic akan adjust accordingly mengikut keperluan suhu badan baby. That’s why lah skin-to-skin contact pada awal kelahiran adalah penting
Ø Baby yang baru lahir penglihatannya kurang jelas, areola yang gelap (terjadi sewaktu pregnancy) membantu baby untuk spot point untuk menghisap.
Okay...so jangan stress²......enjoy your breastfeeding duty mommies!
0 Komen:
Post a Comment