Pages

Assalamualaikum.....

gambar sekadar hiasan, pinjam kat pakcik Google

Orang kata lelaki botak itu sexy...awww dimanakah keseksian itu? Di kulit kepalanya kah atau di bulatnya kepala yang terserlah?

Tak dinafikan, few celebraties macam Bruce Willis, The Rock, Vin Diesel, Jason Statham nampak sexy, macho dan hensem bila botak. But in reality, botak itu tak sexy, botak itu ditakuti!
Kebotakan boleh terjadi kepada lelaki mahupun perempuan namun ianya lebih cenderung kepada kaum Adam. 

Kenapa lelaki lebih mudah botak?
Faktor² kat bawah ni adalah antara punca utama:

1.     Penggunaan wax, krim, gel rambut yang mengandungi bahan kimia. Orang lelaki lebih sinonim dengan bahan² ini berbanding wanita; ye lah kan, nak buat rambut pacak, rambut leper, rambut pusing²...semuanya pakai menda ni.  Penggunaan bahan² pengayaan yang kerap menyebabkan akar rambut rosak dan rambut sendiri menjadi reput. Lain la kalau pakai minyak kelapa dara kan..tapi sapa yang sanggup nak tahan dengan bau tengik minyak ni

2.      Orang lelaki mengambil mudah tentang penggunaan syampoo malah ada yang menjadikan shower gel atau sabun sebagai syampo. Kalau pakai yang baby shower top to toe tu takpe jugak, ni dibantainya Shokubutsu/Palmolive kat kepala, sah² komposisi kulit kepala tu different dengan kulit kat badan

3.      Lelaki kurang menitikberatkan supplemen berbanding wanita. Dorang kate tak rock la makan supplement ni semua. Dan diet yang tidak sihat, kurang zat besi, vitamin B dan vitamin C turut menyumbang kepada masalah ini

4.     Lelaki lebih mudah berpeluh, ini menyebabkan kulit kepala berminyak. Masalah diburukkan lagi dengan penggunaan wax, krim, mahupun gel rambut untuk styling. Sebum yang berkumpul di folikel rambut tu memang menjemput minat bakteria dan fungus sehingga boleh menyebabkan kegatalan/jangkitan/irritation kat kulit kepala.

5.     Merokok, iya lelaki & rokok tidak dapat dipisahkan. Merokok menyebabkan salur darah dalam badan mengecut. Ini menghalang darah untuk bergerak lancar seperti highway ke kepala. Tanpa oksigen dan bekalan darah yang cukup, akar rambut akan lemah dan mati. Macam kita yang tak cukup nafas juga.

Selain dari perkara kat atas, faktor² seperti keturunan & genetik juga menyumbang kepada kebotakkan. Yang ini agak sukar dielakkan & perlukan rawatan dari yang pakar. But do reduce the chances of getting bald by practising a healthy lifestyle and jangan amalkan perkara² kat atas tu ye.  



0 Komen:

Post a Comment