Pages

Assalamualaikum.....

Semalam, dept aku buat Syawal Gathering sekali dengan birthday celebration untuk mereka² yang birthdaynya jatuh pada bulan Julai, Ogos & September (termasuk aku lah). Kali ni memasing malas nak buat pot luck, so kitaorang decide untuk order aje. Main dishes; Nasi Briyani Gam Kambing, then Laksa, Satay, Kuah Lodeh, Nasi Impit, Lemang & Rendang Daging, Cheese Tart, Kuih-muih Raya.
As usual, bila ada makan² hidangannya akan bermula dari sarapan pagi lagi. Kali ni sarapan pagimya adalah Sandwich Tuna & Telur, Kuih Koci, Popia Goreng juga Karipap. Gambar dishes pagi aku tak sempat snap sebab masuk lambat. Sampai ofis, dah separuh hidangan selamat masuk perut dorang. Ada jugak homemade pizza, 8 set kalau tak silap aku. Tapi aku jumpa pizza ni masa memasing sibuk menapau balance makanan petang semalam. Sempat lah rasa 2 keping. Sedap jugak.
Untuk birthday kali ni keknya adalah Pecan Butterscotch. Mula² nak ikut suara majoriti para penyambut birthday tapi aku dengan sesuka hatinya mendecide kek butterscotch untuk mewarnai sambutan kali ni (dorang ikutkan aje selera mak buyung ni)
Walaupun sambutan kali ni makanannya tak banyak variasi, tapi semua yang terhidang memang sedap. Nasi Briyani Gam Kambing tu memang marveles, aku tak sakit kepala pun lepas makan. Laksa pun sedap, ada rasa kari sikit. Satay pun mengancam. Penyudahnya aku kemuntat sampai ke malam sebab banyak sangat yang masuk perut.
And dinner semalam aku cuma berdaya menelan segelas fresh milk + ESP & sekeping roti. Cukup kenyang membawa ke pagi...Alhamdulillah.
Nah, layanlah gambar celebration ni ye.
Instant deco, kreatif bebudak ni
 
Anak dara & mak dara sama naik

Pecan Butterscotch


Jejaka yang wujud kat department aku

Birthday babies

p/s: orang tua² kata tak baik sambut birthday sebelum waktunya nanti pendek umur...tapi ajal tu kan kat tangan Allah...bukan kuasa kita, so aku rasa tak ada salahnya sambut birthday awal asalkan sambutan tu tak keluar dari norma Islam kan...
Assalamualaikum.....

Biasalah seminggu lepas raya, orang mula sibuk buat open house. Kekadang sampai kita tak dan nak memenuhi semua undangan tu. Makanan usah ceritalah kan. Yang terhidang tu, kalau tak beringat masa menelan boleh buat rosak diet Ramadhan. Lepas tu mulalah kolestrol, tekanan darah, gula naik mencanak². Tapi kat sini aku nak share satu resepi yang boleh mendatangkan lemak pada korang tapi sedap tak boleh tahan. Resepi ni mudah je, dalam setengah jam dah boleh siap. Boleh jugak buat hidangan untuk orang² yang datang beraya.
Resepi asal adalah dari mutiarazura, tapi biasalah aku ni suka menderhaka so aku adjust ikut mood (sila jangan ikut perangai ni, tu yang selalu resepi tak menjadi).
So ini resepinya;
Bahan²:
•               500 gram pasta - any type tapi aku prefer penne
•               300 gram daging cincang - aku pakai daging kisar Ramly yang 400gm
•               1 ulas bawang putih – dicincang halus
•               1 labu bawang besar (aku pakai bawang bombay yang kaler kuning) – dicincang halus
•               1 sudu teh cili kisar - dah tekak Melayu, nak jugak rasa cili
•               1 tin sedang tomato puri - depends ye, ada sesetengah tomato puri ni, kepekatannya kurang walau saiz tin yang sama, aku selalu pakai brand duChef
•               1 tin cendawan butang - dihiris
•               1 biji lada benggala - didadu
•               1 kiub stok lembu
•               1 batang carrot – didadu
•               1 batang celery – didadu
•               1 sudu teh herba Oregano kering - aku pakai kurang dari satu sudu teh sebab bau Oregano kering ni kuat dari yang fresh
•               1 helai Bay leaf kering
•               Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan - aku pilih Mozarella
•               3 sudu besar minyak zaitun - ni untuk menumis
•               Garam dan gula secukup rasa

Sos putih :
•               2 sudu besar butter - aku pakai 3 sudu salted butter sebab butter ni tersedia kat peti ais malas nak beli baru...dasar pemalas berjimat
•               1 sudu besar tepung gandum
•               2 kotak susu segar - aku guna lebih kurang 350 ml kot, main tuang tak sempat nak sukat
•               Secubit lada hitam dan garam

Dan cara² pulak (ni cara aku yang semua nak senang ye..)
1.     Rebus pasta ikut arahan pada paket. Lepas tu tos & biarkan sejuk
2.     Tumis bawang besar (jangan sampai layu), kemudian masukkan cili kisar. Biarkan garing.
3.     Masukkan daging kisar, goreng hingga keperangan.
4.     Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery.  Kacau & biarkan sekejap..
5.     Masukkan tomato puri, kalau nampak kering tambah sedikit air tapi jangan sampai berkuah 
6.     Lepas tu masukkan kiub lembu yang dah dihancurkan, oregano & bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
7.     Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

Untuk buat sos putih:
1.     Panaskan butter atas api yang perlahan sampai cair.
2.     Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu (takde senduk kayu, apa² senduk pun boleh). Kacau dalam 3-4 minit.
3.     Kemudian masukkan susu segar, garam & lada hitam.
4.     Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (ni kira kepekatan yang diperlukan).
5.     Tutup api & angkat dari dapur (kalau dibiar atas dapur nanti jadi terlampau likat)

Untuk melapis:
1.     Dalam bekas tahan panas/loyang (aku guna pemanggang ajaib ni sebab malas nak keluarkan oven); mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata, lepas tu lapisan inti daging, sos putih & cheese (aku mengalami kegilaan cheese, kalau tak lalu boleh abaikan)
2.     Ulang proses yang sama sehingga habis, tapi make sure lapisan atas adalah cheese (ini penting untuk mendapatkan hasil pemandangan yang tempting)
Sebelum dibakar

3.     Kalau guna oven, boleh bakar pada suhu 90 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Tapi sebab aku pakai pemanggang tu, dalam 20 minit je untuk dua² belah (dengan api yang agak besar lagi sebab malas nak menunggu kat dapur lelama)
Cheese meltzzzzzzz

Lepas tu dah boleh hidang & makan. Nak makan dengan sos boleh, makan gitu je pun sedap.

* Basically sebungkus pasta tu boleh hidang untuk 6 - 8 orang, tapi kalau untuk budak² lagi lebih dapatnya. So selamat mencuba!

p/s: kalau ada yang dah mencuba tu, cer link balik...boleh aku melawat blog korang sekali!