Semalam
cerita pasal digestion highway, harini nak story mory pasal tabiat makan bagi
membantu pencernaan yang baik. Pencernaan yang baik mengelakkan kita dari kena
pedih hati, terlebih gas & pembuangan yang tidak sihat. Pencernaan yang
baik juga dapat membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.
Yang
patut kita buat adalah;
· Makan pada waktu yang
tetap dan konsisten. Regular in, regularlah outnya
· Aware dengan apa yang
dimakan & saiz makanan tu. Terlalu banyak gula dalam sesuatu hidangan menyebabkan gula dalam darah spike. Penat pancreas nak berkerja untuk keluarkan
lebih banyak insulin
· Berhenti sebelum
kenyang; lepas perut dah full, otak mengambil masa kira² 10 minit untuk
memberikan isyarat tersebut
· Kunyah makanan dengan
sempurna & jangan berborak sewaktu makan. Bila kita bercakap sewaktu makan,
kita tend untuk mengunyah dengan cepat namun tidak sempurna. Ketidaksempurnaan
pengunyahan ini akan menyesakkan perut sebab perut tak di design untuk mencerna
makanan yang besar, mulut yang patut melakukannya.
· Relax, jangan
rushing². Makan terkejar² akan meningkatkan kadar stress dan melambatkan proses
pencernaan.
· Makan dengan postur
yang betul; duduk bersandar dengan betul (tegak, bukan melepek). Ini member
ruang yang lebih pada organ pencernaan untuk bekerja & membantu
meningkatkan pencernaan.
· Jangan makan lewat
malam. Menjelang malam, badan kita termasuk ssstem pencernaan mula
memperlahankan fungsi; ini adalah semulajadi. Kadar enzim juga mula menurun,
jadi jika kita makan lewat adalah sukar untuk makanan untuk dicerna disebabkan
kekurangan enzim. Ini akan menyebabkan ketidakhadaman & tak selesa untuk
tidur
· Peningkatan aktiviti fizikal dapat
meningkatkan pengeluaran enzim pencernaan. Aktiviti fizikal yang dimaksudkan ni
bukannya nak suruh berlari @ melompat tapi berjalan dengan sedikit laju sudah
membantu
· Minum air suam
instead of air sejuk selepas makan. Air sejuk melambatkan proses pencernaan.
Petua orang lama² pun galakkan kita untuk amal minum air suam berbanding air
sejuk….ada betulnya lah tu.
Jadinya
jom kita amalkan perkara di atas supaya sistem pencernaan kita dalam keadaan
yang stabil dan sihat.
0 Komen:
Post a Comment