Pages

Assalamualaikum.....



Pernah tak korang terfikir berapa lama masa diambil untuk apa sahaja yang korang makan tu dicerna hingga menjadi tinja? Contoh kata, malam ni korang makan chicken chop, bila gamaknya chicken chop tu tercerna?

Bagi aku dengan fikiran yang terlebih pandai; apa aja yang aku makan harini, semuanya akan didigest overnight and esoknya dah settle menjadi tinja (oh korang tau tak maksud tinja ni…?)

Aku rasa yang lain pun fikir macam aku gak kan…ada betulnya la tu tapi proses pencernaan kita ni lebih complicated dari apa yang aku fikirkan. 10 inci tiub (esophagus), muscle sebesar penumbuk (perut), 20 kaki panjang (usus kecil) & 6 kaki panjang (usus besar); itulah komposisi sistem pencernaan kita, umpama sebuah highway yang tak berpeta gitu, tiada Waze, tiada Google Map.

Korang tahu tak, bermula dari makanan masuk ke dalam mulut; on average badan kita memerlukan 24 – 72 jam untuk proses pencernaan 6 hingga 7 jam yang pertama adalah untuk makanan melalui perut & usus kecil dan jam seterusnya di dalam usus besar untuk proses pencernaan & penyerapan yang selebihnya.

The moment makanan masuk dalam perut kita, kira² 3 liter asid hidroklorik dah menanti untuk menukar makananan kita ke dalam bentuk paste (macam blender gitu). Dan kira² seawal 30 minit selepas tu, makanan tadi (dah jadik macam bentuk paste) mula bergerak ke usus kecil untuk penyerapan nutrient ke dalam salur darah. Lebihan dari sini kemudiannya meneruskan perjalanan ke usus besar dimana balance cecair diserap dan yang lebih² tu bertukar menjadi tinja.

Dan tinja ni pulak mengambil masa sehingga 4 hari untuk dikeluarkan dari badan; depends pada banyak mana fiber yang wujud kat dalam makanan kita tu. Kalau banyak fibernya, maka lebih cepat la tinja itu dikeluarkan, kalau sikit fibernya, lama la ia dok menonggok kat dalam kolon.

Setiap makanan yang kita ambil, tahap pencernaan adalah berbeza² depends pada complexity makanan tu. Buah-buahan & sayur paling cepat dan mudah dicerna berbanding dengan daging mahupun kekacang. Kat bawah ni adalah tempoh pencernaan (dalam perut) bagi certain² makanan, untuk panduan korang:
Fruit/vege juice à 15 – 20 minit
Sayur/buah (raw) à 20 – 40 minit
Semi concentrated carbo (kentang, jagung, ubi) à 60 minit
Concentrated carbo (oat, brown rice, bijirin) à 90 – 120 minit
Kekacang à 2 – 3 jam
Tenusu (susu, cheese) à 90 – 120 minit,kalau hard cheese boleh mencecah sehingga 5 jam
Protein à ikan (45 minit), ayam (1 ½ - 2 jam), daging merah (3– 4 jam)

Jadi, kalau korang dalam perancangan untuk buat meal plan, makanan yang lambat tercerna tu elakkan pada waktu malam, kalau nak ambik, make sure ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Bukan apa pada waktu malam ni, proses metabolism badan dah menurun, jadinya proses pencernaan tu jadik lambat. Kalau makan lebih² nanti susah nak tidur & tendency nak rasa tak selesa kat perut tu tinggi. Take note on that okay!

* tinja > bahan buangan

0 Komen:

Post a Comment