Selepas
setahun, kembali mengetuk keyboard untuk blog ni.
Kalau
nak diikutkan mood, memang akan terus bersawang la tapi bila difikirkan; rugi
dibiarkan blog ini terkubur. Nah, maka aku memaksa diri untuk kembali mencoret
disini.
2016
Tahun
yang penuh jerih perih. Kesihatan mental mak makin merudum, memberikan aku
extra job tiap kali pulang dari office. Bahagian mak, dugaan aku. Aku cuba yang
terbaik walau selalu jeritan terkeluar bila berbicara dengan dia.
Kerjaya
masih seperti biasa, cabaran masih sama; dealing with stupid+annoying people.
Tapi mereka² ini menceriakan hari aku.
Kesihatan,
Alhamdulillah masih bagus tapi berterusan berperang dengan kenaikan berat
badan...hmphhh.
2017
Aku
tiada azam yang canggih² cuma macam 10 tahun yang lepas, nak selim ha ha ha.
Lepas
tu nak kurangkan kadar panas baran & jeritan. Aku juga nak lebih menyimpan
sebab aku nak explore tempat orang & gain new experience.
Rasa
macam nak beralih kerjaya, tapi tunggu dululah kot. Selagi nafsu bekerja kat
office ni masih ada...ku teruskan jua.
Lebih
fokus & serius dengan bisnes; nak kena cari push factor yang tegap &
kuat la. Kalau harap sekadar kata nak menambahkan pendapatan, maka bermain² lah
aku jawapnya. Tahun ni aku nak focus pada bisnes kecantikan saja. Bisnes yang
lelain tolak tepi. Takut tak terjangkau nak menguruskannya.
Planning
sangat banyak, namun menjadi atau tidak aku tak pasti.
Hopefully
semuanya berjalan seperti yang dirancangkan....Amin
....jugak
azam nak tulis lebih dari 12 post untuk 2017 ni, kalau tak dapat nak fulfil harus
diberi pelempang aja kan he he he
0 Komen:
Post a Comment